Assalamualaikum & Hello.
Harini terlebih rajin sikit nak update blog. Nak sambung balik cerita Redang kitorang haritu. Tapi kali ni bukan cerita Redang tu lagi...ni cerita kami 2 hari 1 malam di Kuala Terengganu sebelum pulang ke KL.
Kami sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 3 petang macam tu. Sampai je
perut mula la berkeroncong tak ingat. Kami singgah makan nasi campur
sebelum bertolak ke homestay. Pasal transport kami di Terengganu ni
memang tak jadi masalah sebab kawan kami Alisan jadi tour guide kami di
Redang dan Terengganu. Semuanya disediakan. Tak payah susah-susah.
Memang terhutang budi betul. Bayangkan kami ni ramai..berbelas-belas orang. Kereta je Alisan kena sediakan 2-3 buah.
Inilah dia Alisan team yang jadi tour guide kami haritu. Alisan tu yang pakai baju warna hijau. Bukan Alisan sorang je yang jadi tour guide haritu. Siap bawak kawan-kawan lagi untuk tolong kami.
Sampai je di homestay, kami rehat-rehatkan badan dulu sebelum memulakan aktiviti malam. Malam tu kami pergi makan ramai-ramai dan singgah di San Ali Butik. Mesti korang dah boleh agak owner dia sapa kan? Mestilah Alisan ni. Kaya woo dia ni. Ada macam-macam bisnes. Butik, homestay dan macam-macam lagi. Memang orang business minded ni.
Ada antara korang yang pernah singgah di San Ali Butik ni? Butik ni terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu. Kalau korang holiday ke KT, bolehlah singgah shopping di San Ali Butik ni. Ada macam-macam jenis pakaian dijual untuk lelaki dan perempuan daripada pelbagai jenama.
Silalah rambang mata yer kawan-kawan.
Jangan main-main..kat sini ada photo booth tau. Jangan lupa selfie kat sini dulu sebelum balik :)
Amboi 2 orang ni awal-awal lagi dah selfie! hehe. Bukan selalu dapat datang ke sini kan?
Last but not least haruslah kena ada group selfie kan? Thank you Alisan team sebab banyak tolong kitorang haritu. Actually masa trip ke Redang tu, ada antara kami yang baru first time jumpa Alisan ni. Tapi bila kat sana jadi ngam macam family. Agaknya memang orang Terengganu ni ramah-ramah ek? I love Terengganu!!
P/S : Btw, San Ali Butik ni ada FB tau. Bolehlah follow diorang manalah tau kot-kot nak shopping online ke...
Love,
LIZA RAZAK
2 comments:
kite org terengganu . tapi tak pernah singgah san ali ni . baru tahu kewujudan san ali
dah tau ni bolehlah singgah nanti :)
Post a Comment