Sep 12, 2014

#LATEPOST : Raya Open House




{ Tropicana Damansara . 9 August 2014 }


Assalamualaikum & Hello.

Tahun ni banyak betul open house yang terpaksa kami tolak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sorry yer kawan-kawan. Tapi ada juga 2-3 open house yang sempat kami pergi. Nak buat open house kat rumah sendiri pun tak sempat. Poyo je plan lebih-lebih, sudahnya tak jadi..hehe. Ok..malu di situ. So cerita panjang pun tak guna kan. Harini kita main tengok-tengok gambar je yer?


Kitorang sempat pergi open rumah rumah kawan. Jangan main-main, ni tokey Food Truck La Famiglia yang tengah hot sekarang ni!! La Famiglia Food Truck dah masuk TV wehh!! hehe. Haritu kitorang pergi open house rumah mak Wan ni. Dah lama tak lepak ramai-ramai macam ni. Ni laa jadinya...

Ratu selfie in action!


Jangan tak tau...Si Iris ni baru umur 1 tahun dah pandai selfie guna gopro tau. Kagum aunty tau!! Aunty masa kecik-kecik dulu nak main komputer pun kemain takut. Tau main masak-masak je. Nasib baik dah besar pandai jugak masak bodo-bodo. Tak sia-sia main masak-masak kat tepi rumah dulu..haha.



{ Klang .  16 August 2014 }


Minggu depannyer, pegi pulak open house rumah Zarith kat Klang. Haritu memang penuh dengan invitation open house. Gigih sangat beraya dari tengah hari sampai ke tengah malam. Jangan tanya pasal perut masa tu. Buncit tak hengat. Memang makan tahap lupa diri..walaupun tiap-tiap hari mengeluh badan dah berisi. Raya wehhhh...So sekarang dah ala-ala menyesal akibat perbuatan yang memakan diri bulan lepas. Ahhhh...acane nak kurus ni??? So GEMUK is my sensitive word.


Walaupun tak jumpa semua #gengperang, dapat jumpa 2-3 ketul member pon jadi ler. Masa ni semua orang pun sibuk beraya kan. Nak jumpa semua tu memang magic la. Thank you zarith susah payah jemput makan open house kat rumah ko.



{ Shah Alam . 23 August 2014 }


Yang ni pulak, kira last open house yang kami pergi tahun ni. Ni kita family open house. Seronok sangat jumpa saudara-mara sebelah Mr Kudud. Ye laa...time raya bukan dapat jumpa semua pun. Nak pulak ramai yang duduk jauh-jauh. Bila ada open house macam ni, memang tak ingat nak balik la jawabnyer..hehe.


Maka tamatlah cerita raya saya untuk tahun ni. Tak macam tahun lepas, kemain ada entry bersiri khas untuk raya. Ok laa tu ada 2 entry kan..daripada nan hado langsung. Kalau rajin, malam nanti ataupun esok saya update lagi cerita-cerita basi. So BASI is my middle name. Eh?




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

6 comments:

aswa leyla said...

akak . raya da habes . akak buat entry macam ni, teringat kat makanan2 time raye . semua best . nak meletop perot . rasa nak lagi . hehehe

O'gosh Iskandar said...

meriah..meriah...

ilot said...

love u style sis

http://ilotnaim.blogspot.com

Liza Razak said...

@aswa leyla : tak per...raya haji kan ada..hehe

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : tahun ni kurang meriah sikit..biasa2 je

Liza Razak said...

@ilot : thank you sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...