May 22, 2015

+Langkawi : Telaga Harbour Marina




Entry Sambungan :
Langkawi Trip Teaser Video



[ Telaga Harbour Marina, Langkawi . 26 September 2015 ]


Assalamualaikum & Hello.

Yeay...harini berjaya update blog untuk hari kedua berturut-turut! Tepuk tangan ciked! Payah betul nak konsisten macam tahun-tahun lepas. Agaknya sebab faktor usia kot. Makin tua, makin pemalas. Erk....boleh ker gitu? Tahun lepas dan awal tahun ni saya banyak pergi travel. Sebenarnya banyak benda saya nak kongsi dengan korang. Tapi bila banyak sangat jadi pening nak cerita yang mana satu dulu. Itu yang asyik tertangguh jer niat nak update blog. Minggu ni saya nak blogwalking kat blog kawan-kawan. Lama tak jenguk baca cerita korang. Mesti banyak cerita yang saya miss..

  
So harini saya sambung balik cerita semalam. Habis je jalan-jalan kat Oriental Village, kami terus bergerak ke hotel penginapan kami, Awana Porto Malai/Resorts World Langkawi. Dalam perjalanan tu, ternampak banyak yacht kat Telaga Harbour Marina ni. Terus parking dan jalan-jalan di sini sebentar. Tapi kami tak lama pun di sini, sebab matahari panas terik waktu ini. Sempat la snap beberapa keping gambar. Serius kalau korang datang waktu petang, mesti cantik kalau bergambar. Boleh feeling-feeling orang kaya gitewww...


Kalau datang lepak minum petang pun best. Kat sini ada beberapa buah restoran dan view yang sangat menarik. Saya tak pasti kat sini boleh nampak sunset ke tak..kalau boleh nampak sunset lagi best. Lepas 20 minit meronda, kami terus ke hotel untuk check in. Kalau cuaca tak panas masa tu, maybe lagi lama kami melepak kat sini. Seronok tengok yacht dan gelagat orang.


Malam ni saya sambung lagi ok?


Langkawi Trip 2014 from Liza Razak on Vimeo.




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 

4 comments:

Hani Othman said...

nice view...

http://www.travelwithhani.com

Liza Razak said...

@Hani Othman : Thank you :)

Nurfaezah Abdullah said...

fae suka tgk org dpt peluang travel selalu keluar negara. perhaps i just gotta simpan byk $$ utk melancong selalu :/

Liza Razak said...

@Nurfaezah Abdullah : Insya Allah..skrg kos travel dah murah dah. kumpul duit dulu lps tu bolehlah travel merata-rata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...