Apr 27, 2014

Singapore Trip : Public Transport




Entry Sambungan :


Assalamualaikum & Hello.

Finally dapat jugak habiskan entry Singapore Trip ni. Syabas Liza!! Eleh...dah kat setahun pergi baru nak habis update ek..Alaa...ok la tu kan...hehe. Semalam saya ingatkan tak dapat sambutan entry Restoran Hjh Maimunah tu, rupa-rupanya ada jugak follower saya yang baca dan komen kat entry. Terima kasih banyak-banyak. Nanti saya BW rumah korang pulak ek. Kali ni nak berazam untuk habiskan entry-entry lama yang tertangguh tu, baru best nak move on dengan cerita baru. Lepas ni saya habiskan entry holiday kat Jakarta, lepas tu saya cerita kami holiday kat Pulau Redang pulak?


Singapore memang terkenal public transport yang sangat reliable. Yes...memang betul. Saya sendiri pernah merasa selama 4 hari kami kat sana. Kiranya kat sana, tak payah pakai kereta pun ok kot. Sebab public transport seperti teksi, MRT dan bas sangat senang didapati. Stesen MRT memang ada di setiap perumahan. Senang cerita, sepanjang kami tinggal kat rumah Pak Lang saya kat Woodlands tu, jalan kaki sikit je dah ada stesen MRT. Kat area rumah Pak Lang saya siap ada shopping mall, panggung wayang, public library, pusat sukan dan macam-macam lagi. Memang best!


Masa ni kitorang baru first time naik MRT. Ceh...sama je kot dengan LRT kat Malaysia ni. Memanglah lebih kurang sama, tapi feeling dia lain sikit. Ala...feeling jadi tourist...habis semua tempat situ kami nak snap gambar...hehe. Jangan tanya saya pasal fare sebab semuanya ditanggung beres oleh family Pak Lang saya. Kitorang naik je..hehe. Paling best masa tu anak sepupu saya Farisya dan Farihin pun ikut sama. Dah lama tak jumpa kan....excited nyer lain macam sikit.


Bukan budak-budak je excited, makcik kat atas ni pun excited jugak tunggu tren sampai !


Farihin dan Farisya rapat betul dengan adik saya ni. Mana pergi tak mau berenggang.


Inilah Pak Lang dan Mak Lang saya. Pak Lang memang dapat kerakyatan Singapore. Dia muda-muda lagi dah merantau pegi bekerja di Singapore. Seronok jugak ada saudara mara kat Singapore ni. Sekali sekala datang, boleh stay kat rumah diorang beramah mesra. Lagi best dari duduk hotel.


Nasib baik tak ramai sangat orang masa tu. Pasal tu senang nak camwhore macam gambar bawah ni...hehe.


Happy tak? Happy tak?


Nah..belanja gambar laki bini pulak ! Masa ni kami nak pergi ke Geylang, lunch kat Restoran Hjh Maimunah tu. Jauh jugak dari Woodlands tu. Tapi apedehal kan...MRT kan ada.


Ok la...tiket MRT ni nak simpan buat kenang-kenangan.


Kalau korang tak sure tambang berapa...tengok je kat senarai tambang ni. Dah confirm dan puas hati baru bayar kat mesin. Kalau ada kad macam kat atas tu lagi senang...ala-ala Touch N Go. Topup je banyak-banyak, lepas tu nak suka hati la nak jalan mana pun.


Untuk ke Restoran Hjh Maimunah kat Joo Chiat Road, kami kena tukar naik bas pulak. Boleh je nak jalan kaki kalau larat kan. Memandangkan kami ni gila pemalas nak jalan kaki, kami naik je bas. Nak tunggu bas pun kejap je...tak sempat berpeluh pun.


Kalau kat Malaysia, sah-sah tak snap gambar macam ni dalam bas RapidKL kan...hehe. Btw, kalau korang naik bas, jangan sesuka hati makan dan minum dalam bas tau. Nanti kena saman..hehe


Memandangkan hari tu merupakan hari terakhir kami berada di Singapore, tak dapat la kami keluar jalan-jalan sampai malam. Petang dah balik ke Woodlands sebab pukul 11 malam, kami naik keretapi KTM balik ke Malaysia. Kalau sesiapa nak jimat pergi Singapore, naik je keretapi malam. Subuh dah sampai Woodlands. Tiket 3rd class dalam RM 34 sehala. Pergi balik baru RM 68 je. Tapi lama jugak la duduk dalam keretapi tu. Sebab tu kami naik malam. So boleh tido je sepanjang perjalanan. 

Malam tu kami naik keretapi KTM ke Kuala Lumpur lebih kurang 11.15 malam. Sedih gila masa nak balik tu sebab terpaksa tinggalkan Farisya dan Farihin yang rapat gila dengan kitorang. Tu la, jarang-jarang dapat jumpa kan... Insya Allah..tahun ni saya plan nak pergi lagi Singapore !!




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

 

5 comments:

yana yani said...

saya mesti dah terlepas entry sebelum ni
padam muka sebab lama tak singgah sini...hehe
cam seronok aje ke sana ye
tak perah pergi spore =)

Shikin Kikin said...

Salam dari Singapura! Selain dari geylang, kemana awak dah merantau?

Shikin Kikin | shikinkikin.blogspot.sg

husna zahidi said...

cost sara hidup diorang kat sana mahal tak kak liza?? best nya pak lang kak liza dapat kerakyatan selangor..:)

jeles taw dgn kak liza.. rajin betul pergi melancong..

eyeyou said...

selama 38 thn ulang alik spore xpenah naik mrt sana..haha

Ct Noraishah said...

owhhh bestnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...