Entry Sambungan :
Assalamualaikum & Hello.
Mesti ramai yang keluar jalan-jalan harini kan? Saya pulak memerap je la kat rumah sebab Mr Kudud ada exhibition Metal Tech kat PWTC. Tapi bagus jugak tak keluar. Kalau tak, ada jer benda nak dibeli. Pembaziran sungguh. Bulan Ogos nanti nak pergi holiday ke Bandung pulak. Baik simpan duit dari sekarang! Btw, perasan tak saya update blog setiap hari sekarang? Kemain rajin Puan Liza sekarang yer. Rajin ada maknakah? Kita tengok sama ada saya mampu konsisten ker tak sampai hujung tahun. Kalau 2 hari sekali update pun kira acilah kan. Ye la..kadang-kadang saya balik kampung la...holiday lah...tak mampulah dek non nak update time tu..haha.
Ingat tadi nak update cerita selingan. Konon nak buat review product Lush yang saya beli dari Hong Kong baru-baru ni. Malas pulak nak main camera petang ni. So minggu depan je la ek? Saya sambung je cerita Langkawi ni haa. Lepas kami ke Telaga Harbour Marina tu, kami terus check in hotel di Awana Porto Malai. Ada jugak kami main snap gambar kat situ, tapi untuk petang ni saya skip cerita Awana Porto Malai tu dahulu. Kita terus ke aktiviti kami yang seterusnya, meronda-ronda di Pantai Cenang.
Kalau korang pergi Langkawi, antara lokasi wajib yang patut korang terjah semestinya Pantai Cenang. Happening bak ang!! Patutnya kami nak stay kat Pantai Cenang ni tapi disebabkan kami suka privacy, sebab tu kami pilih Awana Porto Malai. Dari hotel kami ke Pantai Cenang ni tak adalah jauh sangat. Jalan kaki pun boleh (kalau larat). Tapi disebabkan saya ni pemalas jalan kaki (typical malaysian kekdahnya) makanya kami pun membuang minyak petrol dengan menaiki kereta ke Pantai Cenang. Nyesal pun ada sebab payah sangat nak cari parking petang tu. Nasib baik dapat suami yang penyabar macam Mr Kudud ni. Kalau saya...dah sah-sah menyumpah sambil driving...haha.
Kami memang plan nak ke Pantai Cenang petang tu sebab nak tengok sunset. Banyak masa dihabiskan tengok pemandangan dan jalan-jalan di tepi pantai. Tak mandi laut pun sebab malas nak salin-salin baju lepas tu. Tengok gelagat orang pun best apa. Kalau yang dah berkahwin macam saya ni, memang bagus kalau sekali-sekala bercuti macam ni. Masa ni lah nak mengeratkan hubungan suami isteri.
Yeay...sunset!!!
Cantik kan? Seronok betul kalau dapat tengok sunset macam ni setiap hari. Bila dah letih berjalan, kami berhenti lepak kat cafe di tepi pantai. Order jus, banana split dan french fries. Kemudian tunggu sunset. Heaven betul!
Ahhh...rindu pulak Langkawi bila tengok gambar-gambar ni. Mr Kudud, bila lagi kita nak pergi Langkawi. Rindu teruk dah ni!!!
4 comments:
Omg rindunya this place, kami kalau ke Langkawi mmg tak cari tempat lain dah, mmg direct tuju pantai chenang ni, my hubby tu kalau boleh dia nak tidur kat gigi gigi pantai tu hahahaha.
Miss u jugak, U pretty as always :)
banyak kali ke langkawi tapi xpernah sampai sini...huhuhu
@Nastyna : best kan pantai cenang ni...rindu langkawi..huhu
@Ahlam Miera Shafie : selalu sis pergi langkawi sis pergi mana? pantai cenang ni kira lokasi wajib tau :)
Post a Comment