May 30, 2015

+Langkawi : Laman Padi






ENTRY SAMBUNGAN :


Assalamualaikum & Hello.

Gigih..gigih..gigih!! Lagi 2 entry lagi nak abih dah. Nak marathon entry Langkawi ni cepat-cepat sebab next week nak update cerita baru pulak. Sapa suruh tinggal blog lama sangat? Mendapat la kan...haha. Actually Laman Padi ni tak ada dalam plan pun. Sebab kitorang tak ada ke mana lagi nak jalan-jalan, singgah la kejap poyo-poyo bergambar, bajet-orang-bandar-tak-pernah-tengok-padi. Padahal kat kampung, sawah padi belakang rumah jer...haha. Pekan Kuah terpaksa skip pasal kitorang tak nak shopping (kang pergi sakit hati pulak)


Masa kitorang sampai sini tak ada orang pon. Ye la...kalau pelancong tempatan macam saya ni...normally tak heran pun nak tengok padi ni. Kalau tourist orang putih ker...haruslah nak tengok kan. Benda tak ada kat tempat diorang. Kitorang datang pun kejap jer...pusing-pusing dan macam biasa bergambar. Tu je la yang boleh dibuat pon. Takkan nak main lompat getah pulak kan. Lepas tu kami jalan tempat lain pulak. Makam Mahsuri memang kitorang tak nak pergi. Alang-alang dah lalu kat area ni...singgahlah tengok apa yang menarik.


Tak ada apa sangat pun kat sini...tak tau pulak dalam bangunan putih (gambar atas tu) boleh masuk ke tak. Kami jalan-jalan kat luar jer. Selebihnya tengok je la gambar kat bawah. Kalau nak feeling-feeling photoshoot kat tepi sawah, bolehlah bergambar kat sini. Masuk free jer...


Eleh...bajet bandar sangat Mr Kudud ni....


Yang pompuan sorang ni pulak bajet photoshoot. Puiiiii sangat!!!


Kan dah cakap tadi...ni je aktiviti yang boleh dibuat kat sini...bergambo la korang sampai lebam! Kami kat sini dalam setengah jam je, lepas perut lapar tak hengat dunia. Terus cari tempat makan...nak tau kat mana? Esok saya cerita ok?


Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

4 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

cantik gmbr2 kat sawah tu

Khai♥Rin : anies said...

2x lalu sini tp waktu mlm so sekadar tgk je... ;)

Ahlam Miera Shafie said...

bila tengok gambar2 nih teringat muzium padi kedah..

norhidana miswan said...

cantiknyer gambar kt sawah padi tuh... ingat boleh konon2 duk dlm bendang tuh... hhehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...