Sep 24, 2013

A Famosa Resort : Animal World Safari




“This is what we call love. When you are loved, you can do anything in creation. When you are loved, there's no need at all to understand what's happening, because everything happens within you.”
  Paulo Coelho, The Alchemist


Entry Sambungan :
A Famosa Resort : Water World



[ A Famosa Animal World Safari . 15 September 2013 ]


Assalamualaikum & Hello.

Apa khabar korang harini? Sihat? Boring? Busy? Ok...harini saya sambung balik entry semalam. Awas...entry ni banyak gile gambar so saya kena separate kepada 2 entry. Kat Animal World Safari ni kami banyak snap gambar sebab seronok amik gambar-gambar haiwan kat sana. Tarik nafas ok? Sebab jenuh nak scroll mouse tu...hehe 


Kami ke Animal World Safari ni keesokkan harinya (Ahad) sebab sepatutnya kami nak pergi betul-betul selepas kami mandi manda kat Water World hari sebelumnya (Sabtu). Habis dah masing-masing letih...kami pergi keesokkan harinya selepas check out condo (kami stay 1 malam je). Plan asal kami nak stay kat A Famosa Resort ni 2 hari 1 malam je. Tapi disebabkan banyak tempat tak habis explore lagi...kami extend satu hari lagi. Kami tak stay di A Famosa Resort Condo tu..kami sewa homestay (last minute cari tu!). Lepas check out lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami terus ke home stay. Sebelum check out, kelam kabut call mana-mana homestay yang available pagi tu sebab kebanyakkannya dah fully booked, al maklumlah cuti kan..Nasib baik dapat call 1 homestay ni..tapi home stay ceruk sikit lah. Dalam kampung...tapi tak jauh dari A Famosa Resort (kat area Simpang Empat). Sewa RM 200 je 1 malam. Murah lagi dari condo kat A Famosa Resort tu...siap boleh masak lagi..Sampai je home stay...terus masak untuk lunch. Habis je lunch dan rehat sekejap..kami terus gerak balik ke A Famosa Resort.


Selepas dah redeem tag..kami terus masuk ke Animal World Safari.Saya ingatkan ala-ala zoo..dalam hati terfikir..confirm boring sebab saya tak suka masuk zoo. Tapi telahan saya tu meleset sebab sebenarnya Animal World Safari ni sangat best dan adventure. Kami kena beratur untuk naik lori yang dipasang jaring dikelilingnya (Safari Ride). Wahh macam nak pegi Safari Afrika je..Bila kami naik je lori tu..kami dibawa pusing kawasan Safari A Famosa tu. Luas gile tau. Trail yang kami kena lalu bukannya jalan lurus dan rata, tapi bengkak bengkok dan berbukit. Nasib baik saya cover mulut nak jerit....rasa macam naik roller coaster pulak. Lori ni akan berhenti di setiap stesen di mana ada haiwan seperti harimau, zirafah, beruang dan macam-macam lagi. Boleh tengok dekat-dekat dan snap gambar. Suka betul saya masa tengok beruang sebab comel sangat (gambar beruang ni ada kat bawah). Rasa nak bawak balik rumah je...


 Habis je aktiviti Safari Ride...kami jalan-jalan di sekitar Animal World Safari ni. Ala-ala zoo tapi ada antara haiwan yang dibiarkan bebas jalan-jalan dalam tu..seperti ayam, itik dan burung. Sebenarnya ada benda kelakar terjadi masa kami jalan-jalan kat situ. Ada unta nak mengorat Mr Kudud. Mula-mula kemain manja lagi ngan Mr Kudud...lepas tu tiba-tiba jadi agresif nak cium dan gigit Mr Kudud. Kitorang gelak bila tengok t-shirt Mr Kudud kena air liur dan sisa-sisa makanan unta tu. Euwwww....Saya terus tak mau jalan dekat-dekat dengan Mr  Kudud...sah-sah bau unta...hehe


Gambar-gambar di bawah ni saya snap guna DSLR. Gambar-gambar di atas pulak gambar dari ipad mini saya. Sebab tu lah gambar banyak gila. Sampai pening nak pilih yang mana satu nak update kat dalam blog. Saya rasa cukup kot saya membebel kat entry ini. So layan gambar je la ek..


Saya sempat jugak amik video masa kami naik Safari Ride tu...saya upload dalam keek.






Harga tiket masuk saya tak berapa sure sebab kami bayar ikut pakej lump sum. Tapi saya rajin pulak pegi website A Famosa Resort ni untuk check harga.

Hari Bekerja
Dewasa : RM 46
Kanak-Kanak : RM 36

Hari Cuti
Dewasa : RM 49
Kanak-Kanak : RM 39

Kalau nak tahu lebih lanjut..boleh layari website A Famosa Resort ok?
http://afamosa.com



Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME
 

16 comments:

Cik Da said...

salam liza bestnya kak pun lom jejak lagi afamosa ni nama jerk dok melaka hi2 salam kenalan liza.....

Annamariana1989 said...

wah, bestnya sis..
teringin pula anna nak g :)

mychessypie said...

comelnyee awak...

Ratu Hatiku said...

Cantik semua gmbr2 dlm nie,dah lama akk x ke zoo melaka. :D

Unknown said...

ok sangat comell..gila flawless skin liza...jeles tau...boleh la next time ulang pegi sini lagi...*mak budak yang hover nak tengok binatang..hehe

Asma Azuani said...

seronoknye jalan2! saya teringat tahun lepas gi jalan kat situ. tapi pegi masa musim panas memang menduga iman hehe. seronokkan gi jalan2 ngan family, priceless :)

Cik Nor said...

bestnya cuti2 malaysia..:)

Syazana Zainn said...

wahhh bestnya

dah lama x p zoo

rasanya last sekali pi pun waktu sekolah rendah hiks

ajax85 said...

mmg lawa gmbr yg diambil..hehehehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Seingat Kak Mirror mcm dulu kena naik truck klu masuk tengok binatang2 ni.

Kak Mirror kan, dah berkali tau cuba gayakan shawl mcm Liza, tapi tak pernah menjadi...hehe.

Nai @ TPJ said...

Tumpang seronok dear, tgk gambar2 tu semer.. N u looked fabulous! Unta tu betina kowt... Bkenan kat your hubby?!
Huhuhhu

Nisa said...

I'm glad you guys have fun together. I adore your legs so much, kecil. Nak juga!

Unknown said...

Last gi A'Famosa Resort ni in 1998 xsilap. Masa tu baru je launching water resort tu. Memang teruja main air even few facilities xsiap lagi time tu.

Glad u enjoyed ur holiday. Pics semua lawa2 ok!

Zura said...

terkejut zura tgk gmbr unta tu td... hahahaah.. cantik sluar kaler oren liza nih

ellynadyra said...

cantik2 gambar, plg suka tgk gambar rimau tu

Unknown said...

best nya..teringin nk pegi afamosa..nak tanya, beli tiket masuk tu pakej skali dgn waterpark ke? ke beli tiket safari asing2?sbb ingt nk beli yg 2 in 1 means safari
+waterpark..takut tak sempat masuk dua2 bleh ke extend the next day? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...