Sep 1, 2013

#6Syawal : Wedding Pak Uda & Mak De (Part 2)



“When we love, we always strive to become better than we are. When we strive to become better than we are, everything around us becomes better too.”
Paulo Coelho, The Alchemist


( Tanjung Piandang . 13 Ogos 2013 )


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Harini mesti ramai yang sibuk menghadiri open house kan? Al maklumlah bulan Syawal dah semakin sampai ke penghujungnya. Harini saya agak free...so bolehlah sambung cerita raya saya yang tak habis-habis lagi ni...hehe. Jumaat lepas cerita di majlis sebelah pihak Mak De saya. So harini cerita majlis di sebelah pihak lelaki pulak. Majlis sebelah keluarga kami ni tak ada lah grand sangat..sederhana je. Tapi tak sangka pulak ramai orang kampung yang hadir. Tak pasal-pasal jadi meriah. Menu kami haritu nasi putih + nasi minyak, ayam masak merah, gulai rebung, ulam-ulaman, sambal belacan, sambal petai dan macam-macam lagi. Nyum...nyum...hehe





Pengantin sampai dalam pukul 1 tengah hari. Pengantin memakai busana tema biru pulak. Mula-mula acara makan beradap dengan famili sebelah perempuan. Kemudian bergambar di pelamin simple yang dibuat sendiri oleh mak-mak saudara saya. Memang tak ada acara bersanding. Kemudian beramah mesra dan bersalam-salaman dengan ahli keluarga 


Saya, adik ipar, mak dan aunty saya macam biasalah kan...bila ada free time tu baik main camwhoring. Tak ada camera pun tak apa...janji ada ipad & handphone. Pengantin bangun je dari pelamin, kami pulak yang beria-ria bergambar kat pelamin. Kemain lagi kan....Haa..amik sampai 3 keping muka saya je  :P


Ok...pengantin basi yang over ni pun enterframe jugak...alaa...kasi la can !

Habis je majlis, saya, Mr Kudud dan adik ipar saya pegi ke Penang untuk pick up adik saya balik kerja. Dia tak dapat nak join kenduri sebab haritu dia bekerja. Sempat lagi tapau Pearl Milk Tea Chatime dan snap gambar mulut muncung duck face saya yang sangat comel tu kan...hehehe


Malam pulak ada acara buka hadiah dan family gathering. Macam-macam aktiviti kami buat...ada acara cabutan bertuah, potong kek dan salam raya bersama ahli keluarga. Family abah saya ni memang happening dan sporting. Malam tu saya tak snap banyak gambar...saya banyak amik video/keek sebab rasa rugi pulak tak capture moment yang best dan kelakar macam ni.













Love,
LIZA RAZAK







FOLLOW ME :

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

12 comments:

Cintakhadijah said...

Wah, meriahnya.


dan,

saya jeles.

hahaha. ;)

HeNRieTTa JoSe said...

meriahnya...sronok kan jumpa sanak saudara...dapat kumpul ramai ramai...

Luqman Zakaria said...

sesi bg duit raye paling best..nak jgk!haha

Nina Mads said...

simple tp tetap meriah.. hehe
raya tahun ni byk pula org buat kenduri masa raya :)

ellynadyra said...

eh saya pun ada kawan kat tg piandang hehehehehhehehe

Zura said...

zura mmg suka involve dlm majlis2 kenduri kawen..

Liza Razak said...

@Cintakhadijah : kalau berkumpul ramai-ramai macm ni memang meriah :)

Liza Razak said...

@HeNRieTTa JoSe : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@luqman zakaria : dulu masa kecik2 best laa...skrg dah x best sbb kena kasi duit raya...hehe

Liza Razak said...

@Amanina Mads : betul tu..byk sgt sampai x tau mana satu nak pergi :)

Liza Razak said...

@elly nadyra : ye ke sis..kat belah mana tu?

Liza Razak said...

@Zura Lee : best kan..lg meriah kalau kenduri mcm ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...