Entry Sambungan :
[ Awana Porto Malai . 27 September 2014 ]
Assalamualaikum & Hello.
Petang tadi dah selit entry OOTD kan? Malam ni sambung balik cerita Langkawi. Apa?? Dah boring dah baca? Alaa....lagi 2-3 entry je lagi. Esok lusa dah habis dah. Pastu saya buat review makeup pulak. Amacam?
Habis je kami buat aktiviti Island Hopping, kami tapau nasi bungkus dan terus balik bilik. Lepas makan terus pengsan sampai petang. Kami memang malas nak keluar mana-mana haritu. Nak spend time kat hotel je. Memang habit saya kalau stay kat hotel, mesti nak berendam dalam swimming pool. Berenang beberapa lap sampai penat. Bila dah exercise, barulah cergas sikit kan. Kat Awana ni...kalau nak mandi swimming pool, kena pakai swimming attire. So sapa-sapa plan nak datang ke sini, bawaklah baju renang korang siap-siap dari rumah yer.
Ni pura-pura nangis pasal Mr Kudud kata dia dah nak naik bilik. Ya ampun..perangai!! Mana taknya dah nak maghrib dah. Malam kang nak makan BBQ pulak...hehe. Dah la bersiap lambat....huhu
BBQ dinner kat Awana ni kami dah reserve siap-siap masa check in. Harga dalam RM 55++ setiap sorang. Walaupun nampak macam mahal tapi bila korang tengok selection makanan dia memang puas hati sangat. Berbaloi-baloi.
[ Seagull Coffee House, Awana Porto Malai . 27 September 2014 ]
Sapa yang gila makan BBQ tu silalah cuba. Paling best kalau reserve pada malam minggu. Happening!! Ada BBQ...ketam, lamb, udang, ikan, ayam dan segala mak nenek BBQ tu semua ada. Makanan melayu, western, dessert, pastries pun ada. Mesti korang rambang mata nak pilih yang mata satu. Yang penting kita boleh makan kat tepi laut sambil dengar live band. Romantik uolsss!!!
Saya punya tips senang je kalau nak makan buffet ni. Setiap jenis makanan tu saya ambil sikit-sikit je untuk first round. Nak amik rasa dulu. Second dan third round baru saya repeat makan benda yang saya suka. Fourth round baru mencekik segala mak nenek dessert yang ada. Yang penting minum kena sikit je. Kalau first round pun nak minum banyak...memang rugilah. Perut cepat kenyang. Lama kami lepak makan kat situ. Ye laa dah bayar pun mahal, harus makan sampai kenyang!!
Sebelum naik bilik, kami ronda-ronda dulu kat area hotel ni. Malam tu merupakan malam terakhir kami kat Awana Porto Malai. Esoknya dah nak balik dah. Nanti saya review pasal bilik dan hotel ni dalam entry yang terakhir.
Ok...perut pun dah kenyang. Jom tidur!! Esok pagi-pagi dah nak check out hotel. Kalau korang nak tengok macam mana suasana malam BBQ ni, korang boleh tengok video kat bawah ni :)
4 comments:
kaki sapa sebelah tu? hahaha
@Khai♥Rin : anies : kaki sape lagi..dah tentu kaki kurus mr kudud...hehe
hopping island bestnya!
@Razfira : island hopping memang best tapi scary betul naik bot tu..laju sangat!
Post a Comment