Feb 23, 2014

Hello Jakarta : Monas Tower



“There is only one thing that makes a dream impossible to achieve: the fear of failure.”
  Paulo Coelho, The Alchemist







DAY 2 . 6 OCT 2013
( Monas Tower )


 Assalamualaikum & Hello.

Malam ni tak boleh tidur la pulak. Boring punya pasal, mari saya sambung entry yang teramat basi lagi sendu untuk tatapan korang...hehe. Mesti korang cakap...laa entry Jakarta ni tak habis-habis lagi ke? Yer kawan-kawan, entry sendu ni memang tak habis lagi. Selagi ada gambar yang tak habis show off kat blog ni, selagi tu laa entry sendu ni ada lagi...hehe. Haritu entry Jakarta ni terhenti kat Restoran Sederhana Nasi Padang kan, malam ni sambung pulak cerita destinasi terakhir kami pada hari kedua di Jakarta, mana lagi kalau bukan Monas Tower.

Sepatutnya kami singgah di Monas Tower selepas kami melawat Ancol. Masa tu pak supir dah hantar kami ke Monas Tower. Bila sampai kat sana, tengok banyak betul kereta parking tepi jalan. Tu tak kira lagi dengan orang ramai macam sardin yang berpusu-pusu menuju ke Monas Tower. Alamak ada event pulak kat situ! Perut pun lapar. Sudahnya kami cakap pada pak supir supaya hantar je kami balik ke hotel.

Bila kami dah makan dan berehat di hotel, malam tu dalam pukul 8 malam kami buat lagi percubaan pegi ke Monas Tower. Sebenarnya Monas Tower ni dekat je dengan hotel. Jalan kaki pun boleh. Tapi bila difikirkan pasal keselamatan, eh..tak jadilah jalan kaki. Kami tanya tambang bajaj yang park dekat hotel tu. Tambang satu bajaj dalam Rp 10,000 lebih kurang RM 3 jer..Memandangkan kami ada 4 orang, kami naik 2 bajaj. Ni nak cerita, walaupun Monas Tower tu dekat je dengan hotel kami, tapi bajaj ni kemain pusing jauh gila! Jalan kecik celah-celah kedai pun dia belasah. Tapi best jugak sebab boleh cuci mata tengok suasana Jakarta di waktu malam.

Sampai je kami di sana, alahai event petang tu belum habis lagi la !! Orang masih ramai berpusu-pusu ke sana. Nak tak nak, hadap je la. Mula-mula tu terpinga jugak memikirkan event kat sana tu event apa. Rupa-rupanya event sambutan Hari Pahlawan. Patutlah di dataran Monas tu penuh dengan helikopter dan kenderaan tentera. Beruntung jugak kami dapat jalan-jalan kat situ. Boleh tengok macam mana sambutan Hari Pahlawan kat sana. Tentera Republik Indonesia pun ada malam tu. Kami sempat tengok diorang buat raptai kawad. Selain daripada pameran ketenteraan, dataran tu penuh dengan peniaga makanan dan cenderamata. Macam ala-ala uptown pun ada jugak...hehe. Kami tengok-tengok je, malas pulak nak beli. Makanan dan minuman kat situ kami tak berani beli. Air mineral pun kami bawak sendiri dari hotel.

Sebenarnya kalau datang nak bergambar kat Monas Tower ni, silalah datang pada waktu siang. Sebab malam kalau hari biasa memang tak ramai orang. Tension je nak snap gambar masa tu sebab lighting memang teruk gila. Berpuluh-puluh gambar yang saya snap, hanya ada beberapa keping je yang ok. Jadilah...daripada tak ada kan...hehe.

Mari layan gambar low quality yang saya sempat snap malam tu...


Bagi saya, malam tu merupakan pengalaman yang menarik untuk kami sebab dapat pakej 2 in 1, melawat Monas Tower dan berjalan-jalan di Pesta Hari Pahlawan Indonesia. Jarang-jarang dapat peluang macam ni kan. Melancong ke Jakarta ni lebih kepada nak jalan-jalan je dan bukan shopping. Saya suka tengok bangunan bersejarah, seni dan budaya masyarakat setempat.


Kalau nak tengok suasana Pesta Hari Pahlawan kat Dataran Monas tu, boleh tengok video keek yang saya sempat rekod malam tu..








Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

6 comments:

Bitt (double IS) said...

oo mcm2 jugak ada jual kat situ erk masa malam...

Nai @ TPJ said...

Situ panas sgt2 kaan.. X suka akak.

shaFazie said...

cantiknya suasana kt sini,lagi2 manara tu lah sis.

Liza Razak said...

@Bitt (double IS) : rasanya sebab ada event je aritu..hari biasa tak pasti pulak :)

Liza Razak said...

@Nai @ TPJ : a ah...nak pulak malam kitorang pegi tu ada event..lagilah panas :)

Liza Razak said...

@shaFazie : malam2 memang best pegi monas ni sebab boleh tgk lampu warna warni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...