Feb 28, 2014

3rd Wedding Anniversary : Colmar Tropicale





“The simple things are also the most extraordinary things, 
and only the wise can see them.”
  Paulo Coelho, The Alchemist




DAY 2 . 29 DECEMBER 2014


Entry Sambungan :
3rd Wedding Anniversary : Awana Genting Highlands

Assalamualaikum & Hello.

Harini sambung balik cerita wedding anniversary kami tahun lepas. Eh..tahun lepas ek?? Alaa..baru je 2 bulan lepas kan..hehe. Semalam saya cerita hari pertama dan kedua kami di Awana Genting Highlands. So hari ni saya nak cerita destinasi kami seterusnya. Sebenarnya kami tak plan pun nak ke Colmar Tropicale ni. Masa baru nak turun genting tu, tiba-tiba ternampak sign board Colmar Tropicale. Terus saya tanya Mr Kudud, nak singgah tak amik gambar kat sana? Mr Kudud terus kata ok, sebab dah alang-alang dekat kan.

Mula-mula masa nak naik Berjaya Hills tu, ingatkan jalan nak ke Colmar ni besar macam jalan naik Genting tu. Rupa-rupanya lagi sempit dan bengkang-bengkok. Seriau jugak. Dalam hati asyik fikir bilalah nak sampai ni. Rasa macam jauh sangat..hehe. Alhamdulillah, kami berjaya jugak sampai ke Colmar Tropicale (ceh...macam jauh sangat je bunyinyer...hehe)

Kat sana kami cuma jalan-jalan, bergambar dan makan tengah hari kat salah satu cafe yang ada kat situ. Tak ingat pulak nama cafe tu. Kami order set ayam ala-ala Kenny Rogers. Sedap jugak walaupun harga agak boleh tahan mahal. Tapi boleh terimalah..sebab tempat pun nampak classy dan cantik. Kalau korang tengok gambar kat atas ni mesti rasa kebanyakkan gambar ni pose gedik kan? A ah...saya pun rasa macam tu jugak....haha. Jangan salahkan saya...salahkan Colmar Tropicale ni! Memang rasa romantik bila jalan-jalan kat situ. Aura gedik tu tiba-tiba je datang...haha. Next time bolehlah stay 1 malam kat sini pulak. Nak tanya, siapa pernah stay kat Colmar Tropicale ni? Best tak?





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Bota,Malaysia

18 comments:

Ann said...

haritu pernah plan nk stay sini sbb tmpt cantik nk amik2 gmbr kan..tp ade review yg xbrp best psl tmpt ni..trs cancel plan..hoho..

mungkin stay kt de chetau tu ok lg kot..heheh

norhidana miswan said...

eppy anniversary.... moga kekal bahagia hingga ke jannah

mOon EyEzS said...

Lama gila mOon x jenguk blOg ... bukak2 je terus terjah blOg liza..hihi

Sue-Rya Qistina said...

huhuhu..x pernah lagi sampai ke sini..
(camne direction nak ke sana? siyes mmg x pernah pegi, teringin sgt nak pegi..asyik pegi genting n cameron je. boring jugak..hehehe)

shaFazie said...

azie baru plan nak ke colmar ini hihi..

cantik2 pic yang akak ambik..
bila tengok dah macam kt oversea lak hihi

yana yani said...

cantiklah tempat ni, saya pun tak pernah sampai sini lagi
bestlah

Cheida_Mymee said...

Tmpat yg pling sy teringin nk peegii

Zura Lee said...

zura kali terkahir dtg sini thn 2009..dh byk perubahan dia kan...nnt nk pegi la bwk anak2 dtg sbb kt sana kan ada taman arnab..

Dhia Dirham said...

macam best je

Liza Razak said...

@Ann : saya pun ada dengar cite2 x best tu..tapi kitorang degil, hentam jugak nak pergi...hehe

Liza Razak said...

@norhidana miswan : thank you sis :)

Liza Razak said...

@mOon EyEzS : hehe..thank you sis..terharu tau :)

Liza Razak said...

@Sue-Rya Qistina : kitorang pakai waze je sbb cari sign board tak jumpa pun

Liza Razak said...

@shaFazie : mmg cantik kalau bergambar kat sini..boleh feeling2 jln2 kat oversea..hehe

Liza Razak said...

@yana yani : nanti try la holiday kat sini..best :)

Liza Razak said...

@Cheida_Mymee : ada rezeki nanti bolehlah holiday kat sana :)

Liza Razak said...

@Zura Lee : ye ke? haritu saya tak sempat singgah pun...huhu.rugi betul

Liza Razak said...

@Dhia Dirham : memang cantik sis...nak pulak kalau yg suka bergambar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...