Mar 1, 2014

Hotel Review : Awana Genting Highlands Golf & Country Resort




“When you find your path, you must not be afraid. You need to have sufficient courage to make mistakes. Disappointment, defeat, and despair are the tools God uses to show us the way.”
  Paulo Coelho, Brida



Assalamualaikum & Hello.

Ini merupakan entry terakhir untuk 3rd Wedding Anniversary Marathon minggu ini.. phew...lepas ni boleh move on update entry lain pulak yer ! Boring tak ada apa nak buat weekend ni...meh saya nak review hotel Awana Genting Highlands Golf & Country Resort ataupun nama barunya Awana Hotel Genting Highlands/First World Genting ni.

Rasanya tak payah nak explain panjang-panjang intro pasal hotel ni kan. Pasal hotel ni famous..kebanyakkan yang pergi Genting ni mesti tau pasal hotel ni kan. Saya lebih nak bercerita pasal facility dan pengalaman saya bermalam di sana.

Sebelum kita cerita pasal pengalaman saya ni, saya cerita dulu pasal booking. Memandangkan kami ni last minute booking, nak pulak peak holiday masa tu, harga 1 malam memang mencanak la kan. Check kat Agoda, mula-mula bilik Deluxe tu masih available. Harga 1 malam dalam RM 280++ macam tu. Bila dah confirm kan dengan Mr Kudud, time nak bayar online alih-alih bilik deluxe tu dah sold out. Adeh...yang tinggal 1 Room Condo je. Nama pun condo...harga pun macam condo jugak la kan. Harga dalam RM 380++ gitu. Tanya lagi Mr Kudud. Dia kata no choice, bayar je la..kang lambat memang sold out lagi. After tax dan bla bla bla...total dalam RM 430. Huh...kalau harga biasa, boleh stay 2 malam kot. Tutup mata je la yer..

Kami check in dalam pukul 3 petang, hari Sabtu 28/12/2013. Masa tu ramai jugak yang check in. Sekarang ni standard la...pukul 2.30 - 3.30 petang baru boleh check in. Nak check in bilik, service memang cepat walaupun orang ramai. Staff kat front desk pun sangat friendly. Macam-macam kitorg tanya, dia layan dengan ramah mesra. Siap kasi personal card just in case kalau kitorg nak datang lagi next time.

Bilik kami terletak di blok bersebelahan dengan bangunan utama. Blok ni saya rasa khas untuk condo room kot. Area bilik kami ni memang sunyi...maybe tak ramai orang menginap kat situ sangat. Masuk je....wahhh...besarnya bilik !! Boleh duduk 5-6 orang dalam ni!! Memandangkan hotel ni hotel lama, janganlah harapan tinggi nak tengok perabot up-to-date yer. Of course la...perabot jenis lama. Tapi bagi saya masih nampak stylish, kemas dan bersih. Letak je beg, terus check bilik air dengan harapan ada bath tub..bila tengok...sob sob sob..bath tub nan hado !! Bilik air punyalah luas..lagi besar dari bilik tidur saya kat rumah. Tak puas hati betul tak ada bath tub. Bayar mahal ni!! Yang ada cuma bilik shower yang besar gila...huhu. Room amenities complete..ada cop First World. Ok lahh...

Bilik kami terbahagi kepada 5 bahagian. Ada bahagian tempat tidur (katil, meja mekap, iron board, almari,), dapur, bilik air, ruang tamu/meja makan serta balkoni. Bahagian tempat tidur dipisahkan dengan dinding kayu ala-ala partition, dapur pulak simple je, cuma ada kabinet untuk memisahkan ruangan dapur dan ruang tamu. Bilik disediakan dengan Smart TV dan cuma ada kipas. Ye laa..nama pun tempat sejuk..pasang air cond pun tak guna...hehe. Bilik kami ni ground floor. Dari sliding door bersebelahan ruang tamu dah boleh nampak garden tempat orang jogging. Tapi nama je ada balkoni, tapi grill sliding door tu tak boleh bukak yer. Jangan lah berharap boleh goyang-goyang kaki kat balkoni tu. Tengok je la dari dalam bilik...hehe.

Pasal katil ni ada tak puas hati sikit..kami dapat katil single yang disambung jadi double bed. Tak stim betul nak tidur laki bini. Walaupun booking last minute, tetap gak tak puas hati sebab mahal...huhu. Dapur pulak...nampak macam complete..tapi nan hado. Memang la ada hot plate untuk memasak tapi peralatan untuk memasak tak ada pun. Maybe kena request dari hotel. Kettle macam biasalah memang ada. Bila bukak kabinet dapur., memang kosong, tak ada apa pun melainkan set kopi, teh, creamer dan gula tu je.

Cerita pasal wifi pulak. Memang ada...tapi kena bayar hokeyy! Nasib baik saya memang bawak ipad sendiri. Line Digi pulak laju je so memang tak heran pasal wifi ni. Channel TV not bad la (walaupun tak tengok tv sangat) yang penting ada HBO..hehe.

Cukup komplen pasal bilik ni. Overall stay kat sana memang best sebab facility kat Awana ni memang da bomb!! Nak pulak kaki golf macam Mr Kudud ni. Golf Course kat sana memang luas siap ada driving range lagi. Swimming pool best jugak sebab ada heater...hehe. Cuma jacuzzi je saya tak sempat rasa haritu. Kalau barang keperluan terlupa bawak, jangan risau. Kat luar lobby ada kedai ala-ala 7 Eleven (tak ingat pulak nama kedai tu). Bersebelahan dengan Entrance Driving Range. Macam-macam ada dalam tu. Sebenarnya ada banyak lagi attraction yang menarik kat Awana ni tapi tak sempat nak explore semua sebab kekangan masa. Redah je mana yang sempat.

Bila kita stay kat hotel..mesti nak rasa makanan dia kan. Kami sempat cuba buffet dinner kat Rajawali Coffee House. Harga RM 50++ untuk seorang. Not bad cuma kepelbagaian menu tu agak kureng sikit. Banyak lauk-pauk melayu je. Ada la jugak menu western tapi tak menarik. Dessert memang tak best (walaupun rupa memang tempting gile) Kebanyakkannya terlampau manis...semua yang kami ambil malam tu, contohnya kek dan blueberry pie, kami tak habis makan. Makan sesudu terus letak balik..huhu. Tapi saya puji lauk pauk kampung malam tu..memang sedap!! Masak lemak, asam pedas dan rendang serius mantap!! Satu lagi yang best...kat Rajawali Coffee House ni ada 2 jenis tempat duduk. Kami pilih yang open air. Memang nampak kabus je kat luar. Silalah pakai baju sejuk sebab malam memang sejuk gila. Masa tu tak ramai orang, kami selamba je makan sambil bersila atas kerusi, buat macam rumah sendiri...hehe.

Breakfast pulak...bagi saya very decent. Macam standard kita makan kat hotel 4 star. Nothing special. Overall ok la. Check out hotel memang pantas. Kami siap check out lambat lagi..hehe. Anyway..banyak kan saya membebel ni...meh layan gambar 1 Room Condo ni,


Bagi saya bab makan tu sebenarnya saya boleh tolerate lagi sebab selain daripada itu, semuanya best. Yang pasti saya akan datang lagi sebab bagi saya facility kat situ almost complete....ada macam-macam. Tak payah keluar mana-mana pun ok. Relax je dalam hotel. Pelbagai ktiviti boleh dilakukan. Boleh mandi swimming pool, jacuzzi, main golf, tennis, archery, squash dan macam-macam lagi. Nak naik Genting pun senang, naik je kereta kabel sebab dekat dengan hotel. Lepas ni nak cuba stay kat bilik Deluxe pulak. Mana tau best pulak ker...hehe

Facilities :
Fitness Centre | Hot Tub | Garden | Kids Club | Squash Courts
Golf Course | Outdoor Pool | Tennis Court


 8th Mile, 69000 Pahang Darul Makmur,
Gohtong Jaya, Genting Highlands




Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME
 
- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Bota,Malaysia

12 comments:

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

hehehe wah cantiknye,,mcm best jek stay sini kan,,tp tang katil tu lah kureng skit,,

ahsfantasy24 said...

Ini kalau tidur tak bangun2 ni:D

HeNRieTTa JoSe said...

Rietta blom pernah ke sana...tapi mcm best jerr...

O'gosh Iskandar said...

Wahhh..musim panas ni orang dok serbu tempat sejuk2 je kan...anyway..kira ok la hotel nyer furniture tu...kira vintage la tu...huhu

Sue-Rya Qistina said...

masa kursus tahun 2012 kat awana ni jugak. saya bawa hubby dan anak2. mmg best! bulan april ni, stay kat awana jugak. ada beli promo kat groupon. x sabar rasanya!

ct cucubi said...

Seronok gak bercuti kat tanah tinggi.. ada masa nanti bolehlah pergi.. =)

Liza Razak said...

@NORSHAHFEZA HAMSAN : tu laa potong stim betul...hehe

Liza Razak said...

@ahsfantasy24 : betul tu..nak pulak kalau cuaca sejuk..hehe

Liza Razak said...

@HeNRieTTa JoSe : nanti pergilah sis...best :)

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : tu laa..nasib baik facility best

Liza Razak said...

@Sue-Rya Qistina : nanti update la kat blog sis :)

Liza Razak said...

@ct cucubi : serius tak rugi kalau pergi...seronok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...