{ Stage Club, Avenue K . 6 Julai 2013 }
Kali ni saya upload pulak gambar-gambar dari DSLR yang saya snap sepanjang event Cosmopolitan Hunks 2013 yang berlangsung Sabtu lepas di Stage Club, Avenue K. Memandangkan gambar-gambar banyak saya upload dalam entry khas Cosmopolitan Hunks 2013 ini, saya ceritakan sesingkat mungkin ok?
Bukan saya seorang je yang hadir, pemenang-pemenang giveaway yang saya pillih 2 minggu lepas pun hadir seperti Zarena Heeney, Rina Ellisa, Syafiqah Hashim dan Asyik Izas. Seronok dapat berpeluang berkenalan dan berjumpa dengan mereka semua
Sebelum event bermula, saya sempat bergambar dengan blogger Zarena Heeney dan Asyik Izas.
Sebelum masuk, kami redeem goodie bag dari Cosmopolitan Malaysia. Walaupun goodie bag tu nampak kecik, macam-macam gift dari penaja seperti Redken, Guess dan The Body Shop ada dalam tu !
Saya dan Syafiqah Hashim duduk semeja malam tu...terharu betul bila Pika datang jugak walaupun hampir cancel di saat-saat akhir. Thank you for coming Pika :)
Mereka semua merupakan finalis-finalis Cosmopolitan Hunks 2013. Mereka ni datang dari pelbagai background pekerjaan. Pemilihan bukan berdasarkan paras rupa sahaja tapi perlu ada keyakinan dan berkarisma tinggi.
Selain daripada itu..Amir Jahari juga hadir untuk menghiburkan para hadirin dengan lagu-lagu beliau.
Bersama dengan BFF saya dan Mr Kudud...adik-beradik Fatemah Sheikh dan Aaishah Sheikh. Tak sangka diorang sanggup datang join kami berdua.
Masa ni saya kena paksa naik atas pentas untuk sesi contest dengan finalis Cosmopolitan Hunks 2013. Tak pasal-pasal kan...too bad saya tak menang pun. Tapi pengalaman naik atas pentas tu yang best...nervous gila!! Nasib baik Mr Kudud tak tarik telinga saya bila turun pentas...kemain gedik lagi yer !!
Majlis berakhir lebih kurang pukul 10 malam...Tahniah Adam yang dinobatkan sebagai juara Cosmopolitan Hunks 2013 !! Malangnya saya dan Mr Kudud tak lama pun bergambar di luar sebab ada plan lain pulak dengan kawan-kawan di KLCC. Apa pun terima kasih banyak-banyak kepada Leanne Wong dari Cosmopolitan Malaysia kerana menjemput saya dan rakan-rakan !!
Love,
LIZA RAZAK
16 comments:
Wah wah ! Bestnyaaa. ^_^
Cantik Liza... :)
Selamat berpuasa ya..
sepatutnya saya datang tapi tak dpt..maigog ruginyaa.. haha
mmg meriah
seronok dpt jumpa dgn Liza :)
meriah nyer...
maaf byk2 liza. ada hal yg terjadi last2 min. so terpaksa cansel utk ke sini waaaaaa
thank you Liza for the ticket..:)
ohsem la...hehe :)
suka bca mjalah cosmo nie
cantik kasut liza, smart gittew...
@Nuriesya Nadia : best sgt sbb dapat jumpa kwn2 blogger :)
@Ratu Hatiku : thank you...selamat berpuasa sis :)
@Izzah Azizah : next time boleh join lagi event macam ni :)
@zarena heeney : samalah dengan saya sis..seronok dapat jumpa sis :)
@Khai♥Rin : anies : tak per sis...next time kita boleh jumpa lagi kan :)
@Asyik Izas : welcome sis :)
@Amanina Mads: saya pun suka baca jugak :)
@Zura Lee : thank you sis :)
Post a Comment