Jul 24, 2013

Date Night @ TGI Friday's


“When we love, we always strive to become better than we are. When we strive to become better than we are, everything around us becomes better too.”
Paulo Coelho, The Alchemist



{ TGI Friday's, The Curve . 19 Julai 2013 }




Kadang-kadang rasa beruntung dapat suami dapat Mr Kudud ni. Sebab dia suka melayan kerenah mengada-ngada saya ni..ekekeke. Lately saya ni mengada terlebih. Teringin nak makan macam-macam..Alhamdulillah setakat ni apa saya teringin nak makan, semuanya dia tunaikan. Jangan marah kalau saya makin berisi ek. Sepanjang puasa ni memang jarang saya masak untuk berbuka..selalunya makan luar je. Satu sebab malas punya pasal dan kebanyakkannya dapat jemputan iftar dengan rakan-rakan. Saya akan masak untuk sahur sebab Mr Kudud ni jenis yang makan nasi. Acilah kan..at least dapur berasap jugak...hehehe

Jumaat lepas sebelum bertolak balik Perak, Mr Kudud ajak saya supper kat TGI Fridays The Curve. Memang tak plan pun nak makan kat situ. Masa tu dah pukul 10 malam. Mula-mula ingat nak makan kat Paradigm Mall je. Tapi risau pulak kalau TGI kat sana dah nak tutup. Sudahnya kami ke The Curve. Sampai je terus order New York Strip Steak & Tennessee Burger untuk Mr Kudud. Sampai jugak hajat saya nak makan steak. Air pulak saya order Strawberry Lemonade Slush. Seriously recommended ! Sedap sangat !! Habis makan Mr Kudud siap tanya lagi kat saya, " Lepas ni you teringin nak makan apa pulak?" Hadoyaii perli nampak !! hehehe



Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME :
INSTAGRAM | FACEBOOK | TWITTER | KEEK | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad



18 comments:

norhidana said...

bulan pose thn ni lum penah sekali pun berbuka kt luar, syok jugak dpt berbuka kt tgif nih... dia nyer menu sume superb sedap

kim said...

tgi firday's halal ye..?sara nk masuk tp takut non-halal

Unknown said...

setakat nie ena blm lg berbuka di luar waktu pose.

mgk mggu akhi baru nak berbuka di luar kot :)

sedapnya steak tu
dah lama tak siggh tgi

Lia said...

tengok menu tu tetiba jadi lapar.. hehe

dear anies said...

Sodap nyerrrrrr....hahaha siap perli lg tuuu

زليخا said...

ngee..sedapnya :)

Lelaki said...

NY strip mmg cun.

Sha said...

hmmm yumm3 photo shot tu ..nais..

ellynadyra said...

Alamak rindu pasta tgi

Liza Razak said...

@norhidana miswan : memang sedap sis...tapi sekali sekala bolehlah makan sebab mahal sgt..hehe

Liza Razak said...

@JungRara : TGIF ni cuma pork-free je :)

Liza Razak said...

@zarena heeney : lepas raya bolehlah singgah makan kat TGIF

Liza Razak said...

@Lia : kalau lapar...cepat2 makan ! :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : tu la pasal....sabo je la...hehe

Liza Razak said...

@Zulaiqa@Prof : memang sedap sis :)

Liza Razak said...

@Lelaki : kan...hehe

Liza Razak said...

@Sha : thank you sis :)

Liza Razak said...

@elly nadyra : saya tak pernah cuba lagi..best tak sis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...