" When you are enthusiastic about what you do, you feel this positive energy. It's very simple. "
Paulo Coelho
Entry Sambungan :
Singapore Trip : Lau Pa Sat
Singapore Trip : Arab Street
Singapore Trip : Resorts World Sentosa
Singapore Trip : Gardens by The Bay
Singapore Trip : Woodlands Ave 1 + Causeway Point
Entry Singapore Trip kali ni paling sikit gambar sebab masa ni memang letih sangat sebab satu hari suntuk ronda-ronda Singapore. Selalu kalau orang datang melancong ke Singapore mesti bergambar dengan singa Merlion ni kan? Nama pun signature Singapore ...Saya sarankan kalau nak berkunjung ke Merlion Park ni silalah datang waktu malam sebab boleh tengok Marina Bay Sands Night Show..Special nya show ni..lampu-lampu dipancar mengikut muzik. Memang best ! Malam tu memang ramai orang melepak tepi Merlion Park tengok show dari Marina Bay Sands ni.
Sakit hati je bila DSLR saya habis bateri...terpaksalah snap gambar guna apa yang ada. Janji snap gambar walaupun kualiti ala-ala je kan. Kami tak lama pun kat sana sebab masing-masing dah letih, nak balik Woodlands, rumah Ayah Alang saya pulak agak jauh. Tapi saya puas hati sebab akhirnya sampai jugak kat Merlion Park ni. Dulu masa kecik-kecik teringin sangat nak bergambar dengan singa ni..hehe
Nak tengok betapa meriahnya Marina Bay Sands di waktu malam..tak percaya tengoklah keek yang saya sempat ambil malam tu..Dapat tengok Marina Bay Sands dari jauh pun jadilah sebab nak stay 1 malam kat sana tak mampu...mahal sangat...hehe.
Love,
LIZA RAZAK
FOLLOW ME :
- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
18 comments:
wow!! cantiknyaaaaaa.... effect cahaya yg sangat cantik!! Terbaik!
x pernah lagi pergi singapore...teringin nk gi unversal studio =)
kawan cakap kt situ ada persembahan laser kn..best nyer...
betul tu marina mahal sangat +.+
jom singgah blog fae :)
nurfaezahabdullah1712.blogspot.com
bla tgk pic ni dan bandingkan dng 10 thn yg lps mmg byk bezanya merlion park ni
lama dah x kesana.
cantiknya
bestnya. bila lah agaknya bole sampai sana? ^^
marina bay sand...btol tu dapt tgk pn jadi laaa...nk p mmg xmmpu...
seronok jln2...kita je terperap dlm m'sia..hehe
@✿AINAA ROSEBERRY✿ : memang happening sangat masa ni..lighting tu memang cantik
@JungRara : ada rezeki nanti bolehlah pergi :)
@Zura Lee : a ah..betul tu..memang best :)
@Nurfaezah Abdullah : kan...memang tak mampu..hehe
@Khai♥Rin : anies : ye ke sis..saya pun br first time sampai..hehe
@Lelaki : ada rezeki nanti..bolehlah pergi lagi :)
@zarena heeney : kan...snap gambar memang cantik :)
@ammelia yusoff : jangan risau sis..ada rezeki lebih bolehlah pergi :)
@auni shahira : jangan cakap macam tu..mana tau ada rezeki lebih awak boleh pegi lagi jauh dari singapore ni...mesti seronok :)
Post a Comment