Jun 25, 2013

Singapore Trip : Woodlands Ave 1 + Causeway Point



" You can become blind by seeing each day as a similar one. Each day is a different one, each day brings a miracle of its own. It's just a matter of paying attention to this miracle. "
Paulo Coelho

{ KL Sentral - Woodlands }


 Seperti yang dijanjikan, harini saya nak cerita kat mana saya bercuti dengan family. Actually saya bercuti di Singapore. Kami bertolak malam Rabu (12/6) dan stay di Singapore sampai hari Sabtu (15/6). Sepatutnya kami pergi berenam, saya, Mr Kudud, adik saya Peloq, sepupu saya dan parents saya. Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, parents saya cancel last minute. So tinggallah kami berempat. Sebenarnya..selain daripada berjalan-jalan di sana, kami melawat sekali famili bapa saudara sebelah mak saya ( Ayah Alang ) yang tinggal di Singapore. Bapa saudara saya tu dah tinggal Singapore dari zaman 60an lagi. Sekarang dah jadi warganegara Singapore pun. Sambil menyelam, minum air kan. Lagipun boleh berkenalan dengan ahli keluarga Singapore yang kami belum jumpa lagi


 Kami pergi ke Singapore naik KTM. Kos naik train ke Woodlands, Singapore sangat murah yer..kalau naik coach ( Senandung Sutera ) macam kami naik ni dalam RM 34 je satu kepala. Haa...tak ke murah tu? Kami bertolak dari Puchong naik teksi ke LRT Kelana Jaya pukul 8. Sampai di KL Sentral dalam pukul 9 malam. Sementara menunggu train sampai, kami isi perut siap-siap kat kopitiam Meal Station. Haritu..train ke Woodlands delay setengah jam. Sepatutnya naik pukul 11 malam, terus jadi 11.30 malam. Kalau naik coach kelas murahan macam kitorang naik ni..tak adalah selesa sangat tapi oklah untuk orang yang dalam budget travel macam kami ni. Duit transport boleh save untuk shopping dan makan di Singapore nanti. Sebenarnya lagi senang daripada driving ke sana..lagi banyak kos. Public transport kat Singapore pun sangat reliable dan murah.

{ Woodlands Town }


 Kami sampai di Woodlands, Singapore dalam pukul 7 pagi. Tapi nak tunggu turn check passport kat Imigresen Singapore punyalah lama sebab kena isi borang bagai. Tak kira lagi dengan orang yang macam sardin nak masuk ke Singapore. Sudahnya pukul 8 baru selesai. Kesian Ayah Alang tunggu kami lama kat Woodlands Centre Road.

{ Woodlands Ave 1 }


Sampai je..kami naik bas ke rumah Ayah Alang saya di Woodlands Ave 1. Seronok betul saya naik bas pusing-pusing Woodlands. Al-maklumlah first timer. Bila kami sampai..bukan main seronok lagi famili Ayah Alang menyambut kami.


 Hari pertama kami banyak habiskan masa di rumah Ayah Alang. Letih badan naik train pun belum habis lagi. Seronok betul melayan anak-anak sepupu saya, Farihin dan Farisya. Baru first time jumpa bukan main pot-pet lagi berborak. Sebenarnya kami semua jarang berjumpa dan tak berapa rapat dengan family Ayah Alang ni. Kalau jumpa pun sekejap..itupun kalau dia satu famili balik ke Malaysia. Ada hikmah jugak kami datang ke sana. Hubungan dua hala famili Malaysia-Singapore jadi makin rapat


 Suasana kat Woodlands Ave 1 ni berbeza sangat dengan kawasan rumah saya di Puchong. Kalau di Puchong tu...kemain bising lagi bunyi motor merempit tak kira siang malam, di sana...aman je. Tapi jangan haraplah nak jumpa warung-warung tepi jalan ataupun gerai goreng pisang macam kita di sini. Kalau nak makan luar kena pergi Woodlands Causeway Point (Itu paling dekat). Tapi public transport Singapore saya akui memang sangat best. Praktikal dan murah..kalau saya stay sana, tak payah beli kereta pun tak apa. Naik public transport lagi senang.


Petang tu, cousin saya Abang Sham dan Kak Vitri bawak kami jalan-jalan dan makan di Woodlands Causeway Point. Punyalah dekat dengan rumah...jalan kaki je. Kat situ semua ada, public library, panggung wayang, shopping mall, food court dan MRT station. Sementara tunggu time makan, kami main game arcade dengan Farihin dan Farisya. Kemain seronok lagi Mr Kudud main dengan budak-budak ni. Agaknya dia lupa kot umur die tu dah 32 tahun...hehe. Lepas tu...kami makan ramai-ramai dengan Abang Sham satu famili. Haa...itu baru cerita first day...kemain panjang lagi entry kan? hehehe...esok saya update pulak cerita dan gambar-gambar kami di Gardens by The Bay.

{ Causeway Point, Woodlands }








Love,
LIZA RAZAK







- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

28 comments:

Khai♥Rin : anies said...

bla bc entry ni, rs mcm da berkurun x g s'pore...
murah tu liza...bleh la terjah nnt ;-)

O'gosh Iskandar said...

whoa..bestnya...xtau plak bleh sampai singapore straight naik tren...lame kan....bole la try bila anak2 besar sikit nnt...

Normi Nieza said...

bilala blh sampai singapore..:)

S.NorFatihah said...

Bestnya ada family di singapore!

AiSyA LiEzA said...

wahhh!! bestnya :)

Teena Tna said...

Best nya! Sy tak pernah g singapore lg.

Amanina Mads said...

bestnya.. rasa lama betul tak pegi singapore. ada sepupu pun xjenguk2 lg.. huhu

Cikda said...

jgn lupa sambunganya ye.. cantik la rumah Ayah Alang.

cikda dulu pergi spore masa kecik2 dulu sibuk beli games n watch.. tu le last pergi kot.. sedeehh..!

Syazana Zainn said...

bestnya.

tu la ramai kata public transport kat singapore mmg efficient :)

zarena heeney said...

lamanya ddk dlm train
patah pinggang dibuatnya :)

HeNRieTTa JoSe said...

Blom berkesempatan ke sana....sedey.....

aniswany lazim said...

ramai org cita naik train lama sgt nk sampai,tp u ckp mcm kejap best je..hmm terasa mcm nak pg holiday spore jgk :)

Mizz Aiza said...

seronoknya pergi jalan2.. :D

elly nadyra said...

senang nek public transport aje ke singapore, leceh la nak drive kat sana, aku yang kg kat johor ni pun lom masuk2 singapore lagi hahahahahhaa

Liza Razak said...

@khairin anies : tu laa jimat jugak..boleh save utk shopping & makan :)

Liza Razak said...

@o'gosh iskandar : betul tu...nanti bolehlah cuba

Liza Razak said...

@normi nieza : nanti ada kelapangan bolehlah pergi

Liza Razak said...

@s.norfatihah : senang kalau nak pegi singapore lagi lain kali

Liza Razak said...

@teena tna : nanti pergilah ke sana kalau ada kelapangan :)

Liza Razak said...

@amanina mads : saya pun dah bertahun2 baru dapat pergi :)

Liza Razak said...

@cikda : saya dah buat sambungannya- kat gardens by the bay pulak :)

Liza Razak said...

@syazana zainn : betul tu sis..mmg efficient :)

Liza Razak said...

@zarena heeney : tu laa..7 jam dalam train tu

Liza Razak said...

@henrietta jose : nanti cuti bolehlah pegi :)

Liza Razak said...

@aniswany lazim : seronok sebenarnya naik train ni :)

Liza Razak said...

@mizz aiza : sekali sekala sis :)

Liza Razak said...

@elly nadyra : dapat cuti lama sikit bolehlah pergi sana :)

Liza Razak said...

@aisya lieza : mmg seronok sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...