Jun 6, 2013

Product Review : Fresh Kon Alluring Eyes Contact Lens



FRESHKON ALLURING EYES
Natural shades
 Defined outline for alluring effect
Hydrophilic surface for comfortable wear
Easy to fit, no curling lens problem
 Large optical zone for clear vision
 Wide power range from -0.00D to -10.00D

PRODUCT SPECIFICATIONS:
Water Content : 55%
Diameter : 14.2mm
Base Curve : 8.6mm
Power Range : 
-0.00D (plano)
 -0.50 to - 6.00D (0.25 steps)
 -6.50D to -10.00D (0.50 steps)


Harini saya nak review tentang contact lense pulak. Asyik review mekap je kan...bosan pulak. Freshkon Alluring Eyes ni antara brand contact lense yang paling selesa saya pakai. Kadang-kadang sampai terlupa yang saya ni pakai contact lense. Sebelum ni saya pernah je ikut trend pakai contact lense diameter besar Korea tu. Tapi baca banyak kes yang negatif pasal contact lense Korea ni terus patah balik pakai contact lense yang mahal ni. Ye la mana taknya...sepasang contact lense Korea harga dalam RM 20-RM 50, lepas tu boleh tahan berbulan-bulan pulak..tempting betul! Tapi tu la..Mr Kudud cukup tak suka kalau saya pakai contact lense warna-warni dan diameter terlampau besar sangat. Dia cakap nak pakai tu boleh..tapi biarlah nampak natural

Mula-mula saya decide nak cuba Freshkon Alluring Eyes ni sebab saya banyak baca review positif dari blogger-blogger. Harga agak mahal juga...2 pasang dalam RM 90. 1 pasang disarankan pakai sebulan je. Adeh...kopak jugak duit 2 bulan sekali. Tapi disebabkan saya ni rabun yang tak suka pakai cermin mata..terpaksa jugaklah beli. Nak pulak mata saya ni jenis sensitif. Kena hati-hati beli contact lense ni


Kalau korang peminat lense warna-warni dan berdiameter besar..Freshkon Alluring Eyes memang tak sesuai. Hanya ada 4 jenis warna mata natural sahaja yang ada dan diameter pun tak berapa besar sangat macam contact lense Korea. Dalam 14.2mm je. Bagi saya dah cukup besar untuk mata saya. Takut bila diameter besar sangat nanti mata saya jadi tak selesa. Saya pilih warna windsome brown konon-konon nak nampak mata natural brown gitu..hehe. Tapi malangnya bila pakai nampak hitam je pulak. Tapi tak apalah...at least motif nak nampak natural tu tercapai..hehe. Dari segi keselesaan..agak mengejutkan juga. Saya pernah pakai sampai 12 jam tapi mata saya still ok dan tak rasa kering. Penjagaan sama je macam contact lense yang lain cuma saya sarankan pakai solution yang branded sikit supaya contact lense kita lagi bersih dan tahan lama.


Advantage bila pakai contact lense yang berdiameter besar ni..mata kita akan nampak lagi cantik dan segar. Nampak perbezaan bila saya pakai dan tidak memakai contact lense. Kadang-kadang bila keluar tak pakai mekap, saya pakai contact lense supaya nampak mata lebih fresh dan tak nampak letih.


Ini saya bagi contoh gambar perbezaan saya memakai Freshkon Alluring Eyes. Mata sebelah kanan saya memakai contact lense dan sebelah lagi tidak. Nampak kan perbezaannya? Gambar di bawah pulak sebelah kiri gambar sebelum memakai lense dan sebelah kanan selepas memakai lense.


Untuk mendapatkan 'bigger dan beautiful eyes' tapi masih nampak natural saya sarankan korang cuba Freshkon Alluring Eyes ni especially untuk mata sensitif seperti saya. Review saya ni mungkin akan berbeza kesannya dengan sesetengah orang. Paling penting kena rajin cuba pelbagai jenis brand untuk mendapatkan contact lense yang paling sesuai untuk diri sendiri. At least review ni boleh dijadikan panduan untuk korang membuat pilihan membeli lense baru. Korang pulak pakai jenama apa? Mari share sikit dengan saya!


Harga retail : RM 90/ 2 Pasang




- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

16 comments:

Cheida_Mymee said...

hari tu g kedai ada nmpak lens ni..
mmg mahal skit la.. tpi kalau berbaloi x salah kot mencuba hihihi :)

Sue-Rya Qistina said...

wahhh..cantik je kan. still nampak natural dan tidak keterlaluan :)

Khai♥Rin : anies said...

x de beza nyer sm mcm mata asal...cantik!

LelakiS said...

tlg hantar 10 ok!

Sheema shay said...

Pernah juga try.. Tp kaler grey.. Not bad tapi tu lah tahannya sebulannn.. Hihihihiii... Kita rabun juga tp x suka pakai lelama.. Takat 8jam hajer (kalau nak melaram sangat masa jenjalan) lps tu pakai spek balik esp lps solat..

Sharz said...

kite pon suke freshkon nie..tapi kite jarang pakai so satu pasang lense pakai smpi 2bulan..sebenarnye tak boleh tp selagi tak sakit mata kite pakai je..huhu...

Lizzie Yasmin said...

Bagi aku, freshkon cepat koyak. Pakai pun macam susah skit, sebab dia lembut, cuma selesa lar.

Liza Razak said...

@cheida _mymee : lens ni mahal sikit tp selesa dipakai lama

Liza Razak said...

@sue-rya qistina : betul tu sis..sbb tu saya suka :)

Liza Razak said...

@khairin anies : saya suka lens yg nampak natural :)

Liza Razak said...

lelakis : hehehe

Liza Razak said...

@sheema shay : yg tak bestnye lens ni tahan sebulan je

Liza Razak said...

@sharz : mata sis tahan oklah..saya ni mata sensitif..huhu

Liza Razak said...

@lizzie yasmin : betul tu..lens ni sangat lembut sbb tu kena hati2 bila nak pakai :)

dieya nieyna said...

cantik lens nie..mna boleh dapat??

dieya nieyna said...

mna boleh dapat lens nie??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...