Jun 7, 2013

My Weekend In Instagram & Keek #22



" You cannot have youth and the knowledge of it at the same time; For youth is too busy living to know, and knowledge is too busy seeking itself to live "
Kahlil Gibran

SABTU . 1 JUN 2013

[ Lebuhraya Karak ]


Weekend lepas saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Jerantut, Pahang. Kami memulakan perjalanan ke Jerantut pada pukul 12 tengah hari macam tu. Kami pergi berlima, saya, Mr Kudud, adik kedua saya (Peloq), adik bongsu saya (adik) dan adik ipar saya (Tqah). Ingatkan bertolak tengah hari tak jam nak masuk lebuhraya Karak tu..sekali bila check trafic kat apps Waze, tengok-tengok jam teruk kat Batu Caves, terus lari masuk lebuhraya Duke. Jauh sikit pun tak apa, janji tak melekat kat jam. 

[ Mc Donald's Gombak ]


Bila dah sampai Gombak...alamak jam lagi pulak ! Terus kami berhenti di Mc Donalds kat MRR2 sebelum masuk Lebuhraya Karak tu. Lunch siap-siap sebab takut semua R&R kat Lebuhraya Pantai Timur nanti penuh. Itu pun orang ramai gila lunch kat dalam Mc Donald's.

[ Hotel Gold Hill, Jerantut ]


Alhamdulillah nasib baik perjalanan lancar ke Jerantut. Kami sampai dalam pukul 4 petang. Sepatutnya kami menginap di home stay tapi disebabkan ada masalah teknikal sikit..kami terpaksa cari hotel untuk menginap. Nasib baiklah abah saya sempat cari hotel untuk kami bermalam. Bayangkan semua hotel kat Jerantut penuh sebab ramai dah book awal sebab musim kenduri kahwin. Nasib baik hotel kami menginap tu kemudahannya ok..walaupun hotel ni agak old school..hehe

[ Taman Perdana, Jerantut ]






Malam tu kami satu famili singgah di rumah Pak Long saya untuk tolong apa yang patut dan makan malam di sana. Malam tu menu makan malam agak special sebab ada sup tulang. Memang best gila kami makan. Sorry gambar sup tulang tak sempat nak snap sebab sampai je rumah kenduri terus makan sebab lapar sangat..hehe. Malam tu ramai sanak saudara dan jiran-jiran hadir untuk membantu dan memeriahkan rewang. Semua lauk-pauk kenduri masak sendiri. Itu yang membuatkan kenduri kahwin nampak meriah sebab semua sanak saudara sama-sama membantu membuat persiapan kenduri. Dalam perjalanan balik ke hotel, kami yang muda-muda ni pergi melepak pulak kat kedai mamak di Bandar Jerantut pekena roti canai dan teh tarik..

..................................................................................................................................................................................................

AHAD . 2 JUN 2013

[ Taman Perdana, Jerantut ]


Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Reduwan dan Roslinda. Semoga kekal ke anak cucu. Comel betul Roslinda ni..Suka tengok wedding dress dan mekap dia. Kami gerak agak lambat ke  rumah kenduri sebab ada masalah nak check out hotel. Nasib baik pukul 10.30 pagi dah settle. Sambil-sambil menunggu pengantin sampai sempat lagi camwhoring beramai-ramai...hehe




Malangnya kami tak dapat nak stay lama di rumah kenduri sebab adik saya yang tinggal di Kulim tu kena balik awal. Pukul 2 petang kami dah bertolak balik. Nasib baik sempat jumpa dan salam dengan pengantin. Dalam perjalanan balik, semua pakat tidur dalam kereta (kecuali driver..hehe) sebab tak cukup tidur dan kepenatan...hehe. Minggu depan saya upload gambar-gambar dari DSLR pulak...Selamat berhari minggu esok!



Love,
LIZA RAZAK




- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

24 comments:

Kakcik said...

Happy weekend Liza. :)

Sue-Rya Qistina said...

semua gambar adalah cute dan awesome secantik tuan empunya blog juga :)

Alin Marlini said...

amboi pakcik...kemana2 mesti pegang senduk..hehehehe...

Selamat Pengantin Baru.

Cikda said...

langkah yang bijak bila guna waze nak tgk jalan jam ke tidak.. kalau x dah satu hal nak menempuh jam dan dah penat n buang masa kt situ kan..

hehehe..tu la namanya seri pengantin..

Khai♥Rin : anies said...

sweet la pengantin

Amanina Mads said...

sweetnya pengantin..hehe
happy weekend.. xsabar nk tgk gmbr dslr :)

Giorgio Izas said...

Kenduri Kahwin...
Bestnye dpt makan Free... He3 (^_^)

ADILLA said...

nasib baik ade hotel tu... klau x, tido dlm kreta la jwbnyeee... :p

LaLa mhdnor said...

kalau musim cuti mesti ramai yg buat majlis kawen kan.

HeNRieTTa JoSe said...

Bestnye berjalan dgn fmly...pngantin pwon sgt chantek...sweet jerr tgk...

Mime MF said...

cantik² gambar^^..ohsemmm!!hihi

auni shahira said...

tak boleh jalan2 cari makan lama sikit...huhu
sweet pic...

Liza Razak said...

@kakcik : happy weekend sis :)

Liza Razak said...

@sue -rya qistina : Alhamdulillah..thank u sis :)

Liza Razak said...

@alin marlini : excited nak memasak kot

Liza Razak said...

@cik da : betul tu sis..nasib baik ada waze ni

Liza Razak said...

@khairin anies : mmg sweet diorang ni :)

Liza Razak said...

@amanina mads : mmg sweet diorang ni :)

Liza Razak said...

@giorgio izas : betul tu..

Liza Razak said...

@adilla : tu laa..nasib baik jumpa :)

Liza Razak said...

@lala mhdnor : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@henrietta jose : mmg seronok sgt sis :)

Liza Razak said...

@mime mf : thank you sis :)

Liza Razak said...

@auni shahira : tu laa tapi best sbb boleh jalan2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...