Jun 10, 2013

Wedding Reduwan + Roslinda (Part 1)

March on. Do not tarry. To go forward is to move toward perfection. March on, and fear not the thorns, or the sharp stones on life's path.
Kahlil Gibran

1 JUN 2013

Taman Perdana, Jerantut



Kali ni saya upload gambar-gambar dari DSLR - rewang malam sebelum kenduri yang berlangsung pada keesokkan harinya. Apa yang seronok bila rewang beramai-ramai ni..semua sanak saudara akan berkumpul, berborak, ketawa dan bergotong-royong membuat persiapan. Sekarang tradisi ni dah makin kurang sejak adanya trend katering dan makan buffet. Teringat zaman kenduri makan hidang masa saya sekolah dulu. Memang riuh rendah kenduri.


Malam tu selain dari rewang, semua sanak saudara turun untuk makan malam beramai-ramai. Menu memang special..ada sup tulang dan ikan goreng. Nampak simple je menu tapi bila dah makan beramai-ramai ni..satu pinggan memang tak cukup !


Famili sebelah abah saya masih lagi dengan tradisi masak sendiri untuk kenduri. Kebanyakkannya ada kepakaran masing-masing. Contohnya abah saya memang pandai memasak untuk kenduri. Menu yang paling saya suka bila dia masak untuk kenduri adalah ayam masak merah. Tapi haritu abah saya tak memasak..dia cuma menolong je.


Ini mak saudara saya. Pandai masak lauk-pauk dan buat kek. Kiranya serba boleh la. Malam tu walaupun sibuk dengan aktiviti masing-masing, semuanya sporting bila ajak bergambar. 


Selalunya bila ada event famili saya memang suka memandai-mandai jadi photographer. Seronok dapat snap gambar-gambar moment yang menarik. Selepas tu boleh share dengan famili kat dalam Facebook


Selain dari saudara-mara. jiran tetangga Pak Long saya pun turun padang untuk membantu sampai ke tengah malam. Itulah istimewanya tinggal di kampung...memang tak sama dengan KL..huhu. Apa pun kampung jugak the best!


Saya, adik ipar dan mak saya membantu menyiapkan bunga telur dan door gift. Habis je kerja kami..apa lagi...bergambarlah kerja kami!


Masa kami makan nasi dengan sup tulang tu..terlupa pulak nak snap gambar kan..masing-masing perut lapar. memang tak fikir lah pasal gambar ke apa. Tapi sup tulang tu memang awesome la...jarang dapat makan sup tulang fresh macam ni. Kalau makan kat kedai..1 mangkuk dah 7-8 ringgit. Itu pun tulang dan isi ciput je...malam tu ikut suka la nak makan 15 kali pun tak apa...tak ada sapa nak marah...hehe.


Kami balik ke hotel lebih kurang pukul 11 malam..parents saya terus balik ke hotel tapi kami yang muda-muda ni ada agenda lain pulak. Sesi pekena teh tarik dan roti canai di kedai mamak..sebelum singgah mamak sempat lagi meronda kat Bandar Jerantut tu..hehe. Ala...bukan selalu dapat datang ke Jerantut ni kan.. :)


Love,
LIZA RAZAK





- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad


22 comments:

NinaAz said...

Mak ai. Roti canai memalam dapnyerrrr. Hihihi...

dear anies said...

mn pic sup tulang nyerrrr???

shaFazie said...

rewang nie soronok...best sgt.. tapi skrg susah nk dpt ...

Cik Nor said...

rewang..:)

Unknown said...

memang seronok time rewang...

saya setuju..sekarang lebih banyak pakai katering je.. kemeriahan tidak terasa sangat bila guna katering ni...

amanina nasuha said...

roslinda yg felda jngka 25 kan??jiran sy ;)

Siti Hajar said...

Seronoknya rewang! Sekarang, susah sangat nak tengok majlis-majlis rewang sebab bnyak nak express dan amek catering je. But it a good experience...

Oh, ni lah sambungan gambar dari instagram ye :)

norhidana said...

kt kg mmg best lah kalu ada rewang2 ni dik, itu lah seronok kumpul2 sedara mara, situ lah gosip2... pastu acara mkn2... kt kl mana ada suasana mcm tu kn

E'in said...

nmpk disitu kemeriahannye... :)

Unknown said...

sup tulang...heaven

Anonymous said...

memang nampak meriah

:)

Liza Razak said...

@ninaaz : tu laa..tapi x boleh makan selalu :)

Liza Razak said...

@khairin anies : tu laa..x sempat nak snap

Liza Razak said...

@shafazie : betul tu sis...skrg semua pakai katering je :)

Liza Razak said...

@normi nieza : :)

Liza Razak said...

@fiza saiza : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@amanina nasuha : ye ke? mesti awak kenal dia kan

Liza Razak said...

@schajar mcflurry : a ah sis..inilah sambungannya :)

Liza Razak said...

@norhidana miswan : tu laa...kdg2 kt kampung pun dah x de acara rewang nu

Liza Razak said...

@e'in : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@o'gosh iskandar : betul tu..boleh bertambah nasi dibuatnya

Liza Razak said...

@rapunzeel cikilolo : betul tu sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...