Feb 23, 2014

Anugerah Juara Lagu 28




[ Stadium Putra Bukit Jalil . 26 January 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

Walaupun Anugerah Juara Lagu dah berlangsung hampir sebulan lamanya tapi saya tetap jugak nak update (almaklumlah dah 3 bulan menyepi, banyak cerita yang tertinggal nak update kat blog). Mesti ramai yang dah tau siapa pemenang-pemenangnya kan. So part tu tak perlu saya nak update kot...hehe. 

Pada saya penganjuran Anugerah Juara Lagu kali ini memang ada kelainan dengan tema Game On. Sound system dalam stadium pun agak baik. Cuma yang saya tak suka masa persembahan intro Mus May dengan Sheila Amzah. Kombinasi tu macam ada yang tak kena. Actually kami sampai di sana dalam pukul 5 petang. Masa tu memang penuh manusia kat perkarangan stadium. Kebetulan hujan renyai-renyai masa kami nak beratur masuk stadium. Lagi satu, masa nak beratur masuk stadium..adoi memang kecoh betul. Tak cukup dengan itu, ada ke laluan VIP dan arena macam kucar kacir. Mula-mula beratur asing-asing ikut tiket. Last-last bila sampai tempat check point pintu stadium...eh tiba-tiba bergabung jadi satu barisan pulak. Patutlah lambat. Next year pihak Media Prima kena improve lagi laluan masuk ke stadium ni. Kesian penonton kena beratur lama-lama.

Kami dapat tempat duduk arena kat sebelah bawah berhadapan dengan pentas. Tapi jauh jugak dari pentas. Nasib baik ada skrin besar kat tepi pentas. Bolehlah tengok. Specialnya kalau tengok kat stadium ni, setiap kali waktu iklan di tv, kumpulan Bocey akan masuk membuat persembahan lawak. Memang best ok. 

Seperti biasa persembahan dan vokal Hafiz tak mengecewakan. Dengar dia nyanyi kat stadium macam dengar radio. Memang power. Antara persembahan lain yang saya suka adalah Jac..terkejut beruk saya bila tengok penyanyi iringan dia ada Atilia & Elvira Arul !! Sweet gila tengok diorang menari. Lagi satu persembahan yang paling havoc saya rasa persembahan Awi Rafael & Altimet. Bila dah hujung lagu 'Kalau Aku Kaya' tiba-tiba duit berterbangan dalam stadium. Macam orang gila kitorg kutip duit !!

Apa pendapat korang tentang Anugerah Juara Lagu tahun ini? Best ke tak best?


Sedikit sedutan persembahan Hafiz pada malam itu :)






Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

12 comments:

RDZ Z said...

Best jugak gi stadium ya...nway lama tak singgah sini..walcome back Liza..

norhidana miswan said...

msti syok dpt dgr diaorg nynyi live

Kopiolimauice said...

wahhh best nya dpt tgok hafiz nyanyi ;p

Syazana Zainn said...

seme ok laaa.

kite tak review kat blog pun hihi malas pula nak update :p

at 1st kite ingat elfira loy rupanya elvira arul hihi

tp camera man tak pandai amek video. asyik tunjuk muka adibah noor n atilia je, yg lain x nampak muka pun. tu yg asik tertanya2 uhuuu

then soghe hafiz mmg x dinafikan sedap just x puas ahti kat sbb dia mng persembahan terbaik. LOL

mcm x adil je. heh

t je nak komen :p

Sha said...

Kalau aku kaya.. :)

Lama x singgah sini. Liza apa khabar?

shaFazie said...

bestnya sis

azie suka tengok penampilan akak,nice & cantik ..

Liza Razak said...

@RDZ Z : thank you sis :)

Liza Razak said...

@norhidana miswan : meman best dan happening sis :)

Liza Razak said...

@Kopiolimauice : hafiz nyanyi live memang terbaik sis :)

Liza Razak said...

@Syazana Zainn : kan...cameraman masa persembahan jac memang out gile...tak fair langsung

Liza Razak said...

@Sha : Alhamdulillah....saya sihat sis :)

Liza Razak said...

@shaFazie : thank you sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...