Sep 26, 2013

A Famosa Resort : Elephant Show




“There is only one way to learn. It's through action. 
Everything you need to know you have learned through your journey.”
  Paulo Coelho, The Alchemist



Entry Sambungan :



[ A Famosa Animal World Safari . 15 September 2013 ]


Assalamualaikum & Hello.

Semalam saya cuti dari update cerita holiday kat A Famosa Resort ni. Nanti update hari-hari cerita A Famosa ni pun bosan jugak kan. Nak habiskan cepat-cepat sebab ada banyak cerita/entry yang tertangguh yang saya belum update lagi...hehe.

Antara aktiviti atau show yang saya paling suka adalah Elephant Show ni. Sebenarnya masa kami jalan-jalan di Animal World Safari haritu, saya tak tahu menahu pun pasal Elephant Show ni. Kebetulan masa nak balik ternampak orang ramai berkumpul...Standard laa kalau nampak orang ramai ni..mesti nak busybody kan..hehe. Owh rupa-rupanya ada Elephant Show. Mula tu macam malas nak tengok sebab saya ni spesis malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Tapi tu laa...dah alang-alang sampai rugi pulak tak tengok. 

Seronok jugak tengok Elephant Show ni. Al maklumlah dah tua ni tak pernah pegi zoo so bila dapat tengok tu...melebih-lebih pulak seronok dia...Gajah-gajah ni memang terlatih dan bijak pulak tu. Masa saya sampai tu...show dah nak habis...so sempat tengok diorang melukis dan menari je. Tu pun dah kagum tak hengat !! hehe...


Tak percaya gajah pandai melukis?? Ini bukti dia !!


Saya rasa lukisan gajah ni lagi lawa dari lukisan saya kot. Saya pandai lukis orang lidi je...Mula ingat gajah ni berlakon tipu-tipu je...hoi...memang betul-betul la diorang melukis!! Saya sempat amik video lagi...





Habis je painting session, tiba-tiba ada bunyi muzik...terus gajah-gajah ni tergedik nak menari. Alahai comel gila la diorang ni menari! Rasa nak peluk je sambil kidnap bawak balik rumah. Nasib baik kamu ni besar gila gajah...kalau kecik dah lama saya curi kamu bawak masuk dalam handbag..hehe. Kadang-kadang saya terfikir macam mana orang train gajah ni boleh menari dan melukis...haih pandai betul :)


Bila Elephant Show ni tamat. pengunjung diberi peluang untuk beramah mesra dan bergambar dengan gajah-gajah comel ni. Dengan syarat kena beli lukisan yang gajah-gajah ni lukis sendiri dengan harga RM 10. Abah saya terus bawak keluar duit RM 10 untuk beli lukisan gajah ni. Cantik dan unik wei lukisan gajah ni. Boleh dibingkaikan letak kat rumah. Nyesal pulak saya tak beli haritu...Masa kami tunggu giliran nak bergambar...saya sempat la pegang gajah ni (walaupun takut-takut...hehe). Bila dah dapat pegang gajah ni rasa nak peluk pun ada (eh...dah macam feeling nak peluk husband pulak)


Kemain beria lagi abah pegang lukisan gajah tu haa...haih..sumpah nyesal gila tak beli lukisan ni !!


Serius kalau saya pergi lagi ke A Famosa Resort ni...saya nak tengok Elephant Show ni...lepas tu nak peluk gajah ni ketat-ketat tak mau kasi lepas...haa..boleh gitu?? hehe



Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

18 comments:

Unknown said...

pegi situ 2-3 tahun lepas. tgh membawa hati yg amat lara, yuppss, tgk gajah tu melukis jugak. terhibur. masa tu berat 48kg tau! normal weight 53-54kg..hahaha, life!

RedRose said...

but then again sis, tak berbau ke elephant ni? dulu masa I kat waterworld melaka, they all ada pertunjukkan gajah jugak. I belum dekat lagi pun bau dia dah kemain menusuk. ~pengsan.
mungkinkah they brought him there untuk mandi? hak hak hak

zmarl (ibu) said...

geli tengok gajah tu..tua sangat dah..hehe

Cik Nor said...

syoknya..:)

Farah Waheda Wahid said...

wah bijak dan pandai gajah tu...

Unknown said...

serius gajah tu melukis..walawehh.... hebat betul jurulatihnye..tapi rasa pun mcm pnh tgok kt tv...

HanisLazimAndTheShaklee said...

terernya gajah tu lukis!

pegang gajah?omg..kucing pn anis xbrani..hehe

Unknown said...

wowowww...lukisan yg gajah ni buat lagi gempak dari lukisan manusia buat haha..gajah melukis gila gempak..btw teringin gak nak peluk gajah mcm besz je ehek3.

licha said...

pndai betu gjh tu lukis

Anonymous said...

Salam liza..

Pernah pegi tp dah agak lama juga..maybe keadaan sekarang dh byk berubah...gejah tu peluk liza br sesuai kot..baru bl ketat2,kalau liza nak peluk gajah tu ketat2,peluk belalai di je la...hehe

gajah lukis gmbr pokok..mcm pokok je....

Angah said...

Salam singgah kembali di Liza Razak...

angahpun suka gajah, comey ar dorang ni, bijak plak tu

Mayang Sari said...

one word... wow..!

Ratu Hatiku said...

Pandainya gajah melukis... Cantik! :)

✿INA AINAA✿ said...

ya Allah, pandai betul gajah tu melukis.. woot!

IndaMarya said...

I love the way you wear yr slipper Jepun..santai kan? (tiba2 lari dari topic pulak.)

Wan Khairunnisa Wan Haron (cikspeacky) said...

nice entry sis.. :) jmput follow blog nisa.. :) http://niisalicious.blogspot.com/

Unknown said...

terasa feeling dekat Thailand pulak bila tengok gajah ni. Btw, cantik gajah tu lukis ! dapat A++ dari sye

Unknown said...

anak sis suka ni part2 gajah ni....berani Liza pegang..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...