May 26, 2015

+Langkawi : Island Hopping




Entry Sambungan : 


Assalamualaikum & Hello.

Gambar-gambar dalam entry kali ni semuanya spesis syok sendiri. Inilah padahnya kalau pergi island hopping tak bawak DSLR. Masa tu tak berani pulak bawak sebab takut kena air pulak DSLR tu. Nasib baik ada Gopro...tapi tu laaa...gambar pemandangan tak banyak. Ada pun tak clear sangat. Gambar wefie gedik-gedik pulak yang banyak. Tak sampai hati nak upload semua...menyampah pulak tengok. Kalau saya menyampah tengok, korang lagi la menyampah...haha.


[ Pulau Dayang Bunting . 27 September 2014


Lepas kami breakfast kat hotel, terus mandi dan bersiap-siap ke jeti untuk aktiviti Island Hopping. Haa...kantoi tak mandi pergi breakfast! Kami amik pakej Island Hopping dengan abang sewa kereta tu jer. Senang. Bayar sekali harung je. Kami diminta berkumpul di jeti berhampiran dengan hotel pada pukul 9 pagi. Ingatkan kami yang paling awal sampai. Ye la 8.30 pagi dah terpacak kat tepi jeti. Rupa-rupanya dah ada beberapa group kat situ. Wah...ramainya!

Kalau sesiapa berminat untuk join aktiviti island hopping ni dinasihatkan pakai baju yang bersesuaian. Yang penting janganlah pakai kasut cantik-cantik yer. Nanti rosak kasut kena air. Pakai je selipar murah. Saya pulak pakai baju swimming suit muslimah saya siap-siap. Nak kasi cantik sikit saya padankan dengan shawl dan kimono cardigan chiffon. Kalau basah pun x kisah sebab nipis je pon. Kalau ada beg waterproof lebih afdal sebab naik bot ni tak ada maknanya diorang ni nak bawak slow-slow. Kena tempias air tu biasa. Kalau tak ada beg waterproof, letak barang elektronik korang dalam plastik. Beringat sebelum terkena kan?

Bot kami bergerak lebih kurang pukul 10 pagi. Destinasi pertama kami adalah Pulau Dayang Bunting. Korang mesti dah tau cerita mengenai Tasik Dayang Bunting ni kan? Dalam perjalanan ke sana, bot kitorang tu dah macam F1 dah. Laju gile!! Saya ni dah la spesis cuak naik bot. Tapi nak buat macam mana, bertabah je la. Janji selamat sampai..hehe


Sampai je di Pulau Dayang Bunting ni...ada berlaku tragedi menyayat hati. Malu saya tau!! Masa tu saya hanya bawak bagpack dan dry bag..Backpack saya isi dengan air dan makanan ringan. Manakala dry bag saya isi dengan handphone, power bank dan gopro. Dry bag tu saya pegang je. Tiba-tiba ada seekor beruk datang nak rampas dry bag saya. Siap jegil mata kat saya. Eeee...geram betul. Maka berlakulah adegan tarik-menarik antara saya dan beruk tu di hadapan orang ramai kat jeti tu. Saya siap marah beruk tu nak amik dry bag saya!! Yang paling sakit hati...Mr Kudud gelakkan saya je tau. Bukannya nak tolong. Jahat betul!!! Tapi bila diingatkan kejadian tu balik, rasa kelakar sangat part saya bergaduh dengan beruk tu. Ye laa...dry bag saya bukannya ada makanan. Ada barang elektronik je pon. Tu pun nak curi. Nasib baik saya tak repot polis tau...hahaha.


Nak pergi ke Tasik Dayang Bunting ni mencabar sikit. Tak adalah teruk sangat. Cuma lenguh kaki nak panjat tangga tu jer. Kalau spesis manusia dasar malas bersenam macam saya ni, jalan 5 meter pun dah komplen penat. Tapi disebabkan cuaca sejuk dan pemandangan pun cantik, terus lupa pasal penat lelah menaiki tangga tu.



Yeay...dah sampai!! Mula-mula saya ingatkan nak mandi. Tapi bila tengok warna tasik ni warna hijau, lepas tu nampak dalam, cancel terus nyah!! Dah terbayang-bayang ikan besar gigit kaki saya masa tu. Sudahnya saya rendam kaki je dalam air. Itu pun kena gigit jugak dengan ikan kecik...hehe. Mr Kudud ni spesis manusia tak ada perasaan. Dia boleh menyelam dalam tasik tu. Lama jugak saya nak tunggu dia timbul. Ishhh..seram je!! Mr Kudud cakap dia selam punyalah lama tapi still tak jumpa dasar. Ye laa...tasik ni dalam giler kot.


Ada bini teman pon tak guna kan? Penakut ya amat nak mandi kat tasik ni. Puas Mr Kudud pujuk. Kalau bagi duit pun belum tentu saya nak mandi dalam tasik ni..haha. Dah..pergi mandi sorang-sorang!


Sebenarnya kat tasik ni ada pelantar untuk kemudahan pengunjung. Kalau penakut macam saya ni pon boleh mandi jugak. Ada tempat khas untuk mandi siap ada jaring penghalang. So tak payah risau pasal lemas ke hape. Since kitorang bawak bekal, kitorang lepak je makan atas pelantar tu. Masa diberi 1 jam oleh abang bot untuk kitorang spend time kat Tasik Dayang Bunting ni. Tapi make sure lepas makan, plastik atau kertas pembungkus makanan tu mesti dibuang dalam tong sampah tau.


Dah dah...abang bot dah panggil!! Jom pergi ke Pulau Beras Basah pulak


[ Pulau Beras Basah . 27 September 2014 ]


Destinasi seterusnya kami ke Pulau Beras Basah. Selalunya orang ke sini untuk mandi-manda. Kat sini saya pulun mandi puas-puas sebab air laut dia cantik dan bersih. Jangan lupa pakai sunblock ok?


Best betul mandi kat sini. Nasib baik pakai siap-siap swimming suit dari hotel. Tak payah nak salin baju bagai. Lepas mandi puas-puas, terus je boleh naik atas bot. Sebelum sampai hotel baju dah kering pun...hehe


Selepas Pulau Beras Basah, kami pergi ke tempat eagle feeding. Masa ni tak ambil gambar pon sebab dah penat dan lapar. Fikir nak balik cepat ke hotel je...nak mencekik banyak-banyak dan tidur...haha. 


Yeay..masa untuk pulang!! Actually sebelum kami naik bot dari jeti berdekatan hotel tu, orang jual souvenir kat situ ada snap gambar setiap pengunjung sebelum menaiki bot. Tujuannya untuk souvenir yang ala-ala gambar dalam pinggan tu. Lepas tu ada la tulis Langkawi Island Hopping 2014 bla bla..something like that kat bawah pinggan tu. Nak beli pun boleh...tak nak pun tak per. Harga dalam RM 12 setiap satu. Since kami ada 2 orang, kami beli la 2 untuk kenang-kenangan. Nasib baik murah, kalau mahal, tak mau beli!


Habis je aktiviti island hopping yang memenatkan tu, kami terus tapau makanan balik ke bilik hotel. Tapau nasik bungkus je senang. Tak koser nak berjalan-jalan dah sebab malam tu kami plan nak makan BBQ Buffet Dinner kat hotel. Hari esoknya baru kami nak pulun jalan-jalan. Flight nak balik ke KL pun malam so siang hari kami ada banyak masa nak jalan-jalan sekitar Langkawi.

Dalam malas nak update pun kemain panjang lagi entry kan? Melalut je lebih tu. Mata pun dah mengantuk ni. Esok je la sambung...tak sabar nak habiskan cerita Langkawi ni. Lepas ni boleh proceed cerita lain pulak. Good Night :)




Love.
LIZA RAZAK 






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

8 comments:

Mek Onie said...

bestnya kak !!!! eh rindu !

shaFazie said...

BeStnya sis,rindu nak p langkawi lagi
azie siap minum air dekat Pulau Dayang Bunting tu

Ein Farah said...

bestnyee!! da lame x ke lengkawi. last pergi pon tahun 2006. hehe

eima said...

lama tk pi sini ... rindu plak kg aku ni haaa

Liza Razak said...

@Mek Onie : rindu kat sape tu? ke rindu langkawi?

Liza Razak said...

@shaFazie : saya pun minum air tasik dayang bunting tu jugak. nak mandi je takut..hehe

Liza Razak said...

@Ein Farah : wahhh..lama sangat tu..tahun ni bolehlah pegi..macam-macam ada kat langkawi skrg. happening!

Liza Razak said...

@eima : laa..kampung kat sana ker? lagilah best sebab boleh selalu balik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...