Entry Sambungan :
[ Langkawi Cable Car . 26th September 2014 }
Assalamualaikum & Hello.
Rasa nak gelak banyak-banyak sebab pening nak update entry yang mana satu dulu ni. Banyak kerja betul bila nak aktif balik blogging ni. Nak kena sapu sawang banyak kat dalam blog ni. Berhabuk....uhuk..uhuk..uhuk. Ok...cerita mana nak update dulu ni? Apa kata saya sambung je cerita Langkawi tahun lepas? Tu pon half way je saya cerita. Lepas tu senyap sampai la harini...haha. Kita tengok sama ada saya rajin ke tak update blog minggu ni, ok? Ntah-ntah setahun lagi baru nak sambung part 4 pulak...hehe
Ni dah Part 3 tau...kalau nak baca Part 1 & Part 2, boleh klik link kat atas sekali ok? Lepas touch down kat airport Langkawi, kitorg pegi breakfast dulu. Patutnya lepas breakfast kami nak terus pergi ke Langkawi Cable Car. Tapi disebabkan cuaca kurang baik, kami menapak dulu kat kedai minum. Bila cuaca dah ok baru kami meneruskan perjalanan ke Langkawi Cable Car. Nasib baik aritu tak ramai orang, jadi cepat je proses beli tiket. Tiket berharga RM 35.00 untuk dewasa. Tapi rasanya kami dapat special discount untuk Mykad holder. Tak ingat pulak berapa. Mula-mula kami masuk ke panggung 3D...seronok la jugak layan. Lepas tu baru kami beratur menaiki gondola. Ek...betul ker gondola? Ermm..belasah je la..
Selain daripada main attraction - cable car, korang boleh join pakej aktiviti di sini seperti F1 simulator, 6D cinemotion, 3D art museum dan SkyAdventure Park. Best kan? Haritu kami tak cukup masa nak explore semua so kami cuma naik Cable Car sahaja.
Dalam gondola tu..selain daripada kami ada 1 group orang arab. Bila naik je..kitorang macam biasa la..mestilah amik video, selfie-selfue sikit. Group pak arab ni pun sama gak. Tapi bila dah pertengahan jalan, eh...kemain buas lagi melompat-lompat dalam gondola. Kita ni atas angin tau...suka-suki je nak membuaskan diri dalam gondola. Bergoyang-goyang gondola tu. Tu belum kira dengan cakap kuat sesama sendiri. Cakap macam menjerit. Saya rasa muka saya mesti dah macam singa tua yang garang dalam tu. Tension betul!!
Bila dah sampai ke stesen pertama atas gunung, kami cepat-cepat tukar gondola. Terus lapang je dada. Pemandangan dari atas ni memang cantik ya amat. Terus lupa pasal geng pak arab sebelum tu. Mesti diorang pelik kenapa kitorang lari dari gondola tu. Sorry la pak arab...kita memang tak sebulu...wakakakka.
Amboi..kalau boleh setiap penjuru nak selfie yer..hehe. Mak memang over kalau part selfie-selfue ni nokk!!
Ada skybridge kat stesen kedua tapi kami tak singgah pun sebab masa tu skybridge under maintenance. Badan pun agak letih masa tu...so kami cepat-cepat turun ke Oriental Village pulak. Dah alang-alang sampai, baik ronda-ronda dulu tengok apa yang menarik kat Oriental Village ni
[ Oriental Village . 26th September 2014 ]
Oriental Village ni ada macam-macam. Ada restoran, kedai souvenir, spa dan pelbagai aktiviti yang menarik. Kalau nak menginap kat sini pun boleh..ada hotel. Kalau peminat aktiviti lasak dan adventure pulak kat sini ada aktiviti seperti Elephant Adventures, Quad Adventures, SEGWAY Guided Tours, dan Motor-Cross Trails
The Oriental Village is located in the Burau Bay or north-western quadrant of Langkawi, at the foothills of Mt. Machincang, one of three main areas of interest of Langkawi Geopark. It is owned and managed by LADA Eco-Tourism Sdn Bhd, a fully-owned subsidiary of the Langkawi Development Authority (LADA).
The Oriental Village may be synonymous with "Langkawi Cable Car," but the Village truly has more to offer visitors than just cable car rides. In fact, the Village offers more than 50 activity providers; food & beverage outlets; souvenir & retail stores; galleries; hotels and spas, making it the largest outdoor lifestyle mall in the northern region.
One should set aside a good day aside to enjoy the activities, shopping and gastronomic delights the Village has to offer.
Kami cuma jalan-jalan je kat sini. Lepas tu lepak minum-minum hilangkan penat. Lepas ni kami kena check in hotel pulak. Untuk holiday kali ni, kami memilih untuk menginap di Awana Porto Malai ataupun nama barunya Resorts World Langkawi. Review pasal hotel ni saya cerita di entry yang lain ok?
Nampak tu muka penat...tu baru first destination...haha.
Ok...jom check in hotel pulak!!
2 comments:
wahhh seronoknya darling...
@Farah Waheda Wahid : dah lama tak pergi langkawi..tu yang seronok kemain :)
Post a Comment