Sep 18, 2014

Urs By Us in Media Hiburan [Aug 2014]






Assalamualaikum & Hello.

Malam ni nak cerita edisi gumbira pulak! Mana taknya projek baju kurung pertama saya dan rakan-rakan raya lepas berjaya mendatangkan hasil. Selain daripada Chempaka Baju Kurung kami yang dah sold out, baju kurung kami juga di'featured' dalam Media Hiburan Ogos lepas. Alhamdulillah. Siap featured untuk cover magazine dan story sekali. Cantik betul Adira menggayakan Chempaka Kurung warna emerald green dan kain songket vietnam berwarna purple.


Hafiz pula menggayakan baju melayu Royale Stripe dari Akunyer By SR. Instashop ni kepunyaan rakan saya jugak, Mr Zalli. Style kan baju melayu ada stripe macam ni? Paling best material kain sampin baju melayu ni dibuat dari kain denim. Kelass uolss! Kalau nak tengok design baju melayu yang cantik dan stylo mylo macam Hafiz pakai ni, bolehlah follow instagram Akunyer By SR 
@akunyerbysr


First time dapat tahu yang kami boleh sponsor baju kurung untuk Adira, kemain excited lagi!! Punyalah pening fikirkan warna Chempaka Kurung yang mana sesuai Adira pakai untuk photoshoot kat Karangkraf tu. Akhirnya kami sepakat memilih warna emerald green dan purple untuk Adira.


Thank you Adira tolong promote Instashop kitorang kat IG haritu. Tak pasal-pasal dapat banyak follower dan customer sekali. Insya Allah lepas ni kami akan come out dengan design baru. Tapi bukan baju kurung dan abaya, tapi casual attire pulak. Sekarang dalam proses design lagi. Jangan risau, Insya Allah baju dari Urs By Us tak kan sama dengan tempat lain sebab kami pilih kain dan jahit sendiri. Bukan beli borong tau. Kuantiti pun limited je. Kalau dah siap nanti, saya akan promote dalam blog ok?


Inilah dia Chempaka Kurung yang Adira pakai untuk photoshoot di Karangkraf 2 bulan lepas. Saya pun tak sempat nak OOTD pakai Chempaka Kurung ni. Mana taknya, masa jual kat bazaar, semua stok warna ni dah sold out untuk semua saiz. Agaknya penangan Adira kot...hehe.

Jomlah follow Urs By Us kat Instagram :
@ursbyus





Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Jalan Indah 2,Seri Kembangan,Malaysia

3 comments:

aswaleyla said...

tapi serius cantik la baju dye . kain tu yg cantik sangat . maybe bile dah tgk kat badan org baru org lain berkenan agak nye kann

mila said...

tahniah..semoga trs maju

dear anies said...

wahhh makin glamer pasni ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...