Sep 11, 2014

#LATEPOST : Raya 2014



{ Bota, Perak . 28th July 2014 }


Assalamualaikum & Hello.

Apalah nak jadi ngan si Liza ni oii!! Makin malas nampak gayanya ni...apa boleh buat...setiap kali nak menaip je mesti kepala jadi blank. Lepas tu tinggal je kat draft sampai berkurun-kurun lamanya...haha. Sampai Mr Kudud pun tegur kenapa tak aktif blogging ni..amboi....teruk sangat ke?? Yer laa..macam-macam benda jadi yang membuatkan saya malas nak blogging. Nak pulak laptop rosak haritu. Lagi sakit hati. Alhamdulillah..sekarang dah ada laptop baru. Semangat sikit.  Waaaaa....Mari kumpulkan kekuatan untuk aktif berblogging!! Hiiyahhhhhhh!!


Memandangkan dah lama beno (amboi cakap slang perak pulak teman yer) tinggalkan blog ni, opkos ler kena update cerita-cerita basi pasal raya lepas yer dak? Yer..yer..saya tau dah basi..tapi untuk permulaan nak aktif ni, saya mulakan dulu dengan cerita raya ek.(sila doakan supaya saya sentiasa rajin update setiap hari yer)

Berbalik kepada cerita raya tahun ni. Kitorang beraya biasa-biasa je. Tema baju raya kitorang warna hitam. Amik kau..pening sangat fikir warna baju raya tahun ni, sudahnya kitorang belasah pakai warna hitam. Sebenarnya nak jimat pasal baju melayu Mr Kudud tu dah beli lama tapi tak pernah pakai. Saya pulak memang dah ada kain baju pasang warna hitam & putih. Memang tak payah nak pening-pening. Pakai je apa yang ada.

Tahun ni giliran raya pertama kat rumah parents saya di Bota, Perak. Kitorang celebrate secara sederhana je. Walaupun sederhana, saya dan adik lelaki kemain over lagi tak tidur malam buat kuih raya dan kek. Tapi berbaloi pasal kuih raya saya banyak yang habis..hehe.


Pagi raya lepas solat sunat Aidilfitri, acara standard. Mestilah bergambar secara berjemaah..yer dak? Tak cukup dengan camera handphone, gopro dan DSLR pon kitorang belasah jugak. Lepas tu baru teringat nak salam raya. Apa jenis tak senonoh punya orang, camwhore sampai lupa nak bermaaf-maafan. Ops...sori abah! Lupa diri sekejap.


Kitorang tak beraya jauh-jauh sangat pasal masa tu adik ipar saya tengah sarat menunggu hari je nak bersalin. Tak berani kitorang nak beraya jauh-jauh. Paling jauh pon, ipoh je. Tu pon sejam perjalanan. Mula-mula kitorang beraya di kampung sebelah mak saya di Gopeng. Memang tradisi tiap-tiap tahun beraya di Gopeng sebab mak saudara saya pandai buat lemang sedap. Kalau makan lemang makcik saya ni, confirm lupa diri dan tak peduli pasal gemuk-gemuk bagai ni. Serius tak tipu.


{ Gopeng, Perak }


Mr Kudud dan adik saya buat gila pagi raya tu. Gagah pegi beli cigar raya. Eh, cigar pun ada cigar raya ker? Poyo je nak bergambar sambil hisap cigar. Ngek betul. Apa korang ingat ini raya mafia ke hape? Eh..suka hati korang la..janji happy.


Setelah menjamu selera lemang dan rendang secara marathon tanpa henti-henti, maka kitorang pon bergambar sebelum matahari terik di atas kepala. Walaupun berpeluh-peluh, tapi tetap gagahkan diri demi sekeping gambar yang cantik.



{ Meru, Ipoh }

Petang tu, kitorang sambung beraya di rumah sanak saudara yang berdekatan. Letih betul raya pertama tu. Kitorang beraya sampai ke tengah malam. Ingatkan nak raya sederhana je, akhirnya terpaksa beraya sakan sebab alang-alang dah pakai cantik-cantik kan..haruslah nak menunjuk-nunjuk...haha


{ LFS Seri Iskandar . 29th July 2014 }

Raya kedua pulak..kitorang buat giler lagi. Tak de keje pegi tengok wayang kat Seri Iskandar. Best woo pasal saya tak pernah tengok wayang baru kat Seri Iskandar ni. Lepas tu lepak kedai mamak sambil makan roti naan dan teh tarik. Layaaaannnn..


Eh lupa pulak....pagi raya pertama tu..kitorang satu family gigih pergi kedai gambar kat Pekan Ayer Tawar nak amik gambar studio. Alang-alang dah berkumpul sekali, moh lerr amik gambo kenang-kenangan. Amacam..lawo dak?


{ Kangar, Perlis }

Raya ketiga pulak, saya dan Mr Kudud balik ke hometown Mr Kudud di Kangar, Perlis. Kat sana, kitorang tak amik gambar sangat pon. Adalah seketul gambar. Bukan apa, kitorang tak de mood nak beraya masa tu sebab sepupu rapat Mr Kudud meninggal dunia. Al Fatihah. Itu juga antara satu sebab saya senyap je lately. Now saya dah ok sikit. So boleh laa sambung acara blogging tanpa henti sampai hujung tahun...hehe


Tu je laa ringkasan cerita raya saya yang tak seberapa tu. Haa...sekali puan liza ni update, kemain panjang lagi! Dah..dah...kepala dah pening-pening ni. Esok pulak sambung cerita baru. Tungguuu...





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

12 comments:

dear anies said...

Cigar raya? Hahaha

Nai @ TPJ said...

Kat IG pon awak baru timbul semula.. Welcome back! Akak pon susah nak update, bila Wordless Wednesday je cepat sket. Heheh

Raz said...

cantik baju raya :)

shaFazie said...

hai sis liza...

selamat hari raya sis..hihi

ehh cantik lah sis walaupun tema black white...

ellynadyra said...

lama betul liza menyepi
baju itam putih tu cantik sangat
tapi sis suka the last pic!
lovely!

Unknown said...

lama tunggu Liza update....basi pun basi la...hihi

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : tu la pasal..melampau betul diorang ni

Liza Razak said...

@Nai @ TPJ : kan...wordless wednesday senang sikit psl letak gambar jer..hehe

Liza Razak said...

@Razfira : hehe..thank you :)

Liza Razak said...

@shaFazie : thank you sis :)

Liza Razak said...

@elly nadyra : tu laa..lately asyik malas je update blog kan...hehe

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : thank you for supporting sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...