Apr 21, 2014

Maybank Malaysian Open 2014





[ Kuala Lumpur Golf & Country Club . 20th April 2014]


Assalamualaikum & Hello.

Harini saya nak update cerita kami pergi ke Maybank Malaysian Open 2014 semalam. Walaupun hujan renyai-renyai, kami main redah je sebab semalam merupakan hari terakhir Malaysian Open (round 4). Lagi satu sebab geram sangat last year tak dapat pergi, so tahun ni kitorang dah nekad, hujan pun kami belasah jugak, tak nak miss punya pasal...hehe.

Mula-mula ingat nak pergi awal pagi, tapi standard la kalau hujung minggu mesti malas nak bangun dari bergolek-golek atas katil tu kan. Sudahnya pukul 10 pagi baru nak gerak pegi sana...hehe. Tak sure Tee-Off hari tu pukul berapa. Rasanya dalam pukul 7.40 pagi kot. Nasib baik senang pulak dapat parking. Tak jauh dari entrance. Ye la...masa tu dah hujan renyai-renyai tapi gagah tak nak pakai payung sebab kat entrance nanti dapat payung free....hehe


 Dulu saya paling tak suka golf ni...ntahlah tak minat kot. Tapi disebabkan selalu ikut Mr Kudud main golf ni, tiba-tiba minat tu datang. Punyalah Mr Kudud nak support saya main golf, sampai sanggup belikan kasut Nike Golf warna pink kat saya. Sekarang ni tengah simpan duit nak beli golf set. Saiko tau Mr Kudud ni..tak pasal-pasal terjebak!! Saya tak berapa pandai sangat pasal golf term ni, so semalam Mr Kudud banyak ajar saya. Actually seronok gila tengok Malaysian Open ni! Makin berkobar-kobar nak belajar main golf.


Sepanjang tournament berlangsung (round 4) ada beberapa guidelines yang perlu diketahui. Amik gambar dibenarkan cuma tak boleh pakai flash. Video tak boleh. Handphone kena silent sebab tak nak menganggu konsentrasi pemain. So sapa-sapa yang nak tengok next year kena take note guidelines ni ok? 


 Semalam disebabkan kami pergi berdua je, saya angkut camera Gopro je. Mula-mula nak angkut DSLR, tapi bila memikirkan yang camera tu besar gedabak, terus cancel. Pakai Gopro ni senang sebab camera dia fish eye & wide angle. Senang nak amik gambar berdua. DSLR tu rasanya dah boleh buat tukun kat rumah...hehe


Saya nak mengulas pasal tournament semalam, memang tak berapa pandai. Kang ntah hape-hape je saya merepek kan. Dalam proses belajar lagi. Nak senang cerita, layan je la gambar-gambar yang sempat saya snap semalam. Next year confirm nak pergi lagi!!


Eh...masa kitorang nak balik tu, ada benda best berlaku. Nak tau apa? Tunggu saya update!!




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

4 comments:

Kopiolimauice said...

ooo siap ada guard line ek igt sesuka hati terjah je.. ;p

Khai♥Rin : anies said...

mcm mn nk dpt msk ke sini liza? staff maybank je ke yg boleh?

Jari Manis said...

Untung lah dapat suami minat main golf...akak JM pun tak berapa minat dgt ngan golf ni sbb sukan org kaya katanya heee

mana2 pun skrg org guna monopod kan..senang..kalau nak bergambar sorang pun x perlu minta tlg org lain :-)

elly nadyra said...

hahahha aku suka tang belikan kasut kaler pink
taktik mr kudut menjadi nampaknya!

Post a Comment

Thank You For Your Comment !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...