Apr 14, 2014

Kuala Perlis





“Don't give in to your fears. If you do, you won't be able to talk to your heart.”
  Paulo Coelho, The Alchemist





[ Kuala Perlis . 12 April 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

Bulan March & April merupakan bulan busy saya. Macam-macam benda saya buat sampai blog pun tak sempat update. Bila dah lama tak update tu biasalah kan, mood tu makin ke laut. Harini gagahkan jugak update entry dan blogwalking ke blog kawan-kawan. Berbalik kepada cerita, last weekend, saya balik kampung sebelah suami di Perlis. Dah lama jugak kami tak balik. Saya suka kalau dapat balik Perlis sebab boleh makan macam-macam especially masakan mak mertua. Paling favourite sudah tentunya Laksa Kuala Perlis...hehe.


 Sabtu lepas...rasa boring la pulak lepak kat rumah. Macam biasalah, kalau balik Perlis, mesti nak ajak Mr Kudud makan Laksa Kuala Perlis. Perjalanan dari Kangar ke Kuala Perlis tu tak adalah jauh sangat. Kejap je dah sampai. Sampai je kedai laksa favourite saya (Kedai Kak Su Laksa Kuala Perlis), terus rasa nak cancel pasal orang ramai macam sardin. Alahai potong stim betul! Maybe ramai sebab weekend. Sudahnya kami tukar lokasi ke Laman Brasmana.


 Disebabkan terkuciwa tak dapat makan laksa, saya order ABC, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Kiranya tak dapat makan laksa pun tak apa sebab semua makanan yang saya order tu sedap-sedap belaka. Paling puas hati order sotong goreng tepung. Banyak! Itupun susah payah nak habiskan...hehe


 Kat Laman Brasmana masa tu tak berapa ramai orang. Kalau order pun cepat je sampai. Kat sana, macam-macam seafood ada. Yang rare macam mentarang dan belangkas pun ada. Tunjuk je mana nak...hehe. Haritu kami tak makan ikan bakar sebab kami baru je makan nasi sebelum tu. Laman Brasmana ni terletak bertentangan dengan Hotel Putra Brasmana. Ala-ala tepi laut gitu.


Kerang bakar yang saya order tu gemuk-gemuk belaka. Isi penuh. Lepas tu cicah pulak dengan air asam. Adoii..memang terangkat sebab air asam tu pedas.


 Ini namanya Sunset Selfie...hehe


Habis je makan, kami cepat-cepat beredar sebab masa tu dah hampir waktu Maghrib. Dalam perjalanan tu, kami sempat la singgah selfie kat tepi laut ni. Selalu datang makan je kat area situ, tak pernah pulak terfikir nak snap gambar.
  

Sebenarnya ada banyak cerita saya nak share dengan korang semua tapi tu lah..kena update slowly yer. Mood baru nak datang ni. Tak tahulah berapa lama tahan ni...hehe..




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME


10 comments:

Rosewina said...

Sedapnya ABC tu kak liza!! kecor air liuq nengoknya...hikhikhik

cik wan said...

saya pun suka jugak dtg kat perlis..sje je mintak blaja area2 perlis

Sarah Talib said...

Assalamualaikum...terima kasih sudi folo kak sarah....lama tak balik perlis..hasben kak sarah pun org perlis jgk.

Ct Noraishah said...

seronoknya!! cam best je ABC tu

norhidana miswan said...

terliur nengok abc ngn kerang tuh dik oi... tp apasal senyum mu itu kelakor bebeno dik...

Anonymous said...

Askm. Ok la tu.. Ada gak update x kisah la mood tahan brp lama.. Hehhe

Rapunzel Cikilolo said...

ok.

sedap duduk tepi pantai macam tu.

eyeyou said...

enjoyyy..:)

Zura Lee said...

kalau sebut kuala perlis je mesti zura terbyg laksa kuah belut...kt sana org ckp femes ngn laksa tuh...

Norliza Romizi said...

oo ini ke kuala perlih heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...