Sep 12, 2014

Review : A Famosa Villa D'Savoy Condominium





Entry Sambungan :


{ A Famosa Resort, Melaka . 14 September 2013 }


 Assalamualaikum & Hello.

Tengah belek-belek draft blog ni, tetiba saya perasan ada entry pasal percutian ke A Famosa Resort tahun lepas saya tak update lagi. Tapi ini bukan cerita pasal percutian tu, cuma saya nak review pasal
A Famosa Villa D'Savoy Condominium, condo yang kitorang stay masa tu. Saya ada terima beberapa pertanyaan pasal penginapan kitorang kat condo ni. Alang-alang memang dah ada kat draft, baik saya habiskan je. Manalah tahu kot-kot ada yang nak plan bercuti di A Famosa ni. Boleh dijadikan panduan.


 A Famosa Villa D'Savoy Condominium terletak di dalam kawasan A Famosa Resort Melaka. Mesti dalam kepala, terbayang-bayang yang condo ni dekat je dengan main attraction A Famosa yang lain seperti Water World ataupun Animal World Safari. Jangan berangan yer. Kawasan A Famosa ni luas giler. Kalau nak pergi ke satu-satu tempat tu memang kena ada kenderaan. Kalau nak jalan kaki pun boleh jugak, tapi jangan salahkan saya kalau lutut sakit-sakit yer...hehe. Tapi condo ni agak dekat juga dengan Cowboy Town. So malam-malam kalau ada luck, boleh nampak pesta bunga api dari Cowboy Town tu.


Berbalik kepada cerita condo ni, macam biasa semua kemudahan seperti tennis court dan swimming pool ada disediakan. Kalau ada peminat golf tu, memang heaven laa..sebab driving range kat sebelah condo tempat kami menginap ni. Condo ni tak ada la luas sangat, ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air.  Bilik master bedroom ada 2 katil saiz queen. Kiranya muat laa dalam 4 orang dalam tu. Bilik yang lagi satu, ada 2 katil single. Masa tu kami sekeluarga adalah dalam 7 org. Saya dan Mr Kudud tidur kat bilik kecik tu dengan adik lelaki saya. Mula-mula ingatkan 2 katil single tu boleh digabungkan. Sekali alih..alamak dah attach pulak kat dinding. Nak tak nak, saya dan Mr Kudud share katil single tu berdua. Nasib baik muat sebab katil single tu pon besar jugak..hehe. 

Condo ni ada balkoni. Best jugak kalau lepak-lepak minum kopi. Sila jangan berangan nak sidai baju kat balkoni sebab angin kat sana kuat gila. Habis seluar mandi adik laki saya kena tiup angin. Sampai tak jumpa langsung kat bawah. Ganas betul angin kat sana. Bukan jenis sepoi-sepoi bahasa tau. Walaupun condo ni ada dapur, impian untuk memasak beramai-ramai ala-ala kat rumah tu silalah dilupakan. Sebab dalam rules & regulations A Famosa Condo ni, tak boleh memasak yer. Cuma ada standard supply coffee, tea, brown sugar & white sugar. Yang disediakan cuma kettle. Sedih kan...Sebelum pergi kitorang dah memang tau pasal rules & regulations ni. Tapi kitorang ni jenis degil. Kitorang bawak dapur gas camping yang kecik tu sekali dengan pinggan mangkuk basic dari rumah. Nak jimat katanya. Leceh laa kalau lapar tengah-tengah malam. Bukan dekat nak cari makan kat situ.


Selain daripada masalah nak memasak kat dapur tu, overall penginapan kami kat A Famosa Villa D'Savoy Condominium ni boleh tahan selesa. Harga 1 malam tak ada laa mahal sangat. Kalau check kat Agoda, satu malam baru RM 260. Kira agak affordable untuk bercuti satu family. Kami menginap di condo tu satu malam je. Lepas tu extend satu malam lagi, bukan di A Famosa tapi kami menginap di home stay di luar kawasan A Famosa ni. Lagi murah dan boleh memasak. Peralatan memasak pun ada. Selesa sangat. So kalau ada yang nak jimat, korang boleh cuba cari home stay berdekatan dengan A Famosa ni.


Kalau ada yang bercadang nak bercuti ke A Famosa ni, bolehlah menginap di A Famosa Villa D'Savoy Condominium ni. Ada pelbagai jenis penginapan ditawarkan kat A Famosa Resort Ayer Keroh ni. Ada banglo, hotel dan condo. Boleh pilih mana-mana ikut kemampuan.

P/S : Hujung bulan ni saya kan bercuti lagi. Cuba teka kat mana pulak?





Love,
LIZA RAZAK







FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

11 comments:

PeRdU cINta said...

Nice..

ilot said...

macam best je. Boleh booking untuk raya cina nanti ni. Tengah dok planning nak holiday katne...nice entry. thanks for this <3

Umie Nadhirah said...

Nampak elegant giteww .. Suka sbb ade balconi

~Beb~ said...

nampak sgt slese u..

Unknown said...

yg x bestnye x blh memsk huhu

Liza Razak said...

@PeRdU cINta : thank you :)

Liza Razak said...

@ilot : bolehlah plan utk raya cina nanti :)

Liza Razak said...

@Umie Artoqiemie : best tapi angin dia kuat sangat

Liza Razak said...

@~Beb~ : yang tu betul..memang selesa

Liza Razak said...

@Nurfaezah Abdullah : tu laa pasal...leceh betul nk kena beli mkn kat luar

Anonymous said...

More Details about Condo D'Savoy A'Famosa Resort
(http://www.letsgoholiday.my/Listing/Detail/6605/condo-d-savoy-a-famosa-resort)
Thank You.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...