Dec 4, 2013

Hello Jakarta : Restoran Sederhana Masakan Padang



“The secret is here in the present. If you pay attention to the present, you can improve upon it. And, if you improve on the present, what comes later will also be better."
 The Alchemist”






Assalamualaikum & Hello.

Bagi sesiapa yang mengikuti cerita holiday saya kat Jakarta 2 bulan lepas, mesti perasan yang saya dah lama tak update sambungan selepas entry di Ancol tu kan..Harini saya nak sambung balik entry Jakarta ni...nanti terperam lama-lama, mesti saya terlupa terus...hehe. Last entry haritu cerita kami naik gondola di Ancol. Kalau ada sesiapa yang nak baca entry Jakarta yang lepas-lepas boleh klik link di atas yer.

Habis je kami bersuka ria di Ancol, badan pun mulai penat dan lapar. Mana taknya..kami semua belum lunch lagi. Bayangkan masa tu dah hampir pukul 4 petang. Sudahnya kami cakap kat pak supir kami, Pak Mat untuk tamatkan je trip kami jalan-jalan untuk haritu. Kami minta Pak Mat hantar kami di Restoran Sederhana Masakan Padang yang berdekatan dengan hotel kami, Amaris Thamrin City Hotel. Hari sebelumnya kami dah usha-usha restoran ni. Nampak menarik dan agak ramai jugak orang makan kat situ. Tapi tak sempat kami nak singgah hari sebelumnya sebab masa tu kami baru je sampai dari KL.


Masa kami sampai tu nasib baik tak ramai orang dalam restoran ni. Sebenarnya kami semua tak biasa sangat makan nasi padang ni. Saya pulak baru kali kedua makan nasi padang ni. Tapi makan di Malaysia je. Teringin jugak nak rasa nasi padang di Jakarta ni kan. Mesti lagi sedap. Saya memang dah plan nak cuba minum Jus Alpukat. Ramai cakap Jus Alpukat ni sedap. Nasib baik tengok kat menu ada Jus Alpukat ni. Terus order...hehe. Mr Kudud pulak order Teh Botol. Saya ingatkan air karbonat..rupa-rupanya memang betul air teh (noob betul!) Ye la...kalau kat Malaysia ni kalau botol kaca macam tu selalunya air karbonat je...hehe


So inilah rupa Jus Alpukat yang saya teringin sangat nak cuba tu. Sebenarnya saya tak tau pun Jus Alpukat ni diperbuat daripada apa..main hentam je order..hehe. Rupa-rupanya Jus Alpukat ni sebenarnya jus avocado yang dicampur dengan sejenis sirap. Homai....sedap betul ! Memandangkan kami ni baru first time makan nasi padang kat Jakarta ni...memang terpinga-pinga la nak order makan macam mana. Kami panggil satu waiter ni. Apa kami tanya dia tak berapa faham sangat. Hadoyai!! Nasib baik dia panggil kawan dia dari kitchen. Rupa-rupanya kawan dia ni fasih cakap melayu kita sebab dia pernah bekerja di Malaysia. Lega ! Kami semua decide nak makan nasi padang. Waiter tu cakap harga akan dikira mengikut berapa pinggan yang kita makan. 

Masa diorang letak lauk-pauk atas meja...kami sudah rambang mata nak makan yang mana satu. Jenuhlah fikir dan discuss nak makan yang mana satu. Perut dah la lapar, rasa nak makan semua pinggan yang ada atas meja tu...hehe. Kebanyakkan lauk-pauk nasi padang ni kuahnya berwarna kuning. Tapi rasanya sangat sedap ! Saya siap tambah nasi lagi...hehe


Kami amik 5 jenis lauk-pauk. Ada lauk sotong, ayam, ikan, telur dan bergedil (sorry saya tak tau nama lauk-pauk tu apa) Lega tekak dapat makan nasi sebab hari sebelumnya kami belasah makan fast food je. Masa tu takut-takut lagi nak belasah makan kat restoran ataupun gerai. Baik cegah sebelum terkena...hehe. Mr Kudud pulak jenis perut sensitif..Kalau salah makan sikit mesti sakit perut. Overall memang puas hati makan kat Restoran Sederhana Masakan Padang ni, mana taknya..dengan semua minuman (2 gelas seorang...dahaga punya pasal!), 5 jenis lauk-lauk, nasi (siap dengan nasi tambah), semuanya dalam RM45.00 untuk 4 orang makan. Bagi saya memang murah la, sebab kalau makan kat Restoran Sari Ratu kat Malaysia ni, boleh tahan mahal jugak..Kalau makan kat restoran ni..memang tak rasa bersalah pun nak amik lauk suka hati. Sebab memang murah...hehe

Sebelum makan tu..sempat jugak saya amik video...banyak tak kami makan?







Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

29 comments:

norhidana said...

mcm2 menu nyer... lama gk akak tak mkn kt restoren padang nih tp kt malaysia lah heheheh....

safurara said...

seronoknya~ bila lah nk sampai ni.

Alin Marlini said...

kak alin pernah makan kat situ tp lebih suka msakan padang malaysia kot dr yg ori

Himawari Mirsada said...

haha mmg byk lauk nmpk

Syazana Zainn said...

RM45 utk 4 orang mmg murah sgt la sis :D


ellynadyra said...

mcm2 kan lauk dia, sedap je tangan capai dan masukkan dlm mulut hahahhaa

dear anies said...

kalu ke jakarta mmg x de tmpt lain...resto ni jg yg jd pilihan

Elya Roza said...

dulu gi jekarta mmg cari makanan nasi padang. xberani nak makan restaurant lain..haha...
salam perkenalan dear

LaLa mhdnor said...

haha, baru taw alpukat tu avocado :P

Mak Wardah said...

Lama tak jenguk blog Liza, lapar akak tengok lauk2 tu.

Unknown said...

Macam best jer.. macam murah jer.. hehe X)

Unknown said...

Salam perkenalan.. :)
Macam mana libur ke Jakarta? Seronok tak?
Saya dari Jakarta..

Minesmore.blogspot.com

mamawana said...

Assalamualaikum sweetie,

Wah... jln2 cari makan. Like Nasi Padang. itu Teh Boroh sedut kasi habis dan pinggan pun licin. Hepi2 jln2.....moga murah rejeki terus.

suwara entertainment said...

selalu mkn ayam penyet ria je. mmg terangkat abis sambalnya tu.
bila nak up story lg ni dear? bnyk dah story terkumpul tu. hehehe

Liza Razak said...

@norhidana miswan : kat malaysia ni pun boleh tahan sedap jugak :)

Liza Razak said...

@Cik Puan Rara : nanti bodeklah cik suami bawak pegi bercuti :)

Liza Razak said...

@Alin Marlini : ye ke sis...saya pun tak tau beza..hehe

Liza Razak said...

@elyna mirsada : memang banyak..nasib baik boleh habiskan semua :)

Liza Razak said...

@Syazana Zainn : kan...memang murah sgt :)

Liza Razak said...

@elly nadyra : hahaha..betul tu sis :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : betul tu sis...sedap dan murah :)

Liza Razak said...

@Elya Roza : betul tu..saya pun x berani makan tepi jalan...takut perut tak tahan..hehe

Liza Razak said...

@LaLa mhdnor : samalah dengan saya..pergi sana batu tau..hehe

Liza Razak said...

@zara may : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Mak Wardah : samalah dengan saya..dah lama x jenguk blog sis..kejap lg saya datang yer :)

Liza Razak said...

@ANAK ITIK : memang best dan murah sis :)

Liza Razak said...

@intan lestari : salam perkenalan..seronok..lain kali saya pasti akan datang lagi :)

Liza Razak said...

@mamawana : Alhamdulillah...thank you sis :)

Liza Razak said...

@Sue-Rya Qistina : tu laaa..ini baru ada masa nak aktif balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...