Sep 20, 2013

Media Brunch With Dato' Sheila Majid (Media Session)




[ Jentayu Spa by Sheila Majid, Publika . 7 September 2013 ]


Assalamualaikum & Hello.

Semalam saya cerita serba sedikit mengenai Jentayu Spa by Sheila Majid. Harini pulak saya update gambar-gambar sekitar media session untuk event Media Brunch With Dato' Sheila Majid ni. Media session ni diadakan selepas Dato' membawa rakan-rakan media untuk meninjau sendiri bilik-bilik dan rawatan yang ditawarkan oleh Jentayu Spa. Acara ni ringkas dan santai je..lebih kepada borak-borak dan sambil tu tetamu boleh makan dan minum dengan juadah yang disediakan.


Media Brunch ini juga diadakan sempena menyambut ulangtahun yang ke-7 Jentayu Spa. Di samping itu Jentayu Spa ni memperkenalkan menu yang diperbaharui dan promosi 30% discount untuk semua jenis Signature Treatment. Semalam ada yang bertanya macam mana untuk dapatkan discount 30% tersebut. Korang boleh dapatkan pamplet yang mengandungi voucher 30% tersebut di Jentayu Spa. Sehingga stok masih ada ya..


 Ada beberapa selebriti yang hadir sebagai jemputan VIP pada hari itu. Antaranya Farahdhiya, Vince dan Nana Mahazan. Diorang ni semuanya sporting dan friendly :)


 Selain itu juga..pihak Jentayu Spa juga memperkenalkan staf mereka pada media. Semuanya ada lebih kurang 6 orang staf yang terlatih dan berpengalaman.


Menu untuk brunch haritu memang best..Ada pelbagai jenis juadah dari western sampailah tradisional. Terkejut saya bila diberitahu semua menu ni semua home made dan bukan dari katering. Patutlah sedap!


 Sebenarnya ada acara lucky draw...tapi malangnya saya tak berpeluang menang. Tapi tak kisahlah.sebab saya dapat goodie bag yang mengandungi voucher percuma dan kupon discount  rawatan spa di Jentayu Spa. Tak sabar nak cuba sendiri nanti !


 Saat paling best bila dapat bergambar kenang-kenangan dengan Dato' Sheila Majid. Macam dreams come true. Saya memang peminat dan membesar dengan lagu-lagu Dato' Sheila Majid..So bila dapat peluang berbual-bual dan bergambar tu memang rasa terharu sangat. Dato ni memang humble dan.tersangatlah peramah. Bila berbual-bual tu memang hilang rasa segan.


Mr Kudud pun tak nak lepaskan peluang bergambar. Thank you Dato' sebab layan kerenah kitorang camwhoring masa tu..hehe. Saya sempat juga bergambar dengan Farahdhiya. Adoi...memang cantik betul Farahdhiya ni. Tinggi lampai dan body pun cantik. Sekali tengok macam orang putih pun ada jugak


Anyway thank you Tasha Zainudin dan pihak Jentayu Spa kerana menjemput saya dan Mr Kudud. Tak sabar nak cuba sendiri rawatan spa kat Jentayu Spa ini nanti !



Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

18 comments:

norhidana said...

bestnyer.... dpt jmpa ngn sheila majid n retis2 lain,... kecik molek je yek sheila majid tuh lagi2 bile gambar ngn liza... nampak liza tinggi tonjang org nyer

Unknown said...

cantik dato'sheila...tuan tanah pon cantik gak..hihi
food memang nampak yummyyyy..

HanisLazimAndTheShaklee said...

xmakan tua dato shila majid ni..muda slalu ^_^

Kopiolimauice said...

kecik je ye Dato' sheila majid tu ;)

Story Nadya said...

woahhh :D

Mizz Aiza said...

cantiknya sheila majid.. :D

mychickenfloss said...

Wah terbaiklah. Mst best kan dapat p2p dgn Dato' Shiela Majid kan.:)

Princess Feyqa said...

nmpk sedap makanan tu semua..myb sbb fiqa ni foodlover kot hehe

Zura said...

kecik molek jer sheila majid nih.. patut la nmpk muda manjang..

Liza Razak said...

@norhidana miswan : hhehe...nampak tinggi sebab dato' sheila tu kecik molek..

Liza Razak said...

@Zee Suhaini : thank you sis :)

Liza Razak said...

@aniswany lazim : betul tu..maintain je :)

Liza Razak said...

@Kopiolimauice : yup..kecik molek je :)

Liza Razak said...

@Nadya Dyana : hehehe :)

Liza Razak said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil): real life lagi cantik sis :)

Liza Razak said...

@chicken_floss : memang best sgt dapat jumpa real life :)

Liza Razak said...

@Princess Feyqa : memang sedap sis :)

Liza Razak said...

@Zura Lee : tu la..jeles tengok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...