Sep 12, 2013

Lace Me Up Cardigan @ The Old Blossom Box Store



“Why do we have to listen to our hearts?" the boy asked.
"Because, wherever your heart is, that is where you will find your treasure.”
  Paulo Coelho, The Alchemist




( The Old Blossom Box Store, Seksyen 7 Shah Alam . 18 Ogos 2013 }


Assalamualaikum & Hello Peeps !

 Dah nama pun kaki shopping...dah ada 2 almari baju pun rasa tak cukup kan..Bila rasa tak cukup tu..mulalah tangan gatal ambil ipad, lepas tu window shopping online  Bila husband tegur..pandai pulak menjawab cakap saja je nak tengok-tengok, bukan nak beli pun. Eleh...cakap memang pandai tapi bila dah terberkenan...mulalah nak guling-guling atas lantai kan...Haippp...tak senonoh tau perangai!!


Kisah ini bermula bila saya TERtengok instagram The Old Blossom Box Store. Jezmine ada upload lace cardigan warna hitam yang cantik gila. Nampak je terus hati tu berdebar-debar takut bila saya lambat beli nanti cardigan ni habis. Selalu macam tu..kalau lambat sikit bertindak...confirm sold out. Setelah berhempas pulas berguling-guling atas lantai selama sejam akhirnya Mr Kudud mengaku kalah dengan saya (ok..ini tipu!). Kitorang berjaya pergi ke butik OBB keesokkan harinya.


Sebenarnya ini kali pertama saya menjejakkan kaki di butik OBB Seksyen 7. Sebelum ini saya selalu shopping di cawangan Old Blossom di Laman Seri Business Park. Setahu saya..butik ni khas untuk muslimah. So memang banyak choice baju dan tudung yang sesuai untuk golongan yang pakai hijab macam saya. Deco butik OBB ni macam biasalah memang comel..penuh dengan warna-warna pastel. Rasa nak gigit je dinding butik OBB ni sebab comel sangat...hehe


( Left Picture Credit To The Old Blossom Box Store Instagram )

Nasib baik lace cardigan yang saya nak tu masih ada stok...pheww...lega! Masa tu sempat jugak saya try beberapa helai kimono cardigan novelty collection OBB yang baru release hari tu. Tapi disebabkan funder saya (Mr Kudud) hanya kasi beli lace cardigan je..maka niat keji nak beli sehelai lagi kimono cardigan tak kesampaian..So next time baby!!

Dah beli takkan tengok je kan..mestilah nak cuba..saya pakai Lace Me Up Cardigan ni masa saya pergi open house hujung bulan lepas. Mix and match saja dengan apa yang ada. Nak bagi nampak klasik, padankan sahaja dengan pearl necklace. Effortless. Less is more.




WHAT I WORE 

Maxi Knit Shawl, H&M
Lace Me Up Cardigan, The Old Blossom Box Store
Turtle Neck Inner Top, Arcadia
Army Green Cotton Maxi Skirt, Forever 21
Pearl Necklace, Forever 21
Strappy Mid Heel Sandals, Victoria Delef
Hamilton Saffiano Satchel, Michael Kors




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

36 comments:

Noor Aini said...

Love it..beautiful..

O'gosh Iskandar said...

aiseh..dah terbekenan plak dah gaya2 liza ni...semua nampak effortless tapi sebenarnya kalau sis ni pening gak ni...

nurdani said...

hahaha. sama la saya kak Liza. nak je berguling-guling kalau bab baju ni. OBB memang best. baju lawa-lawa. saya pun rambang mata

Amalina Hussain said...

comelnya.. ;)

Rapunzeel Cikilolo said...

memang comel la...

:)

norhidana miswan said...

cantik sgt cardigan tu dik...

Nastyna said...

So simple yet elegant. U mmg pandai dress up dear.

E'in said...

cantiknye cardigan tu..

Jojet said...

sy mesti x beli sbb x berani nk pakai, tp bila tgk org pkai nampak cantikk je..hadoi laa asek pakai benda yg sama je, bosan gak sy nih!

mamawana said...

Assalam,

Cantikkkssssss........

Eiqa Almond said...

cantikk laa, sesuaiii :)

Amanina Mads said...

cantinya baju2 kt butik tu.. nice :)

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Jenny Lilly said...

Suka lah baca entry-entry Liza..love it so much!

chicken_floss said...

kamu sangat cantik liza..:)

Khai♥Rin : anies said...

liza, ada warna hitam je ke? kaler lain???

asha hana said...

cantik nya akak. haha baju2 akak pown nice. sama la kaki shoping. lepas tu pk. mana pgi hilang duit. haha ^_^

Raudzah Z said...

Cantik that cardigan...Used to like black all the way but now dah tukar selera..he..he

Liza Razak said...

@Noor Aini : thank you sis :)

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : belum cuba belum tau sis :)

Liza Razak said...

@nurdani : kan...bahaya betul..hehe

Liza Razak said...

@Amalina Hussain : hehe..thank you sis :)

Liza Razak said...

@norhidana miswan : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Nastyna : thank you sis :)

Liza Razak said...

@E'in : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Jojet : sebab tu kena berani mencuba sis :)

Liza Razak said...

@mamawana : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Eiqa Almond : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Amanina Mads : betul tu sis...baju kat OBB semua cantik2 :)

Liza Razak said...

@hazlina azmi : thank you sis..nanti saya jenguk blog sis pulak :)

Liza Razak said...

@Jenny Lilly : thank you sis :)

Liza Razak said...

@chicken_floss : Alhamdulillah..thank you sis :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : ada warna biru sis :)

Liza Razak said...

@asha hana : yeay..kita geng kaki shopping !

Liza Razak said...

@Raudzah Z : kalau hari2 pakai warna hitam...bosan pulak kan :)

Liza Razak said...

@Rapunzeel Cikilolo : thank you sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...