Oct 28, 2013

Hello Jakarta : Fatahillah Square



 “and the world we live in will be either better or worse, depending on whether we become better or worse. And that's where the power of love comes in. Because when we love, we always strive to become better than we are.”
  Paulo Coelho, The Alchemist



Entry Sambungan :
Hello Jakarta : Sunda Kelapa Harbour
Hello Jakarta : Pasar Antik & Koper Jl. Surabaya
Hello Jakarta : Malindo Air OD 316 (KUL-CGK)




DAY 2 . 6 OCT 2013
(Fatahillah Square)


Assalamualaikum & Hello.

Kembali lagi dengan entry Jakarta saya yang bersambung dari minggu lepas. Harini saya nak cerita destinasi seterusnya selepas kami melawat Pelabuhan Sunda Kelapa. Fatahillah Square ni bagi saya agak menarik sebab ada banyak benda menarik di sana. Korang boleh melawat muzium (ada banyak muzium kat sana), tengok gelagat warga Jakarta busking, menyanyi dan menari di situ. Kelakar pun ada..sebab masa kami sampai, kami sempat menonton persembahan lakonan dan tarian budak-budak..tergelak-gelak kami tengok sebab diorang ni sangat berbakat. Kat situ ada banyak gerai-gerai makanan ringan. Kalau lapar boleh je cuba makan kat situ.


Kat Jakarta pun ada otak-otak jugak tau..tapi memang tak sama dengan di Malaysia. Kat sini otak-otak merupakan isi ikan yang dibalut dengan daun. Kat sana, otak-otak ni macam keropok..aritu saya sempat try otak-otak ni..sedap dan murah pulak tu !


Inilah persembahan lakonan dan tarian yang saya ceritakan tadi. Ramai betul orang ramai yang menonton persembahan diorang ni. Kalau korang baik hati, boleh je sedekahkan duit di dalam tabung yang disediakan.


Fatahillah Square ni bukan sahaja menjadi tumpuan warga Jakarta..ianya juga pusat tumpuan pelancong. Ramai jugak pelancong datang bergambar dan melawat muzium di sini. Kami pun tak mahu lepaskan peluang bergambar di situ. Kami sampai di sana waktu tengah hari, memang panas terik..ambil gambar pun muka berpeluh-peluh.


Sempat jugak kami bergambar dengan Mr & Mrs Indonesia ni. Kat sana patung-patung ni memang famous. Di mana-mana je boleh nampak especially kalau ada perayaan ataupun festival. Saya sebenarnya tak tau nama patung ni. Bila saya tanya orang di sana, diorang cuma panggil Mr & Mrs Indonesia je. Kelasssss nama patung ni tau!!


Masa nak balik tu, kami singgah beli otak-otak kat gerai tepi jalan. Mula-mula kami takut jugak nak beli makanan kat gerai tepi jalan ni sebab takut nanti sakit perut. Tapi dah sampai sana kalau tak cuba makanan tempatan, rugi pulak kan. Sudahnya kami gamble je la!!  


 Saya sempat amik video sepanjang kami berada di Fatahillah Square. Tapi kualiti tak best sangat la sebab amik video pun pakai ipad. Bergegar je gambar...hehe. Amatur lagi ni...


Esok cerita kami di Muzium Wayang pulak...Stay Tuned!!




Love,
LIZA RAZAK







FOLLOW ME


25 comments:

Shakira Pathi said...

Style gilaa tudung :D

ezyra taharin said...

awal tahun haritu de gak pergi sana.lebih kurang macam KL la..tapi KL more more more better!hehe.tapi my sis cakap pergi bandung lagi best kalau nak shopping..sne lagi murah haha

Siti Hajar said...

seronoknya! :)

beat said...

sedap x snack 2?

zmarl (ibu) said...

makin baca makin best ni..

ct cucubi said...

seronoknya jln2.. aritu sy pg indonesia x dibenarkan beli mknan kat gerai2 tepi jln.. cuma mkn kat restoran yg dibawa je.. ada yg beli mknan kene cirit brit walapun persekitaran tu nmpak bersih.. huhu jd x brani.. :(

Unknown said...

wow best gila tengok Liza g jalan2..bila la nak sampai ni..huhu

Nabilah Rosman said...

macam best je kan.. nak pegi jugak!!! tunggu pas pantang laa.. heheheh besh tengok gambar2!

Unknown said...

bestnya pergi jakarta.. teringin juga nak pergi. kalau ada rezeki lebih boleh la bwa family pergi sana..:)

Unknown said...

u mmg cantik tak kira mcm mana ponnn. i love ur style lah! hihi

dear anies said...

x kena byr ke amik pic dgn patung2 tu?

Unknown said...

mesti havoc je tempat tuh dgn basking diorang..=D

panas2 centu mesti tak sanggup tunggu lelama..=(

Liza Razak said...

@Shakira Pathi : haha..biasa2 je sis :)

Liza Razak said...

@ezyra daniel : jakarta tu jalan2 best laa..nk shopping kena g bandung jugak :)

Liza Razak said...

@Siti Hajar : memang best sis :)

Liza Razak said...

@duniafana : sedap..rasa macam keropok ikan

Liza Razak said...

@Zee Suhaini : esok ada entry baru pasal jakarta ni :)

Liza Razak said...

@ct cucubi : betul tu sis...kat sana kena hati2 pilih tempat makan. aritu kitorg gamble je beli...nasib baik x sakit perut..hehe

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : Insya Allah...nanti sis pegi holiday pulak :)

Liza Razak said...

@Chenta Ummi : nanti beli la tiket flight awal2..boleh dapat harga murah :)

Liza Razak said...

@ika zulkefli : betul tu sis..ada rezeki lebih, pergila bercuti kat sana

Liza Razak said...

@EZAN IDMA : aww...thank you sis :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : cuma bagi sumbangan ikhlas je

Liza Razak said...

@husna zahidi : betul tu..kat sana memang panas sgt

Unknown said...

Halo Liza patung tu namanya Ondel Ondel hehe patung ciri khas Jakarta, salam kenal, saya warga Jakarta hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...