Oct 24, 2013

Aildiladha 2013



“There is only one way to learn. It's through action. 
 Everything you need to know you have learned through your journey.”
 Paulo Coelho, The Alchemist




[ Desa Seri Bayu, Bota, Perak . 15 October 2013 ]


 Assalamualaikum & Hello.

Orang lain dah berkurun update entry pasal Raya Haji...saya baru terhegeh-hegeh nak update..hehe. Raya Haji tahun ni kami sambut secara sederhana je. Tak ada baju baru ataupun jalan-jalan. Kami banyak habiskan masa dengan saudara-mara di rumah. Borak-borak, makan, tengok tv dan tidur. Saya balik awal ke kampung (itu antara sebab saya dah lama tak update blog). Saya balik dari hari Jumaat (11/10) sampailah hari Rabu (16/10)..haa..lamakan saya balik. Baru puas !!

Mr Kudud malam Isnin baru sampai sebab dia kena kerja hari Isnin tu. Adik lelaki & adik ipar bongsu saya sampai hari Sabtu. Memang meriah la rumah parents saya weekend tu. Tiap-tiap malam kami layan cerita hantu. Rumah jiran-jiran kemain sunyi je. Rumah kami pulak bising dengan suara kami terjerit-jerit tengok cerita hantu...hehe.

Pagi raya...standard la bersiap-siap pakai baju cantik. Mak saudara dan sepupu-sepupu saya pun ada yang datang beraya. Mereka semua sampai malam Isnin. Siap bawak kuih-muih, lemang dan rendang. Malam raya tu kami dah belasah makan lemang dah. Al maklumlah...lemang masak fresh dari kampung !

Lepas solat raya..saya ajak semua ahli keluarga saya bergambar raya. Dah bertahun kami tak bergambar raya sama-sama. Lepas ni abah dah boleh print gambar dan frame kat rumah yer...hehe


Masa kami pergi Jakarta haritu, adik saya Peloq beria-ria nak beli songkok Jawa (sorry..saya tak tau nama betulnya apa). Bila bawak balik kampung...bergilir-gilir abah dan adik saya pakai...amboi jadi rebutan yer songkok Jawa tu!!

Kalau cerita pasal makanan...memang mewah la. Mak saya masak rendang, buat cheese tart, oreo cheese cake, kuih siput dan macam-macam lagi. Abah saya pulak buat tapai pulut. Macam mana badan tak membulat....asyik makan je !


 Lepas makan...apa lagi..jom tidur !! Bukan orang je tidur...kucing pun tidur jugak tau!!


 Bila petang...dah tak ada baju-baju glamer bagai. Kami lepak luar sambil minum air kelapa...layan woo ! Saya boleh cakap je la sebab saya tak minum air kelapa..hehe


So itu je la cerita raya haji saya..walaupun tak meriah macam orang lain tapi kami semua happy sebab dapat berkumpul ramai-ramai sekali sekala..Keesokkan harinya baru saya dan Mr Kudud balik ke KL..





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME


30 comments:

Vee Lea said...

Looks fun!! :D Those 2 yang tido ats sofa tu so sweet :D Haha..

husna zahidi said...

1st- alaaa..cahaya la kat 2 keping gmbaq atas tuh..yg parents kak liza cantik!! =D

2nd- suweetnya adik dgn adik ipaq kak liza tidow..hhahaha..

3rd- ruginya akak tak minum air kelapa..sedap sangat taw!! >_<

Khai♥Rin : anies said...

Da klh raya sbnr ni ;)

Siti Hajar said...

Meriahnya bila satu keluarga kumpul. Salam aidiladha liza razak :)

Safarina Shaari said...

bestnya air kelapa.... u cntik sgt!

norhidana miswan said...

syoknyer.... akak pun balik raya mcm liza gak, ahad sampai rabu... tp kan apasal liza tak pakai jubah gk, baru sepadan ngn mr kudud....

suke tgk gambar raya

piqa da bajitos said...

oooo
org bota rupenyeee

miesha said...

seronokyer dapat berkumpul bersama keluarga.
rugi nyer tak minum air kelapa, sedap tu : )

Atish Hashim said...

Hi sis, saya pembaca tegar sis... sngt suke la tengok gaya tudung sis !! Buatlah toturial :D

Cikda said...

liza..cikda tgk pun cikda rasa happy.. jelas terbayang semua happy face okeh...

best..!!!

nZaOdonut said...

done..!
follower 2499 :)
salam perkenalan :)
he he he

reenapple said...

Meriah! Masa hari raya hari tu saya rasa lagi lagi meriah tak macam dulu. :)

Air kelapa? Kenapa tak minum?

Normi Nieza said...

wow meriahnya..:)

intan raudhah said...

dtg membalas kunjungan..cantik pic kat blog ni..:)

ct cucubi said...

hi liza.. seronoknya sempat jugak bergmbar raya hj.. raya hj thn ni sy first time raya dgn suami.. sedih skit la..

Liza Razak said...

@Vee Lea : hehe...nampak romantik kan :)

Liza Razak said...

@husna zahidi : tu laa org kata rugi...tapi memang akak x pandai minum air kelapa.tekak x boleh terima :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : haha..tu la psl :)

Liza Razak said...

@Siti Hajar : thank you for the wishes :)

Liza Razak said...

@Safarina Shaari : huhu..thank you sis :)

Liza Razak said...

@norhidana miswan : tu laa..masa tu jubah tertinggal kat kl..sob sob sob

Liza Razak said...

@piqa da bajitos : a ah..sis orang perak jugak ker ?

Liza Razak said...

@miesha : tu laa..tekak tak leh terima pulak

Liza Razak said...

@Atish Hashim : saya ada buat tutorial...cuba tgk kat sidebar blog ni..ada keek tutorial pakai shawl :)

Liza Razak said...

@Cikda : thank you sis :)

Liza Razak said...

@nZaOdonut : thank you sis :)

Liza Razak said...

@reenapple : tekak tak boleh terima la sis :(

Liza Razak said...

@Normi Nieza : biasa2 je sis :)

Liza Razak said...

@intan raudhah : thank you sis :)

Liza Razak said...

@ct cucubi : mula2 je sedih..nanti lama2 seronok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...