Jun 20, 2013

Exclusive By Tasha Zainudin at Jentayu Spa


{ Jentayu Spa by Sheila Majid . 9 Jun 2013 }



Bercakap pasal rambut, Mr Kudud ni memang cerewet pasal rambut dia. Mengalahkan saya yang perempuan ni. Dia ni kalau dah biasa dengan satu-satu saloon dan stylist tu...memang kat situ je la dia buat hair cut. Jauh pun tak apa asalkan puas hati. Tapi semenjak stylist favourite dia, si Kevin kat Derrick & Team tu dah berhenti, haru-biru dia.. Semua tempat dia cuba semua dia tak berkenan. Macam-macam yang tak kena. Cuci rambut tak best la..massage kepala tak best la...macam-macam! Last sekali buat hair cut kat APT 2 bulan lepas...style rambut dia paling teruk saya pernah tengok. Mana taknya..stylist tu potong  rambut ala-ala Korean. Memang tak sesuai langsung ! Saya pun nak tergelak tengok. Dah macam rambut Justin Bieber...hehehe. Moody je Mr Kudud satu hari tu...


Masa tu tak teringat pun nak cuba hair cut kat Tasha Zainudin. Kalau korang selalu baca entry blog saya yang lepas-lepas mesti pernah tengok gambar Tasha Zainudin ni dalam blog saya. Dia ni merupakan kakak sulung bestfriend saya. Yoshie Natalia dan juga hair stylist untuk celebrity seperti Reshmonu, Johan, Cat Farish dan ramai lagi. Kalau nak mendapatkan khidmat Tasha Zainudin kena by appointment. Sebab hanya 1 customer sahaja yang akan dilayan dalam satu session. Sebab itu dinamakan Exclusive by Tasha Zainudin.


Ini merupakan pertama kali saya dan Mr Kudud ke Jentayu Spa by Sheila Majid ni. Spa ni terletak di Publika. Suka deco dalam spa ni. Memang tenang je. Sesuai untuk relaxkan badan. Lepas ni nak cuba spa treatment kat sana pulak. Mesti best..lupa pulak saya nak tengok harga spa kat sana berapa. Kalau saya pergi nanti saya share kat dalam blog. Anyway, bagi saya yang bertudung ni, kalau nak buat treatment dan hair cut kat sana pun ok..sebab ada privacy.


Produk Jerneh by Sheila Majid pun ada dijual kat sana. Menarik juga kalau saya nak cuba. Haritu tak sempat nak belek-belek dan bertanya pasal produk Jerneh ni sebab rushing nak pergi ke Citta Mall. Tunggu bila Mr Kudud ada appointment hair cut dengan Tasha nanti, baru boleh busy body tanya..hehe. Tasha ni sangat friendly orangnya..peramah so tak perlu malu-malu.


So inilah hasilnya ! Mr Kudud cakap lepas ni tak payah risau nak cari stylist lagi. Senang kalau nak cuba gaya rambut baru, boleh consult dengan Tasha sama ada sesuai atau tak. Tak adalah main hentam kromo je kan. First impression memang best, privacy dan rasa exclusive sangat. Lepas ni sementara tunggu Mr Kudud buat hair cut..bolehlah saya pegi massage atau spa kat bilik sebelah...hehe..



Kalau nak tau lebih lanjut tentang perkhidmatan Jentayu Spa by Sheila Majid dan Exclusive by Tasha Zainudin ni..boleh klik link website Jentayu Spa di bawah ni.






Love,
LIZA RAZAK






- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

32 comments:

Umie Nadhirah said...

Mr Kudud cerewet. Ms nye lagi la kan? hehe...pandai dia buat rambut

Lelaki said...

chomel tasha tu.

✿INA AINAA✿ said...

perghhh nak salon yg standard2.. mantop la suami akk ni... pandai dia jaga penampilan dia... suka lelaki camni, tak suka lelaki yang serabai dan tak reti jaga penampilan diri... bertuah akk

ieja amieja said...

mmg eksklusif pun tempatnya..sesuai dgn suasana nya yg santai dan privacy..bg yg cerewet mungkin ok je w/p regenya mungkin agak mahal kan..

dear anies said...

agk nyer kalu sy wat app. dgn dia, bla gk nyer dpt turn tu yek? ;-)

cha said...

muka tasha tu mcm muka bff u yoshie hee. macam nice je tempat ni kalau u dh try spa update eh :)

Unknown said...

HARGA DIA BERPATUTAN TAK
DAH LAMA TAK BUAT MASSAGE SATU BADAN

Siti Hajar said...

Seronoknya spaaa. lagi-lagi lepas tension exam kan.. dapat relaxkan badan~

LaLa mhdnor said...

wahhh bestnya dapat pi spa :)

NinaAz said...

mak aihhh. cerewet jugak naa pasai rambut. hehe

Cik Nor said...

bestnya g spa..:)

Unknown said...

memang kena book awai2 la lepas nih utk Mr.Kudud ye..haha..

HanisLazimAndTheShaklee said...

wahh saloon exclusive sgt..harga mahal x?

Alin Marlini said...

cerewet jugak kudud ek takpelah janji dia puas ht

Unknown said...

macam best je tempat ni..nak try jugak la buat spa kat sini nanti..
terima kasih untuk info yea :)

Unknown said...

jentayu spa macam pernah dengar,, rupa2nya spa shiela majid. tasha tu comel.. rambut suami akk smart, hehe..lelaki lebih kemas kalau rambutnya kemas je, cakap pasal spa dah lama tak pergi spa.. :)

Liza Razak said...

@umie artoqiemie : hehe..saya x cerewet sangat psl rambut..kalau lain2 mmg cerewet..hehe

Liza Razak said...

@lelakis : memang comel pun :)

Liza Razak said...

@ainaa roseberry : orang cerewet macam tu lerr...haih

Liza Razak said...

@ieja amieja : tu laa..asalkan tuan badan puas hati

Liza Razak said...

@khairin anies : sekejap je sis..cuma call utk set appointment je

Liza Razak said...

@cha : actually dia kakak sulung yoshie :)

Liza Razak said...

@zarena heeney : pricey sikit tapi sekali sekala manjakan diri sendiri apa salahnya kan

Liza Razak said...

@schajar mcflurry : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@lala mhdnor : saya teman mr kudud potong rambut je :)

Liza Razak said...

@ninaaz : tu la dia..cerewet sgt

Liza Razak said...

@normi nieza : saya teman mr kudud pegi potong rambut je :)

Liza Razak said...

@husna zahidi : mcm tu la nampaknya :)

Liza Razak said...

@iamhanis : not bad la jugak

Liza Razak said...

@alin marlini : betul tu sis

Liza Razak said...

@fiza saiza : sama2

Liza Razak said...

@nur azila : nanti free bolehlah cuba spa kat sana pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...