Jul 23, 2013

Makeup Review : Topshop Matte Finish Lipstick



Velvet finish lipstick to smooth, moisturise and nourish lips. Apply for fabulous colour and moisturised, matte finish, wear alone or with gloss for a shiny finish. 
Topshop



Dah lama sebenarnya saya nak cuba makeup range dari Topshop ni. Cuma tak berkesempatan nak singgah di Topshop KLCC (tak semua Topshop ada makeup range ni). Bulan Mac lepas...habis je lunch date dengan Mr Kudud kat Harrods, saya ajak Mr Kudud singgah sekejap. Kebetulan lipstik saya pun dah hampir habis, bolehlah cuba lipstick dari Topshop ni.


Sebagai peminat lipstick berwarna natural macam saya ni...agak sukar jugak nak mencari warna lipstick yang menarik perhatian. Semuanya dari jenis berwarna terang seperti tangerine dan pink. Punyalah lama cuba satu persatu, akhirnya saya tertarik dengan warna Barbie Pink/Tease ni. Mr Kudud kata macam lipstick Nicki Minaj...hehehe. Kebetulan saya pulak memang tak ada lagi lipstick warna pink sebegini. Saya pilih jenis Matte sebab lebih tahan lama apabila dipakai.


Saya paling suka packaging Topshop Makeup ni. Very cute dan adorable...Walaupun lipstick ni jenis matte, tapi bila pertama kali pakai, bibir rasa sangat 'mosturized'. Saya sarankan pakai lip brush dan lip concealer sebab agak sukar sikit nak ratakan lipstick ni. Dan jangan lupa jugak pakai lip liner apabila memakai lipstick jenis matte ni.


 Dari segi tahan lama...bagi saya biasa-biasa sahaja. Tahan dalam 3-4 jam jika  makan dan minum seperti biasa. Warna sangat pigmented dan nampak seperti satin finish. Lepas 3-4 jam pemakaian, warna lipstick kelihatan agak pudar dan kadang-kadang nampak tak rata. So kenalah rajin belek cermin yer...hehe. Overall saya masih suka lipstick ni untuk dipakai sekali-sekala especially bila special date dengan husband ataupun untuk event. At least tak adalah bosan dengan 1 warna lipstick je. Yang penting kena berani mencuba ya :)

Tips
Pakai lip concealer untuk lebih tahan lama.
Guna blusher bertona pink untuk makeup ala 'Barbie Look'
Padankan baju atau shawl berwarna terang dan kontra dengan lipstick ni. Barulah colour blocking !





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME :

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

18 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

looks good in you kakak!

and nice colour too!

E'in said...

lipstick yg wane ala2 oren pun cantik kan kak?

Cik Nor said...

cantik...:)

Syafiqah Hashim said...

lawa la warna tu!!
sesuai dengan Kak Liza :)

Unknown said...

cantik la

✿INA AINAA✿ said...

wow!! cantiknyaaaa... tapi muka ena memang tak masuk warna pink.. hurmmm suka warna tu tapi hurmmm

Mek Onie said...

tengok akak pakai lipstick tetiba nak belajar lipstick gakkkkkkkkkkkkkkk :D

Amalina Lee said...

Cantiknya akak! Saya teringin nak mekap, tp x reti huhu. Lg satu, saya pemalas kekeke

dear anies said...

Liza berkulit cerah mmg pdn la dgn kaler ni...kami ni gelap je :-)

P/s jemput join GA sy...

Liza Razak said...

@Innanie Ariffin: Alhamdulillah...thank you sis :)

Liza Razak said...

@E'in : tu laa..teringin jugak nak cuba nanti :)

Liza Razak said...

@Normi Nieza : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Syafiqah Hashim : hehe..thank you sis

Liza Razak said...

@zarena heeney : thank you sis :)

Liza Razak said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ : belum cuba belum tau ena :)

Liza Razak said...

@Mek Onie : nanti trylah onie..mesti cantik :)

Liza Razak said...

@Amalina Lee : kalau nak cantik..kena rajin tau :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : belum cuba belum tau sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...