Aug 30, 2012

Sunsilk Lively Clean & Fresh : Hijabku, Gayaku

Saya rasa ada antara korang yang masih tak tahu tentang peraduan yang menarik ni. Sunsilk Malaysia telah menganjurkan peraduan Sunsilk Lively Clean & Fresh : Hijabku, Gayaku. Peraduan ini amat mudah, hanya undi dan upload gambar anda mengikut 4 gaya hijab melalui video yang dikeluarkan setiap minggu selama 4 minggu berturut-turut. Mana tau korang pun boleh menang jemputan eksklusif ke Bengkel Hijab Bersama Scarflets. Mesti best !

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh like dan layari Facebook Sunsilk Malaysia :



      Fasa 1: Undi Gaya Hijab Kegemaran Anda
o   Tempoh: 12 Julai - 26 Julai, 2012
o   Hadiah: 10 x Jemputan eksklusif ke Bengkel Hijab bersama Scarflets

 
 
        Fasa 2: Cubalah Sendiri
o   Tempoh: 6 Ogos - 31 Ogos, 2012
o   Hadiah: 4 x Wang tunai RM1500 & 5 jemputan eksklusif ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets

 
 

Mengenai Sunsilk Lively Clean & Fresh
·         Sunsilk telah bekerjasama dengan pakar rambut terbaik dunia untuk mencipta formula bertaraf dunia supaya setiap wanita yang menginginkan rambut cantik berkekalan dapat menjadikan harapan ini suatu realiti.

·         Sunsilk telah bekerjasama dengan Dr. Francesca Fusco dari New York, ahli dermatologi bertaraf dunia dan pakar penjagaan kulit and kulit kepala. Melalui penyelidikan yang dijalankan, Sunsilk mendapati bahawa mendapan sebum pada kulit kepala apabila memakai tudung akan menyebabkan kegatalan.
·         Dr. Francesca Fusco dan Sunsilk percaya rahsia untuk kesegaran berpanjangan adalah dengan mengawal jumlah minyak di kulit kepala. Hasilnya, rumusan Sunsilk Lively Clean & Fresh telah dicipta untuk menjadikan kulit kepala lebih bersih dan segar berpanjangan, dan seterusnya membolehkan keyakinan diri anda terserlah.

·         Diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex, varian ini telah dicipta untuk menangani pengumpulan berlebihan sebum kulit kepala agar kulit kepala sentiasa bersih dan sihat. Tambahan itu, ia telah dicipta untuk memberikan anda kesegaran dan keyakinan sepanjang hari.


Mengenai Kerjasama di antara Sunsilk dengan Scarflets
·         Sunsilk percaya memakai tudung tidak bererti ia perlu membataskan keinginan untuk kekal bergaya. Sunsilk merasakan Scarflets mewakili hijabistas di Malaysia yang cukup arif mengenai pemakaian tudung dan fesyen, dan dapat mengimbangi kedua-duanya dengan baik.

·         Melalui Kempen ‘Hijabku, Gayaku’ yang dilancarkan di laman Facebook Sunsilk Malaysia, Sunsilk telah membentuk kerjasama bersama Scarflets untuk mengalakkan kaum wanita mengorak langkah terhadap penyerlahan gaya individu. Melalui cara ini, Sunsilk ingin memberi inspirasi kepada para hijabistas untuk terus kekal bergaya, dengan keyakinan daripada rambut yang segar sepanjang hari.



 Sorry sangat saya lambat update mengenai peraduan yang menarik ni. Tarikh tutup adalah pada esok malam...so korang masih sempat lagi untuk join !



Love,
LIZA RAZAK








14 comments:

suwara entertainment said...

ala..baru tau. x dpt nak join. x brp nak reti tiru style dorg. hehehe

Unknown said...

hehehe segan la nk join

asfira aminuddin said...

how bout you babe? you tak join keww? :)

Unknown said...

Salam Aidilfitri!
Come and visit our page
Love.My.Lilac (on facebook)
:)

RIZZNA said...

Liza, u joint tak? Hurmmmm I segan lah. Undi diorg jer lahhh

dya nasir said...

menarik ni..rugi x join

Anonymous said...

gd luck liza

Liza Razak said...

@Sue-Rya Qistina : ye ke? saya pun x sempat nak join..busy dgn raya..hehe

Liza Razak said...

@Riri Yoorin : lor..kenapa segan pulak? :)

Liza Razak said...

@asfira aminuddin : saya pun tak sempat nak join..cuma sharekan sahaja

Liza Razak said...

@Love MyLilac : salam aidilfitri !

Liza Razak said...

@Cinta Misteri : nak undi pun boleh jugak :)

Liza Razak said...

@dyabunga : betul tu..mmg rugi kalau tak join

Liza Razak said...

@Kesuma Angsana : thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...