{ Gloria Jean's Coffee, Damansara Height . 19th July 2012 }
“A child can teach an adult three things: to be happy for no reason, to always be busy with something, and to know how to demand with all his might that which he desires.”
Paulo Coelho
{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }
Entry ini sepatutnya saya publish sebelum puasa lagi. Terlupa pulak entry ni dah terperam lama gila dalam draft. Memandangkan entry ni ada gambar makanan, saya publishkan hampir dengan waktu berbuka puasa. Tak ada lah sadis sangat kan...hehe. Ok..berbalik kepada cerita asal, sebelum puasa haritu, saya, Mr Kudud dan kawan-kawan pergi jalan-jalan cari makan di Gloria Jean's Coffees Damansara Height. Apa yang specialnya Gloria Jean's Coffees Damansara Height ni? Kafe ni sebenarnya kepunyaan kawan baik kami, Syazwan. Beberapa bulan lepas masa opening ceremony kami tak dapat datang. Lama gila baru nak menjenguk kedai kawan. Tak boleh pakai punya kawan kitorang ni...hehe. Selalu memang tak sempat nak singgah sebab kafe ni dibuka dari pagi sampai 8 malam je. Lagi satu waktu beroperasi dari Isnin sampai Jumaat sahaja (ikut waktu bekerja). Memang tak sempat nak singgah sebab Mr Kudud balik kerja pun pukul 6. Nak hadap jam ke Damansara Height tu silap-silap ambil masa 1 jam lebih...memang tak sempat. Satu hari Mr Kudud balik awal, terus saya ajak Mr Kudud dinner kat Gloria Jean's Coffees. Alhamdulillah nasib baik kami sampai awal...sempat busybody tengok kedai dan borak-borak dengan bos kedai..hehe. Mr Kudud dan Syazwan ni memang tak boleh bertemu muka. Dua-dua cacat otak. Macam-macam perangai gila diorang ni boleh buat kalau berjumpa. Tak percaya tengoklah gambar atas sekali. Ini gara-gara terpengaruh dengan movie Godfather la ni. Main cium-cium cincin pulak. Sesiapa yang pernah tengok Godfather mesti tau scene yang mana..hehe. Dinner haritu memang special sebab satu pun kami tak order. Semua bos kedai yang uruskan sebab kami first time makan kat Gloria Jean's ni. Tak tau menu apa yang sedap...semuanya kami serah bulat-bulat kat bos kedai. Menu makanan dan minuman kat sana memang sedap. Berbaloi dengan harga. Kalau korang tanya saya makan dan minum apa haritu, saya pun tak tau. Main bedal je makan. Janji sedap..hehe. Anyway, thank you Syazwan sebab layan kitorang best gila haritu..nanti kami datang kacau lagi kat kedai yer...hehe
Love,
LIZA RAZAK
Love,
LIZA RAZAK
20 comments:
aduh temptingnya blended tu..
kufikirkan kamu buka puasa kat sini LIza..buang tebiat ke apa hihihi
makanan tu nampak sedapppp..hehe
hehehe..lawakkk
bestnyer...food dier nmpak awesome..
coffee dia sedap tak..? tak pernah try..hopefully one day..
tengok gambor pun dah tau sedap.nyummmmm!
wahhh. macam best.
kalau ada kesempatan masa ain menganggur ni, nak try singgah la. hihihi.
lakonan semula la ni cium cincin....hehee
cium tangan jangan tak cium! hehe
yummy~~ lame x merasa air blended2 nih~kuikui ^^
@norinaomar : hehe...ini entry sebelum puasa sebenarnya
@qasehraihan : memang sedap pun sis
@~MiZz Atie ZieYa~ : ehehehe...
@Gieyana : memang sedap sis :)
@Murni Alfathunnisa : sedap sis...nanti cubalah :)
@ascil.punye.lah : betul tu...memang sedap !!
@ainraus : wajib singgah!
@Aishah Jahirah : ngade betul diorang ni..hehe
@Nurul Husna Mohd Hassan : hahaha
@Wanie Suhaini : kalau minum masa musim panas lagi best
Post a Comment