May 22, 2012

My Weekend In Instagr.am #10

"Don't give in your fears. If you do, you won't be able to talk to your heart" 
Paolo Coelho 




#Saturday
{ Desa Seri Bayu, Bota } { Pasar Malam Seri Manjung }


Weekend lepas  saya,Mr Kudud dan tunang adik saya, Tqah balik kampung saya di Perak.Seronok dapat balik beramai-ramai ke sana.Kali ni semua adik-beradik saya balik kampung.Kami bertolak tengah malam Jumaat.Sampai je kampung, pulun tidur tak ingat sebab satu malam tak tidur.Tengah hari pulak mak masak lauk-pauk kegemaran kami.Nasib baik saya tak balik kampung seminggu,kalau tak confirm gemuk! Petang pulak kami pergi jalan-jalan kat Pasar Malam Seri Manjung yang dah berkurun saya tak pernah jejak..hehe.Sambil tu, beli barang-barang untuk BBQ .Malam tu, kami berBBQ ramai-ramai kat halaman rumah.Seronok sebab boleh makan lamb, ikan talapia merah bakar, chicken wing dan yang paling penting ada air asam dan ulam-ulaman !!

#Sunday
{ Ipoh }


Keesokan harinya,pagi-pagi lagi kami beramai-ramai pergi ke Ipoh.Konon-konon nak jalan-jalan sambil photoshoot kat sana.Macam-macam gambar saya snap kat sana.Tak cukup dengan DSLR, dengan iphone pon jadi..hehe

{ Pasar Karat Memory Lane }


Tempat favourite saya kat Ipoh.Pasar Karat Memory Lane.Dulu namanya orang panggil Loh Kim ataupon Loken.Tak sure mana satu ejaan yang betul..hehe.Sebenarnya minat ni datang dari pengaruh abah saya yang suka sangat benda-benda vintage macam ni.Tak pasal-pasal saya pon ikut minat sama.Kat sini ada pelbagai barangan vintage korang boleh jumpa seperti pakaian, barangan rumah, koleksi piring hitam dan macam-macam lagi.Kalau nasib baik boleh tengok kugiran 60-an perform kat kaki lima.Kadang-kadang saya datang bukannya nak membeli sangat pon.Lebih kepada nak cuci-cuci mata je.Seronok dapat snap gambar-gambar yang menarik kat sana :)

{ Stesen Keretapi Ipoh }{ Majestic Station Hotel }


Stesen Keretapi Ipoh ni antara tempat yang saya teringin sangat nak photoshoot.Bangunan stesen keretapi ni sangat cantik dan vintage.Balik dari Pasar Karat Memory Lane, kami terus ke sini.Nasib kami baik sebab tak ramai sangat orang kat sana.Sekarang saya dan Mr Kudud ada hobi baru - kami suka buat photoshoot trip kat tempat-tempat menarik.At least boleh tambahkan skill photography kami.

{ Starbucks , AEON Ipoh Station 18 }


Penat berphotoshoot, kami singgah pulak ke Starbucks kat AEON Ipoh Station 18.Memandangkan saya ada banyak free voucher dari Starbucks, saya gunakan untuk belanja adik-beradik saya minum frappucino kat sana.Itu pon tak habis lagi free voucher saya gunakan.Siap tapau bawak balik lagi....hehe.Malam tu baru kami bertolak pulang ke KL.

Itulah cerita weekend saya.Korang pulak bagaimana?


{ Photo from Instagr.am. Follow me : pypylamb }



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK





24 comments:

Anisa Hang Tuah said...

gambar yg cantik =)

dear anies said...

share la ngan kami baucer tu hehehe

AzeedA said...

Sgt enjoy ur shots!
nak gak free vouchers :D

Cik Kay Jue said...

wah.. bestnyer jln2 kat kampng... ckj pun kmpung kt perak.. :)

Hanamiko Sakura said...

yeahh! picture semua cun dan vantage.. i like.. :)

jaakechik said...

suka dtg sini. gambar sume cantik2.

Asyik Izas said...

semua tmpt2 diatas pnh pg masa bljr kt perak dulu n mmg best..

Anonymous said...

sentiasa kreatif :)

sekadar satu coretan said...

Ada milo...kegemaran kakain tuuu...

ascil.punye.lah said...

cerita weekend saya dapat jumpa kengkawan lama ahad lepas.tu je lah.penat tapi best!

LYAfrina said...

kagum tgk pic2 ni..cun sgt

suwara entertainment said...

jeles tgk semua gambar tu cantik2 belaka.. :))

Liza Razak said...

@anisa hang tuah : thank u :)

Liza Razak said...

@khairin anies : hehe..

Liza Razak said...

@azeeda : thank you :)

Liza Razak said...

@cik kay jue : ye ke? samalah kita!!

Liza Razak said...

@hanamiko sakura : thank you :)

Liza Razak said...

@jaakechik : thank you :)

Liza Razak said...

@asikin izas : kan?? saya pon dah lama x pergi

Liza Razak said...

@rara nasiha : thank you :)

Liza Razak said...

@ainnoraini : favourite saya jugak tu!

Liza Razak said...

@asil.punye.lah : penat pon x pe..janji best!!

Liza Razak said...

@LYafrina : thank you :)

Liza Razak said...

@sue-rya qistina : thank you sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...