May 15, 2012

My Weekend In Instagr.am #9

"People need not fear the unknown if they are capable of achieving what they need and want" 
Paolo Coelho


#Friday
{ A+R Residence, Taman Seputeh }



Hari Jumaat malam kami ke rumah bos Mr Kudud di Taman Seputeh.Ada birthday dinner sepupu Miss Rozaila.Menu malam tu special.Paling best boleh makan hot dog ala-ala IKEA "Make Your Own Hotdogs".Selain daripada itu ada dessert seperti Red Velvet Cupcakes, Cheese Tart, dan macam-macam lagi.Happy birthday Miss Flack !!


#Saturday
{ Starbucks Global Month of Service, Sg Congkak }


Actually ini merupakan pertama kali saya dan Mr Kudud menyertai Starbucks Global Month of Service.Aktiviti ini sebenarnya acara kebajikan Starbucks yang diadakan setiap bulan.Kami dijemput oleh kawan kami yang bekerja di Starbucks untuk menyertai acara kebajikan ni.Kali ni GMoS ( Global Month of Service ) diadakan di Sungai Congkak.Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan Sungai Congkak.Seronok betul hari tu.Dapat jumpa kawan baru dan yang penting dapat Goodie Bag Starbucks dan Frappuccino Free !! ( More pictures and details in next entry )


#Sunday
{ Gopeng + KTM Ipoh }


Balik dari GMoS, saya dikejutkan dengan berita sedih.Opah saudara saya di Gopeng, Perak telah meninggal dunia.Al-Fatihah.Kami balik bersama adik saya awal pagi Ahad dalam pukul 4 pagi dan sampai di Gopeng pada pukul 6 pagi.Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.Kami pulang ke KL dengan menaiki keretapi ETS dari Ipoh.Excited jugak sebenarnya sebab pertama kali naik ETS.Perbezaan ETS dan keretapi biasa hanya ETS ni lebih laju dan berhenti di stesen tertentu sahaja.Kami bertolak dari Ipoh pukul 8 malam dan sampai di KL Sentral pukul 10.30 malam.Weekend lepas memang sangat memenatkan sebab penuh dengan aktiviti.Tidur pon tak cukup...huhu



{ Pictures Taken From Instagr.am.Follow Me : pypylamb }




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






24 comments:

dear anies said...

innalillahi wainna ilaihi raajiun

reenapple said...

errr... aku jelez tang hot dog tu.. heee.. bak sini sikit.. =P

Asma Azuani said...

al-fatihah untuk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat..aminn

ascil.punye.lah said...

takziah kepada pihak keluarga akak ya.

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye weekend...

نورعيم said...

wahh penuh weekend dgn aktiviti. huhu.

Al=Fatihah utk arwah :(

suzie rahman said...

salam takziah :(

izz iizza said...

hi salam kenal..asal orang gopeng ker..sy pn asal sana..^_^

Al-fatihah tuk nenda tersayang semoga dia aman disana..

Mama Gee said...

bestnya join activiti kebajikan tu... :)

salam Takziah dan Al Fatihah utk opah saudara tu ya...

TS said...

Takziah kak...
moga roh arwah tenang di sana..

suwara entertainment said...

takziah buat liza sekeluarga..al-fatihah..

ellynadyra said...

takziah liza....get some rest later!

Liza Razak said...

@khairin anies : amin..

Liza Razak said...

@reenapple : alamak..dah habis la :)

Liza Razak said...

@asma azuani : amin :)

Liza Razak said...

@ascil.punye.lah : terima kasih :)

Liza Razak said...

@henrietta jose : tapi meletihkan..hehe

Liza Razak said...

@noraim : amin..

Liza Razak said...

@suzie rahman : terima kasih :)

Liza Razak said...

@iizza : amin..kampung saya je kat sana..saya asal dr bota

Liza Razak said...

@mama gee : amin..

Liza Razak said...

@ieyla : terima kasih :)

Liza Razak said...

@sue-rya qistina : amin :)

Liza Razak said...

@ellynadyra : terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...