Dec 4, 2013

Hello Jakarta : Restoran Sederhana Masakan Padang



“The secret is here in the present. If you pay attention to the present, you can improve upon it. And, if you improve on the present, what comes later will also be better."
 The Alchemist”






Assalamualaikum & Hello.

Bagi sesiapa yang mengikuti cerita holiday saya kat Jakarta 2 bulan lepas, mesti perasan yang saya dah lama tak update sambungan selepas entry di Ancol tu kan..Harini saya nak sambung balik entry Jakarta ni...nanti terperam lama-lama, mesti saya terlupa terus...hehe. Last entry haritu cerita kami naik gondola di Ancol. Kalau ada sesiapa yang nak baca entry Jakarta yang lepas-lepas boleh klik link di atas yer.

Habis je kami bersuka ria di Ancol, badan pun mulai penat dan lapar. Mana taknya..kami semua belum lunch lagi. Bayangkan masa tu dah hampir pukul 4 petang. Sudahnya kami cakap kat pak supir kami, Pak Mat untuk tamatkan je trip kami jalan-jalan untuk haritu. Kami minta Pak Mat hantar kami di Restoran Sederhana Masakan Padang yang berdekatan dengan hotel kami, Amaris Thamrin City Hotel. Hari sebelumnya kami dah usha-usha restoran ni. Nampak menarik dan agak ramai jugak orang makan kat situ. Tapi tak sempat kami nak singgah hari sebelumnya sebab masa tu kami baru je sampai dari KL.


Masa kami sampai tu nasib baik tak ramai orang dalam restoran ni. Sebenarnya kami semua tak biasa sangat makan nasi padang ni. Saya pulak baru kali kedua makan nasi padang ni. Tapi makan di Malaysia je. Teringin jugak nak rasa nasi padang di Jakarta ni kan. Mesti lagi sedap. Saya memang dah plan nak cuba minum Jus Alpukat. Ramai cakap Jus Alpukat ni sedap. Nasib baik tengok kat menu ada Jus Alpukat ni. Terus order...hehe. Mr Kudud pulak order Teh Botol. Saya ingatkan air karbonat..rupa-rupanya memang betul air teh (noob betul!) Ye la...kalau kat Malaysia ni kalau botol kaca macam tu selalunya air karbonat je...hehe


So inilah rupa Jus Alpukat yang saya teringin sangat nak cuba tu. Sebenarnya saya tak tau pun Jus Alpukat ni diperbuat daripada apa..main hentam je order..hehe. Rupa-rupanya Jus Alpukat ni sebenarnya jus avocado yang dicampur dengan sejenis sirap. Homai....sedap betul ! Memandangkan kami ni baru first time makan nasi padang kat Jakarta ni...memang terpinga-pinga la nak order makan macam mana. Kami panggil satu waiter ni. Apa kami tanya dia tak berapa faham sangat. Hadoyai!! Nasib baik dia panggil kawan dia dari kitchen. Rupa-rupanya kawan dia ni fasih cakap melayu kita sebab dia pernah bekerja di Malaysia. Lega ! Kami semua decide nak makan nasi padang. Waiter tu cakap harga akan dikira mengikut berapa pinggan yang kita makan. 

Masa diorang letak lauk-pauk atas meja...kami sudah rambang mata nak makan yang mana satu. Jenuhlah fikir dan discuss nak makan yang mana satu. Perut dah la lapar, rasa nak makan semua pinggan yang ada atas meja tu...hehe. Kebanyakkan lauk-pauk nasi padang ni kuahnya berwarna kuning. Tapi rasanya sangat sedap ! Saya siap tambah nasi lagi...hehe


Kami amik 5 jenis lauk-pauk. Ada lauk sotong, ayam, ikan, telur dan bergedil (sorry saya tak tau nama lauk-pauk tu apa) Lega tekak dapat makan nasi sebab hari sebelumnya kami belasah makan fast food je. Masa tu takut-takut lagi nak belasah makan kat restoran ataupun gerai. Baik cegah sebelum terkena...hehe. Mr Kudud pulak jenis perut sensitif..Kalau salah makan sikit mesti sakit perut. Overall memang puas hati makan kat Restoran Sederhana Masakan Padang ni, mana taknya..dengan semua minuman (2 gelas seorang...dahaga punya pasal!), 5 jenis lauk-lauk, nasi (siap dengan nasi tambah), semuanya dalam RM45.00 untuk 4 orang makan. Bagi saya memang murah la, sebab kalau makan kat Restoran Sari Ratu kat Malaysia ni, boleh tahan mahal jugak..Kalau makan kat restoran ni..memang tak rasa bersalah pun nak amik lauk suka hati. Sebab memang murah...hehe

Sebelum makan tu..sempat jugak saya amik video...banyak tak kami makan?







Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Dec 3, 2013

Review : Fall 2013 Guerlain Ecrin 2 Couleurs in Two Gossip




" Guerlain has invented “ready-to-colour”, the perfect accessory for making the eyes a real fashion statement. This new fine and slender case slips easily into a handbag for use at any time. It opens vertically to reveal an elegant mirror… Inside: two eyeshadows, two textures, two colour accessories applied using its double-ended applicator to create amazing effects."
 [ Source : Guerlain.Com ]


Application :
 After a colour block look? She goes for monochrome, matte or sparkly in turn, applied in a single shade to the entire eyelid, drawing lightly away from the crease towards the arch of the eyebrow. The matte shade for an intense look. The sparkly shade for a brilliantly radiant look.

After an electric look? She plays with layers. The matte base is applied to the entire eyelid, drawing lightly away from the crease towards the arch of the eyebrow. The sparkling shade is layered on top for colour with a twist and eyes that pop.

After a rock chic look? She opts for shading. The matte shade is applied as a wash over the eyelid and the metallic shade used to fill in below the arch of the eyebrow for a bright, wide-eyed look.

[ Source : Guerlain.Com ]


Assalamualaikum & Hello.

Dah lama saya tak review pasal makeup kan? So harini saya nak review eyeshadow palette Guerlain yang agak baru jugak saya beli bulan lepas. Eye shadow palette ni merupakan koleksi terbaru untuk musim luruh 2013. Ada banyak warna yang cantik-cantik. Tapi saya berkenan sangat dengan 2 warna dari palette 04 Two Gossip ni. Kebelakangan ni, setiap kali saya makeup saya akan pakai eyeshadow Urban Decay Naked 2. Tapi lama-lama pakai rasa boring pulak asyik pakai eyeshadow earth tone ni. Sekali-sekala nak jugak tukar mood. Biasanya tiap-tiap minggu saya akan masuk dalam Sephora Paradigm Mall (nampak sangat tak ada kerja kan?) Saya suka survey koleksi makeup baru. Alih-alih berkenan pulak tengok eye shadow dari Guerlain ni. Casing dia warna gold,nampak classy sangat! Terus masuk dalam dalam wishlist makeup saya !! 

Bila dah terbeli beberapa minggu lepas tu...terus tak sabar nak cuba. As expected, jenama Guerlain ni memang tak mengecewakan. Dari packaging, sampailah ke tekstur eyeshadow itu sendiri bila pakai memang rasa mewah sangat. Ini kali pertama saya beli barangan makeup dari Guerlain. Sebelum ni saya memang kipas-susah-mati koleksi makeup Chanel, Benefit dan Laura Mercier. Nampak gayanya terpaksalah 2 jenama ni bermadu sebab saya sudah jatuh cinta dengan Guerlain


Berbalik kepada review, palette ni didatangkan dengan 2 warna Gold & Purple. Selalunya saya kurang gemar pakai warna purple ni. Tapi bila test kat Sephora, eh nampak cantik pulak! Jangan kata warna purple ni tak praktikal untuk daily wear yer..sebab kalau pandai blending memang sesuai dipakai waktu siang. Sama jugak dengan waktu malam..boleh dipelbagaikan teknik blending tu. Kat entry ni saya cuma letak contoh untuk makeup daily wear. Nampak natural jer..Bercerita tentang tekstur pulak...ya ampun...memang best sangat. Sangat soft tapi sangat tahan pada kelopak mata. Senang cerita, saya pernah je tak pakai eyeshadow base. Tahan lama walaupun kelopak mata saya jenis berminyak kalau cuaca panas. Warna gold tu memang ada glitter. Tapi bila pakai, glitter tu tak jatuh pada muka. Purple pulak jenis matte..boleh juga digunakan sebagai eyeliner.

Kalau dibawa untuk travel memang sesuai sangat sebab casing dia compact dan didatangkan dengan sarung velvet berwarna hitam untuk mengelakkan casing dari calar. Palette ni didatangkan dengan double-ended applicator tapi saya tak guna pun sebab tak puas pakai. Pendek sangat. Lebih senang pakai berus eyeshadow biasa. Apa yang tak best pasal eyeshadow ni? Rasanya selain dari double-ended applicator tu, tak ada kot! Sebagai first timer menggunakan jenama Guerlain ni..rasanya saya sudah jatuh cinta! Tapi part harga tu yang tak berapa best sikit. Tapi kalau investment untuk eyeshadow, rasanya tak salah kalau beli yang agak mahal sikit. Sebabnya bertahun-tahun baru nak habis kot!


Guerlain Ecrin Two Couleurs In Two Gossip (4g/0.14 OZ)
RM 129-RM139
(Sephora Paradigm Mall)


P/S : Sekarang ni saya tengah mengintai-ngintai koleksi makeup dari Nars dan Yves Saint Laurent pulak :)




Love,
LIZA RAZAK



FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...