Nov 19, 2014

+Langkawi : MH1430 KUL-LGK


 

Entry Sambungan :



[ KUL - LGK . 26th September 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

Susah betul nak ambil mood blogging balik ni...padah tinggal blog lama sangat macam ni lah jadinya.  Malam ni rindu pulak nak menaip kat blog picisan ni. Eh..tetiba pulak kan..hehe. Kenapa lama sangat saya tak update blog? Bulan lepas 3 minggu saya tak ada kat Malaysia. Saya teman Mr Kudud outstation kat Hong Kong. Alang-alang dah pergi Hong Kong tu harus la pergi jalan-jalan kan. 2 minggu sebelum pergi tu kami sibuk pergi bercuti kat Langkawi dan buat persiapan pegi ke Hong Kong. Itu antara sebab-sebab saya tak sempat nak update blog. Busy sangat kekdahnya...hehe.

Mana satu entry nak update dulu ni?? Oiii..banyaknya!! Slow-slow makcik Liza...mari makcik Liza update dulu cerita makcik holiday kat Langkawi haritu...haha. Yang ni saya dah edit gambar siap-siap. So bolehlah publish kat blog. Actually, Langkawi ni tak ada pun dalam planning holiday kami tahun ni. Ni saja je ngada pergi bercuti sebab alang-alang dapat tiket MAS murah kan..Bolehlah cuti-cuti bajet. Kebetulan saya dah lebih 10 tahun tak pergi Langkawi ni. Dulu pergi masa zaman study...mesti banyak benda dah berubah kat sana. Kami beli tiket flight lebih kurang 2 minggu sebelum pergi bercuti. Murah betul tiket MAS masa tu. Ada promo online. RM 290 return ticket untuk 2 orang. Menggigil-gigil tangan nak beli masa tu. Nasib baik Mr Kudud approve beli!!


Kami pergi 3 hari 2 malam (26 - 28 September 2014). Flight kami amik pagi-pagi (8.25 pg) dan sampai di Langkawi Airport pukul 9.40 pg. Patutnya sejam je perjalanan. Tapi disebabkan cuaca buruk, lambat sikit sampai. Masa kat dalam flight tu, saya punyalah menggigil duduk atas flight sebab cuaca buruk gile. Sepanjang perjalanan langit nampak gelap gelita. Tu tak kira lagi dengan kapal terbang bergegar-gegar. Seram sungguh!! Paling menakutkan masa nak landing. Angin punyalah kuat sampai kapal terbang tak boleh nak landing. First attempt nak landing, baru nak touch down tiba-tiba kapal naik balik. Ehh...dah kenapa? Rupa-rupanya angin kuat sangat sampai pilot kena buat second attempt untuk landing bila cuaca elok sikit. . Sepanjang saya naik flight, pergi Langkawi ni lah yang paling horror. Uishhh....


Nasib baik pilot MAS ni handal-handal belaka tau. Second attempt landing, smooth je...uishhh lega mak nokk!! Biarlah orang kata naik MAS ni scary laa tak selamat laa...bagi saya naik MAS ni best!! Service memang tip-top! Kalau boleh tiap-tiap kali naik flight nak naik MAS. Malangnya duit tak berapa nak ada selalu kan..hehe.


Thank you Mr Kudud bawak saya holiday lagi tahun ni. Alhamdulillah, murah rezeki Mr Kudud tahun ni dapat bawak saya holiday selalu. Tak payah bawak holiday jauh-jauh pun tak per, kat Malaysia ni ada banyak tempat menarik kita boleh pergi. Jimat pun jimat.


Dah sampai airport tu cepat-cepat cari map ataupun pamplet yang boleh dijadikan rujukan di sana. Jangan buat berlagak pandai unless dah memang pandai selok-belok Langkawi ni. Kami stay kat sana sekejap je. Memang kena plan betul-betul masa dan lokasi. Takut ada tempat yang tertinggal nanti. Kitorang bawak satu backpack je pegi sana. Malas nak bawak banyak-banyak baju..buat berat beg je. Less is more.


Lokasi pertama yang kami nak terjah adalah Langkawi Cable Car. Memandangkan hari masih hujan dan perut pulak agak berkeroncong, kami singgah dulu makan kat gerai tepi jalan area Pantai Cenang. Layan woo minum teh tarik utara ni..nak pulak cuaca sejuk. Sementara tunggu hujan teduh..kami plan siap-siap itinerary untuk hari tu.

Eh lupa pulak nak cerita pasal kereta sewa kami kat Langkawi. Kami sewa kereta wira manual je. Survey online dapatlah harga RM 90 untuk 2 hari. Lepas tu kami topup pulak RM 40 untuk hari Ahad. So total untuk kereta sewa hanya RM 130 untuk 3 hari. Tak kuasa nak sewa kereta mahal-mahal. Janji boleh bergerak sudah. Btw, not bad jugak kereta wira yang kami dapat haritu...selesa tau! Kalau ada yang plan nak pegi Langkawi tu..bolehlah sewa dari Tokpora Enterprise Travel Agency. Saya kasi no contact siap-siap kat sini. Harga memang murah. Kami siap ambil pakej island hopping kat diorang ni. Senang..tak payah nak fikir-fikir lagi.

Tokpora Enterprise Travel Agency
Daffi : 010-4076987
Masita : 017-5084667

Website :


Ok..dah mengantuk...huwaaa!! Esok sambung boleh? Nanti saya publish cerita Langkawi Cable Car pulak. Good Night!




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Nov 6, 2014

Konsert EH! Ulang Tahun Ke-15, 8 November Ini !




Assalamualaikum & Hello.

EH!, Majalah Urban No 1, akan menganjurkan Konsert EH! ulang tahun ke-15 yang dipersembahkan oleh The Body Shop untuk pembaca setia pada 8 November 2014. Konsert ini akan diadakan di KL Live, Live Centre dengan persembahan barisan artis-artis tempatan seperti Hafiz, Forteen, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Altimet, Adira dan Alyah.

Kat mana boleh dapatkan tiket konsert ini? Tiket sebenarnya berharga RM 50 tapi korang boleh beli dengan harga yang lebih murah di Butik Body Shop, Kedai Buku dan Majalah Borders. Mynews, Times dan Popular yang terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut. korang boleh tengok poster di bawah ataupun layari www.eh.com.my :)

Jumpa di sana, Sabtu ini!!





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...