Assalamualaikum & Hello.
Amacam puasa? Disebabkan baru je update blog minggu ni, saya nak mengucapkan Selamat Berpuasa. Ada yang ponteng puasa tak? Haippp....jangan nak nakal-nakal puasa ni ok?
Harini saya nak review produk lagi. Terima kasih kepada Nur dari LĀURA olive rose kerana memberi peluang saya mencuba produk mereka yang AWESOME ni. Actually ada 2 produk. Tapi saya bahagikan kepada 2 entry. Boleh saya fokus review betul-betul kat korang. So produk pertama ni merupakan Minyak Zaitun yang dinamakan LĀURA Olive Oil Moisturizer. Produk kedua tu nanti saya reveal kat entry seterusnya ok?
Harini saya nak review produk lagi. Terima kasih kepada Nur dari LĀURA olive rose kerana memberi peluang saya mencuba produk mereka yang AWESOME ni. Actually ada 2 produk. Tapi saya bahagikan kepada 2 entry. Boleh saya fokus review betul-betul kat korang. So produk pertama ni merupakan Minyak Zaitun yang dinamakan LĀURA Olive Oil Moisturizer. Produk kedua tu nanti saya reveal kat entry seterusnya ok?
Baik hati betul sis Nur dari LĀURA olive rose ni. Bukan sahaja hantar produk tapi susah payah upah florist hantar bunga sampai ke depan rumah. Ya Allah...terharunya!! Semoga murah rezeki sis Nur!! Tak pernah lagi dapat bunga rose sebanyak ni!! Wangi je satu rumah....Kat bunga tu tertera ayat minta saya 'express my true opinion on the product'. Insya Allah, saya akan review produk ini dengan seikhlas hati saya.
Honestly awal-awal saya nak cuba minyak zaitun ni, saya agak skeptical sebab saya ni tak berapa suka produk kecantikan jenis minyak ni. Tak kisahlah minyak apa pun. Nak pulak kalau kena sapu kat muka. Memang alergik giler! Tapi disebabkan saya nak review, saya cuba jugak. Kalau tak cuba, macam mana nak review kat korang kan?
Sebelum saya ceritakan pengalaman saya pakai minyak zaitun ni, saya nak cerita dulu mengenai LĀURA Olive Oil Moisturizer ni. Ianya didatangkan khas dari bumi Palestin. Tahukah korang minyak zaitun dari Palestin merupakan yang terbaik di dunia? Ianya juga disebut di dalam Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Korang mesti tahu khasiat utama minyak zaitun ni kan. Tapi untuk entry ni saya hanya nak fokus kepada kebaikan minyak zaitun dari Palestin ni. Memang berbeza dari yang lain.
Minyak Zaitun dari Palestin ni mengandungi kadar asid paling rendah iaitu tidak melebihi 0.4% berbanding dengan minyak zaitun dari negara Itali, Greek dan sebagainya. Minyak Zaitun dari Sepanyol dan Itali, kandungan asid oleik yang paling tinggi hanya mencecah 45%, namun di Palestin, kandungan asid oleik paling rendah yang terkandung dalam minyak zaitun ialah 75%. (Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan)
Nampak tak perbezaan minyak zaitun dari Palestin ni berbanding daripada negara pengeluar lain? Selain itu, dengan membeli produk buatan Palestin ni, kita dapat membantu menjana ekonomi saudara islam kita di sana.
Ok..sekarang saya nak cerita pengalaman saya menggunakan LĀURA Olive Oil Moisturizer ni. Minyak zaitun ni merupakan pati minyak zaitun yang tulen dan tidak dicampur dengan bahan-bahan lain ataupun dalam bahasa orang putihnya 100% Palestinian Extra Virgin Olive Oil. Antara vitamin dan mineral yang boleh didapati dari minyak zaitun ini adalah Vitamin E, Vitamin A, Vitamin K, Iron, Magnesium, Potassium dan Amino Acid. Banyak sungguh khasiat minyak zaitun kan? Awal-awal tadi saya cerita tentang kulit saya yang alergik pada produk kecantikan berasaskan minyak kan? Tapi sangkaan saya salah bila saya pertama kali cuba minyak ni. Saya pakai waktu malam sebelum tidur. Mula-mula sapu kat muka memang berminyak. Beberapa minit kemudian...eh..minyak tu dah meresap ke dalam kulit! Dah macam pakai moisturizer pulak. Kemudian saya sapu pulak pada kaki dan tangan ala-ala pakai losen. Pun sama! Tak ada pun nampak berminyak-minyak. Bila bangun keesokkan harinya, muka tak ada pun berminyak malah lagi lembut. Begitu juga dengan kaki dan tangan. Macam baru lepas skrub. Lembutnya.
Saya memang sengaja lambat-lambatkan review sebab saya nak cuba dulu produk ni selama sebulan. Dari tak suka kepada minyak zaitun, sekarang makin sayang kat minyak zaitun ni. Senang cerita, minyak zaitun ni saya panggil minyak magic. Satu botol ada pelbagai kegunaan. Saya dah cuba sebagai moisturizer muka, losen badan, minyak rambut, pencuci mekap dan serum untuk parut. Saya ni ada masalah kelemumur lepas tu rambut kering ya amat. Punya lah berhabis duit beli serum rambut Redken yang mahal tu. Nan hado hasilnya...maybe sebab tak sesuai. Cuba pulak pakai minyak zaitun kat rambut. Alhamdulillah, rambut makin sihat jadinya. Betul la kata orang, natural tu lebih baik. Mr Kudud cakap jimat duit beli skin care bulan-bulan. Ye laa...serum rambut, losen badan, pencuci mekap, moisturizer semua tu tak payah beli. Pakai minyak zaitun ni. Memang jimat duit. Nak travel pun senang, tak payah nak angkut segala mak nenek skin care tu, satu botol minyak zaitun ni dah cukup.
LĀURA Olive Oil Moisturizer ni didatangkan dalam botol kaca. Kenapa botol kaca? Untuk mengekalkan kualiti minyak zaitun ni, selalunya mereka akan botolkan dalam botol kaca. Jadi janganlah lepas pakai tu, main campak je merata yer. Simpan di dalam suhu bilik dan jauhkan dari cahaya matahari yang berlebihan. Nampak tak dalam gambar tu, minyak dah tinggal separuh? Itu tandanya saya memang pakai sampai lebam. Bukan untuk luaran je, saya juga amalkan makan beberapa titik/satu sudu kecil sehari untuk dapatkan kulit yang cantik dan kesihatan yang tip-top. Jangan risau, minyak zaitun ni boleh dimakan. Cuma awal-awal tu cuba rasa setitik dua dulu. Disebabkan minyak ni dari pati minyak zaitun yang tidak ditapis, rasa dia agak perit sikit. Lama-lama nanti korang dah biasa. Sesudu pun tak ada hal. Saya dah semakin beralih arah kepada skin care natural. Memang lagi berkesan untuk kulit saya. Tak perlu risau dengan bahan terlarang yang pelik-pelik tu. Bila pakai benda natural ni, kos lagi murah, selamat untuk tubuh badan dan lagi berkesan.
Satu botol minyak zaitun ni ada 50ml. Saiz ni memang sesuai nak bawak hand carry atas flight kalau travel. Kalau macam saya ni yang pakai untuk muka, badan, rambut dan makan tahan selama sebulan. Bajet-bajet la pakai tu. Insya Allah bulan depan saya nak repeat beli.
Apa lagi kebaikan LĀURA Olive Oil Moisturizer ni?
1) Anti Bakteria
2) Anti Penuaan
3) Merawat Jeragat
4) Mengurangkan Kedutan
5) Menyembuhkan Luka
6) Anti Keradangan
7) Mengurangkan Rambut Gugur
8) Mengatasi Masalah Jerawat
9) Sesuai Untuk Kuku & Kutikel Yang Kering
Ini buktinya saya kata LĀURA Olive Oil Moisturizer ni tak berminyak bila dipakai pada muka. Awal-awal tu berminyak la lepas tu poof!!! Minyak meresap ke dalam kulit!! Selesa dipakai walaupun cuaca panas sekarang ni. Kulit muka pun makin sihat. Gambar ni saya tak edit ataupun pakai filter tau. Muka pon tak pakai mekap.
Ini pulak satu lagi kegunaan minyak zaitun LĀURA Olive Oil Moisturizer ni. Boleh digunakan untuk mencuci mekap. Sekarang ni saya malas nak beli makeup remover yang saya selalu pakai tu. Kebetulan dah habis. So saya guna minyak zaitun jer. Di samping mencuci mekap, boleh lembapkan kulit sekali!
Kalau nak cerita lagi pasal kegunaan minyak zaitun ni, memang ada banyak lagi. Saya nak tambah lagi kat sini...korang juga boleh gunakan minyak ni sebagai home made mask. Cara-caranya campurkan 1 sudu besar minyak zaitun bersama dengan cuka epal sider (apple cider vinegar). Kalau nak putihkan muka boleh campurkan sekali dengan jus lemon. Sapukan campuran mask ni ke muka yang telah dicuci dan biarkan selama 10-15 minit. Kemudian cuci dengan air suam lepas tu dengan air sejuk pulak. Ianya sesuai untuk kulit normal dan kering. Kulit akan bertambah lembut dan glowing. Aduhh jimatnya!!
" Our company offer '30% of Money Back Guarantee' to all customers whose been using our ‘LĀURA OLIVE Oil’ products consistently for 30 days but don’t have any positive results.
T&C APPLY "
- LĀURA olive rose
HARGA :
RM 40 (Tidak Termasuk Kos Penghantaran)
50 ml
100% Palestinian Extra Virgin Olive Oil
Dengan pelbagai kegunaan minyak ni, saya rasa memang berbaloi bayar RM 40. Bayangkan kalau kos saya beli moisturizer sahaja dah hampir RM 100, belum masuk beli makeup remover, losen dan serum rambut. Yang ni sememangnya bahan natural dan tak ada bahan asing yang lain yang memudaratkan. Terima kasih LĀURA olive rose perkenalkan saya dengan minyak zaitun ni. Selama ni naif betul dengan khasiat minyak zaitun. Tahu tapi tak pernah nak cuba. Sejak saya amalkan makan minyak zaitun ni, kulit pun bertambah lembut. Bukan saya kata tau, suami yang tegur...hehe. Serius korang kena cuba...mesti korang setuju dengan apa yang saya cakap tadi.
" Our company offer '30% of Money Back Guarantee' to all customers whose been using our ‘LĀURA OLIVE Oil’ products consistently for 30 days but don’t have any positive results.
T&C APPLY "
- LĀURA olive rose
HARGA :
RM 40 (Tidak Termasuk Kos Penghantaran)
50 ml
100% Palestinian Extra Virgin Olive Oil
Dengan pelbagai kegunaan minyak ni, saya rasa memang berbaloi bayar RM 40. Bayangkan kalau kos saya beli moisturizer sahaja dah hampir RM 100, belum masuk beli makeup remover, losen dan serum rambut. Yang ni sememangnya bahan natural dan tak ada bahan asing yang lain yang memudaratkan. Terima kasih LĀURA olive rose perkenalkan saya dengan minyak zaitun ni. Selama ni naif betul dengan khasiat minyak zaitun. Tahu tapi tak pernah nak cuba. Sejak saya amalkan makan minyak zaitun ni, kulit pun bertambah lembut. Bukan saya kata tau, suami yang tegur...hehe. Serius korang kena cuba...mesti korang setuju dengan apa yang saya cakap tadi.
Nak order mudah sahaja :
Korang boleh like FB LĀURA olive rose :
KLIK SINI
Ataupun follow di Instagram :
@laura_oliverose
Nak maklumat lebih lanjut boleh jer email mereka. Jangan takut, owner
LĀURA olive rose ni baik sangat
laurabeautyeffect@gmail.com
Lepas ni nak order lagi sebotol!! yeay!!
Love,
LIZA RAZAK