Jul 28, 2015

REVIEW : Babeskin Double Serum & Whitening Soap




Assalamualaikum & Hello.

Sepatutnya nak update review ni sebelum raya tapi laptop buat hal pulak. Adeh...bertabah je la. Tengah laptop ada mood baik ni..mari saya review satu produk lagi. Sebelum puasa haritu saya dah dapat produk ni. Sepanjang puasa sampailah ke hari ini, saya masih gunakan serum dan whitening soap ni tau. Bagi betul-betul nampak hasil baru berbaloi nak review. 

Terima kasih Babeskin365 kerana memperkenalkan saya dengan serum ini sabun ini. Memang puas hati pakai dan selesa. Ye la bulan puasa haritu kan cuaca panas giler. Saya ni senang berpeluh. Tak suka kalau panas-panas tu pakai krim muka yang melekit-lekit. Alhamdulillah, serum ni selesa sangat pakai. Bila sapu ke muka terus meresap ke dalam kulit. Rasa macam tak pakai jer.


Serum ini dinamakan Double Serum Premium. Ianya didatangkan dalam 2 botol serum. Yang pertama (biru) - Repairing Booster. Botol kedua pulak (pink) - Ultimate Mega Lift. Kedua-dua serum ini sesuai untuk semua jenis kulit. So tak payah risau. Mari saya ceritakan dulu apa fungsi serum ini satu-persatu:

Botol Pertama (Biru) - Repairing Booster.
1- Agen  pencerah kulit
2- Anti Jerawat
3- Menyeimbangkan dan memperbaiki pori muka

Botol Kedua (Pink) - Ultimate Mega Lift
1- Menegangkan Kulit Muka
2- Anti Kedutan
3- Memperbaharui sel-sel kulit muka


Kesan pemakaian serum ini akan mula dirasai seawal 7 hari tau. Saya gunakan 2 kali sehari iaitu pagi dan sebelum tidur. Walaupun muka saya ni nampak licin je dalam gambar tapi sebenarnya saya ada banyak jerawat pasir yang halus-halus tu kat muka. Lepas tu ada sesetengah tempat pada muka ni  ada tona yang tidak sekata. Mungkin pasal faktor umur, hormon dan cahaya matahari. Nak pulak saya ni spesis malas nak pakai sunblock bila keluar rumah. Kat pipi tu ada berbelak sedikit sebab pakai tudung. Alhamdulillah, bila pakai serum dan sabun ni, hilang dah semua. Jerawat pasir pun makin kurang. Kebaikan serum ini ada banyak sebenarnya. Memang sesuai untuk saya yang berumur 30 tahun ke atas. Kulit muka pun dah mula ada kedutan (takut!). Bila dah ada serum yang berkesan ni, dah tak takut dah. Kulit muka saya pun semakin anjal dan tegang. Sekarang pakai shawl pun dah tak pakai style tutup-tutup pipi lagi. Kebetulan saya pulak diet, memang good combination.Cepat je nampak hasil tu.


Hasil kajian setelah ramai yang mencuba serum ini :
81% mengatakan kulit mereka makin berseri-seri
86% mengatakan kulit bertambah lembap dan bersih
86% mengatakan secara keseluruhan kulit mereka bertambah baik

Haa...tak nak cuba ker? Tak sia-sia pakai sebelum raya haritu. Confident jer keluar beraya dengan foundation nipis. Kadang-kadang kalau malas tak pakai mekap pon. Yang penting kena rajin ok? Kalau malas, beli mahal-mahal pon tak guna.

Macam mana nak guna serum ini? Senang jer...
1) Cuci muka bersih-bersih
2) Sapukan 1-2 titik dan urutkan pada muka. Pakai botol pertama (biru) dulu, kemudian diikuti dengan botol kedua (pink)

Nak mudah faham lagi, boleh tengok video di bawah



Kandungan Serum :

Repairing Booster: 

Water, Butylene Glycol, Propanediol, Mandelic acid, L-Arginine, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Fragrance


Ultimate Mega Lift:  

Water, Butylene Glycol, Beta-Glucan, Acetyl Hexapeptide-8, Galactoarabinan, Glyceryl Polyacrylate, Sodium Hyaluronate, Dipotassium Glycyrrhizate, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, L-Arginine, Fragrance

Harga :
RM 119.00 (WM)
RM 129.00 (EM)
(Repairing Booster 15ml + Ultimate Mega Lift 15ml)


Kalau dah pakai serum tu, apa kata pakai jugak Whitening Soap Premium ni. Ianya diperkaya dengan Vitamin A, C & E. Mesti korang dah tau kebaikan vitamin-vitamin tersebut kan. Semuanya baik untuk kulit. Yang bestnya, bukan sahaja sesuai untuk kulit muka, satu badan pun boleh. Jimat sangat!


Saya ni spesis tamak. Tak nak cerah kat muka jer. Kat badan pun saya pakai jugak. Bau sabun ni dahlah wangi. Rasa nak memerap je kat bilik air lama-lama. Selain daripada membersihkan kulit, ianya melembapkan dan membaiki tona kulit tidak sekata. Lagi satu, ianya berfungsi ala-ala skrub, boleh menanggalkan sel-sel kulit mati. Apa hasil setelah hampir sebulan saya pakai? Mestilah kulit makin cerah, especially pada kaki. Kat situ kan selalu kena cahaya matahari lebih dari kawasan badan yang lain. Mestilah gelap terlebih kan. Sekarang makin kurang tona gelap dan kesan parut kat kaki. Kulit pun dah tak kering macam selalu. Nak kena repeat pakai lagi ni..

Nak pakai mudah jer. Bila mandi tu...pakai sabun ni. Urutkan pada area mana yang korang nak cerahkan ataupun tempat yang bermasalah tu dan biarkan selama 2 minit. Lepas tu bilas sampai bersih. Mudah kan?



Kandungan Whitening Soap :
Sodium Palmitate, Lactic Acid, Glycerin, CI 19140, CI 15985, Fragrance, Sodium Lactate, Methychloroisothiazolinone and Methylisothiazolinone, Virgin Papaya Extract.

Harga :
RM 29.00 (WM) - 50 gm
RM 39.00 (EM) - 50 gm


Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh layari website Babeskin di bawah ini:
http://www.babeskin365.com

*testimonial lain pun ada kat website. mesti korang lagi yakin nak cuba

Ataupun LIKE Facebook dan FOLLOW Instagram mereka :
Instagram : @babeskin365official
Facebook : Babeskin365


Kulit muka dah cantik ni...jom la keluar jalan-jalan! #perasan






Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...