Oct 2, 2014

Langkawi Trip Teaser Video









Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Bye-Bye Kuala Terengganu !







Assalamualaikum & Hello.

Yeay...entry Redang & Kuala Terengganu finally dah sampai ke penghujungnya! Lega mak nokkk!! Ada banyak entry holiday saya di Hello Kitty Town, Johor Premium Outlet dan Langkawi yang belum saya cerita lagi kat blog...slowly hokeyy! Entry last ni kita layan gambar dan video je la ek. Tak payah baca panjang-panjang. Entry sebelum-sebelum dah cerita berjela dah...nanti korang boring pulak baca. Tahun depan ke mana pulak #gengperang ni nak bercuti?...tungguuuuuu!!!

P/S : esok saya upload teaser video saya bercuti di Langkawi weekend lepas :P




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Kuala Terengganu : Sotong Celup Tepung





Assalamualaikum & Hello.

Minggu ni saya sangat tak produktif. Busy macam-macam. Last weekend holiday kat Langkawi. Harini pulak dah busy packing balik kampung untuk beraya. Next week busy packing ke Hong Kong pulak..3 minggu pulak tu stay kat sana. Haruslah baju menimbun-nimbun nak bawak kan? Macam mana pun saya akan curi time update entry sekerap boleh ek? Harini saya nak habiskan entry Kuala Terengganu ni. Dah boring tengok dalam draft ni lama-lama. So next week bolehlah cerita pasal holiday saya kat Langkawi pulak!


Kalau orang tanya saya kenapa saya suka pergi Kuala Terengganu. Salah satu jawapannya ada kat gambar atas ni. Seafood celup tepung!! Ya Allah...sedapnya!! Murah pulak tu!!! Haritu sebelum check in luggage kat airport, kitorang sempat singgah di Pantai Batu Buruk makan seafood celup tepung. Kebetulan masa tu musim candat sotong, haruslah sotong murah gilersssss!!


Kami singgah di ICT Haji Pok Long Seafood. Kedai ni buka sampai pukul 7.30 malam je. Pukul 4 petang masa kami sampai tu orang ramai memang penuh. Nasib baik meja dan kerusi cukup untuk kami. Masing-masing order kemain banyak...ye laa benda tak ada kat KL. Saya order ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Amik kau...banyak gile makan! Padahal sebelum tu dah mencekik keropok losong. Harga seafood celup tepung ni bergantung pada jenis seafood. Harga dari RM 3 - RM 12 ke atas. Yang penting sotong memang murah. Amik je berpuluh-puluh pinggan kalau lalu makan..hehe. Actually makan kat sana memang akan feeling habis pasal angin laut tu sepoi-sepoi bahasa je menampar-nampar pipi yang gebu ni. Memang layan makan kat tepi pantai ni. Nak pulak kalau makan beramai-ramai dengan kawan.


Bukan selalu datang sini kan? Group selfie tu harusssss!!!


Gambar ni masa kami tapau keropok losong untuk bawak balik KL. Heaven betul makanan kat Kuala Terengganu ni. Saya rasa kalau saya duduk sana mesti gemuk tak hengat punya. Mana taknya...semua makanan sedap-sedap!! hehe




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Jalan Indah 2,Seri Kembangan,Malaysia

Oct 1, 2014

[Beauty Review] BeautyOat, Collagen Plus + Oat Drink Formula



[ Sponsored Post }


Assalamualaikum & Hello.

Eh...dah 5 hari tak update blog rupanya. 2 hari lepas tak sempat nak update blog sebab saya baru balik bercuti dari Langkawi. Letih sangat kekdahnya..hehe. Harini pun curi-curi time nak update blog sebab saya ada benda special nak share dengan korang semua.

Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan BeautyOat. Apa tu?  Ia merupakan minuman kecantikan campuran oat dan collagen plus yang pertama di Malaysia! BeautyOat ni diformulasi di Korea tau. Korang boleh lihat hasilnya dalam masa 14 hari sahaja! Dengar kata ada collagen je mesti excited kan? Ye laa...menjak-menjak saya dah masuk 3 series ni haruslah nak menjaga kulit kan...nanti belum masuk 40-an dah kedut-kedut kulit. Mestilah kena jaga dari sekarang. Banyak gila kebaikan BeautyOat ni. Antaranya menegangkan dan mengurangkan kedutan pada pada kulit muka. Ia juga membantu membaik pulih sistem immunisasi, pembentukan semula tisu-tisu badan, dan menambahkan tenaga.
Cici pun suka BeautyOat ni tau!
BeautyOat ni terdiri daripada 4 bahan utama yang menjadikan minuman ni sangat baik untuk kesihatan kulit dan keseluruhan badan kita. Percaya tak kalau saya cakap BeautyOat ni bukan sahaja mencantikkan kulit...malah ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Eh..dah jadi 2 in 1 pulak! Dengan segelas BeautyOat, kita boleh dapat banyak kebaikan untuk kulit dan badan kita.

Mesti korang dah tahu kelebihan collagen pada kulit kita kan? BeautyOat ni mempunya marine collagen tripeptide yang membantu memastikan kulit kita sentiasa nampak muda dan tegang. Ianya juga membantu mengurangkan kedutan dan melembabkan kulit

Oat pula merupakan sumber makanan mempunyai kandungan fiber dan protein yang tinggi. Beta glucan yang terkandung di dalam oat pula membantu menyerap kolesterol dari dalam badan kita.Senang cerita...oat ni sangat baik untuk jantung!

Sakura (Cherry Blossom) dan Pomegranate pula merupakan bahan semulajadi yang antioxidant membantu memutihkan kulit serta mengurangkan kesan free-radical daripada merosakkan badan kita.


Satu kotak BeautyOat ni mempunya 18 sachets. Senang je nak minum ni..hanya bancuhkan 1 sachet dengan air suam (180ml) dan minum sebelum tidur setiap hari. Bangun tidur mesti boleh feeling-feeling sleeping beauty gitu..hehe. Make sure jangan bancuh dengan air panas tau..hanya air suam sahaja.


Saya bukan promote je tau malah saya juga cuba sendiri BeautyOat ni. Selepas mencuba sendiri hampir 2 minggu, memang nampak hasilnya. Paling ketara kulit saya nampak lembap je...tak payah pakai losen pun tak per..hehe. Saya ni spesis kurang minum so kadang-kadang kulit memang nampak kering. Lagi satu, saya ni tak suka oat sebenarnya. Tapi bila minum ni...eh boleh telan la pulak kan...walaupun kurang manis, tapi rasa BeautyOat ni memang sedap! Nasib baik kena minum 1 sachet je setiap hari, kalau tak..harus minum berpaket-paket sehari pasal sedap! Minum secawan pun dah rasa kenyang. Tak payah dinner pun tak per. Dulu saya selalu kena sembelit..sekarang ni dah normal boleh 'membuang' setiap hari..hehe. BeautyOat ni selamat untuk diminum setiap hari sebab kandungan di dalamnya semuanya berasaskan bahan-bahan semulajadi. Halal dan telah diiktiraf selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bila kulit dah feeling-feeling cantik tu, mulalah keluar rumah malas nak pakai makeup kan?


Nah sekeping lagi gambar tak pakai makeup. Mr Kudud pun suruh sambung beli BeautyOat ni pasal dia cakap kulit saya dah makin cantik. Siap nak sponsor lagi tiap-tiap bulan...Kalau dah suami sendiri puji...haruslah kembang semangkuk kan....hikhik


Harga : RM 79.00 (WM) RM 89.00 (EM)
1 Kotak = 18 Sachet/30gm

Eh..dah cerita panjang-panjang, mesti korang nak tau macam mana nak order BeautyOat ni? Ada banyak cara boleh order. Mula-mula korang boleh like dulu Facebook Page BeautyOat ni.


Instagram & Twitter :
@BeautyOatOfficial

Email :
babeskin365@gmail.com

Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi mereka terus dengan cara Whatsapp ataupun Wechat.
012-2444014 (Nurul)
012-2444041 (Jane)





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...