Jun 17, 2015

REVIEW : Syampu & Perapi Anti Gugur Rambut BAWANG






Assalamualaikum & Hello.

Hampir 2 minggu tak bersiaran ek? Sorry la..lately saya busy sikit. Kalau saya update tiap-tiap hari tu maknanya saya memang free ataupun bosan tahap gaban..haha. Eh...dah lama tak buat review kan? Selalu asyik review makeup je...harini kita review pasal syampu pulak. Rambut pun penting aper....nama pun mahkota wanita. Kenalah cari produk yang sesuai dengan rambut kita. Barulah cantik menawan macam rambut artis. Jangan ingat pakai tudung, kita tak perlu jaga rambut. Haippp...salah tu!!

Terima kasih Hishop kerana memberi peluang kepada saya untuk review syampu Bawang ni. Apa?? Tak pernah dengar?? Mesti korang pernah nampak syampu yang ada muka Jackie Chan tu kat farmasi mana-mana. Haa..itulah dia!! Dengar nama Bawang ni jangan ingat syampu ni bau bawang pulak. Wangi tau. Saya diminta untuk review Anti-Hair Fall Shampoo ni. Memang sesuai sangat dengan saya. Rambut asyik gugur jer. Nasib baik tak botak lagi...hehe. 

Bila kita pakai tudung ni...nak pulak kalau cuaca panas, mesti berpeluh-peluh kulit kepala. Pakai pulak seharian. Mesti banyak bakteria yang melekat pada kulit kepala yang berminyak tu. Itu antara penyebab rambut gugur tau. Kadang-kadang pencemaran, stress dan penggunaan produk rambut yang yang tidak sesuai pun antara faktor rambut gugur.


Kalau korang ada masalah rambut gugur ni, apa kata cuba Syampu Bawang ni. Saya dah cuba beberapa kali dan hasilnya memang baik. Bila sikat rambut tu, rambut gugur makin kurang. Paling best masa cuci rambut, rasa sejuk je kulit kepala. Jangan pandang pada rupa dan nama syampu ni sahaja. Power tau syampu ni!! Ianya dirumus khas dengan ekstrak herba cina untuk menjadikan kulit kepala lebih sihat, mengurangkan penghasilan minyak berlebihan, menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut putus lalu menjadikannya lebih sihat dan kuat. Tapi jangan la pakai sekali dua jer, mestilah kena pakai berterusan barulah nampak hasilnya. 

Apa bahan utama syampu ini?

DAUN ARBOVITAE CINA
Membantu memperbaiki keadaan kulit kepala lalu mengurangkan keguguran rambut

GINSENG
Menyuburkan akar rambut

HALIA
Menyeimbangkan penghasilan minyak di kulit kepala dan mengurangkan keguguran rambut


Syampu ni halal ker? Jangan risau kawan-kawan. Syampu ini telah disahkan halal oleh Halal Food Council International. Boleh digunakan tanpa was-was.


Pek ini didatangkan dengan perapi sekali. Jimat belanja. Tak payah beli asing-asing. Perapi ni pun penting jugak. Ianya berfungsi untuk melegakan kulit kepala dengan lembut, menguatkan folikel rambut dan menguatkan akar rambut.  Lagi satu syampu dan perapi  ni unisex use. Maknanya lelaki dan perempuan boleh guna. Kalau suami dan isteri ada masalah serupa, lagi jimat. Boleh share berdua.


Kenapa saya kata syampu ni jimat? Ianya pekat, tak perlu nak picit banyak-banyak kat tangan tu. Syampu ini selamat digunakan selalu. Ye la..kadang-kadang rambut rasa tak selesa bila seharian pakai tudung kan. Mesti gatal tangan je nak cuci rambut. Dengan syampu ni, korang tak perlu risau. Janji ikut langkah-langkah betul yang saya akan ajarkan di bawah ini. Barulah dapat hasil yang tip-top!

LANGKAH 1 - BERSIHKAN
1) Basahkan rambut
2) Tuangkan syampu Bawang pada rambut yang basah
3) Urutkan syampu pada kulit kepala dan rambut selama 3-5 minit
4) Cuci rambut dengan air suam

LANGKAH 2 - LEMBAPKAN & SUBURKAN
1) Selepas dicuci dengan syampu, tuangkan perapi Bawang dan sapukan pada rambut
2) Pastikan urut rambut dan kulit kepala selama 2-3 minit
3) Bilaskan dengan air suam sehingga bersih

P/S : untuk hasil yang optimum, korang disarankan supaya tidak menggunakan produk lain semasa menggunakan syampu ni.

BAHAN UTAMA SYAMPU :
Water, Polyocyetheylene Lauryl Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Cocamide Mea, Angelica Sinensis (Oliv.) Diels Extract, Panax Notoginseng F.H Chen Extract, Eclipta Prasta L. Extract, Panthenol, Panax Ginseng C.A. Mey. Extract, Polygonum Multiflorum Thunb. Extract, Ginger Tincture, Sesamum Indicum L. Extract, Platycladus Orientalis (L.) Franco Extract/

BAHAN UTAMA PERAPI :
Water, Paraffinum Liquidum. Propylene Glycol, Angelica Sinensis (Oliv.) Diels Extract, Panax Notoginseng F.H Chen Extract, Panthenol, Panax Ginseng C.A.Mey Extract, Polygonum Multiflorum Thunb. Extract, Ginger Tincture, Platycladus Orientalis (L.) Franco Extract



DI DALAM PEK INI:
200ml Syampu Anti Gugur Rambut + 80g Perapi Anti Gugur Rambut.

HARGA : 
RM 49.90

Kat mana nak dapatkan syampu ni? Tak payah susah-susah nak cari kat kedai. Hishop kat ada! Ada banyak produk kecantikan kat website ni. Boleh rambang mata dibuatnya. Yang penting boleh order barang di hujung jari jer. Mudah kan?

Saya kasi link terus untuk order syampu ni:
http://www.hishop.my

Korang juga boleh follow Instagram & Twitter Hishop untuk produk terbaru dan maklumat lanjut :
INSTAGRAM : @hishopmy
TWITTER : @hishopmy


Thank you Hishop !!!


Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

9 comments:

dear anies said...

wangi x liza?

Unknown said...

huhuhu.

tengok tekstur shampoo nampak mcm berkesan.

E'in said...

boleh cube nie shampoo nie.. sbb rambut ein pnjg then makin byk plak yg gugur.. huhu

Unknown said...

boleh pakai untuk masalah uban tak

Unknown said...

boleh pakai untuk masalah uban tak

Unknown said...

Maaf nk nanye...klau rmbut yg byk gugur tu leh lebat semula kah seperti sediakala jika mengamalkan syampoo bawang ni ?

Unknown said...

Were in Kaula Lumpur can I find this shampoo please?

Unknown said...

memcari2 review sal shampoo ni, btw tq akk:)

Unknown said...

Dun wori.. Rambut saya sebelah depan hingga ke tengah telah hampir botak. Alhamdulillah.. dalam 2 bulan saya guna syampu ni, anak saya perasan yang rambut saya semakin lebat. Bila saya pontong pendek.. tak perasan pulak sememangnya rambt saya dah mula lebat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...