Dec 31, 2011

Goodbye 2011..Hello 2012

End Of 2011.New Year's Eve.


You can become blind by seeing each day as a similar one. Each day is a different one, each day brings a miracle of its own. It's just a matter of paying attention to this miracle.
Paulo Coelho


Tahun 2011 lagi beberapa jam akan berakhir.Apa pendapat korang tentang 2011??Bagi saya tahun 2011 sangat bermakna pada saya.Tahun ni merupakan tahun paling style dalam sejarah hidup saya.Kebanyakkan wishlist saya dapat dipenuhi tahun ni.Alhamdulillah.


Paling best sebab finally saya berjaya bukak online blogshop saya sendiri, Pypy Lamb Studio.Idea ni dah lama, cuma sebelum ni agak tak yakin dan tak de masa untuk direalisasikan.Terima kasih buat suami saya, Mr Kudud dan famili yang banyak sokong saya dari belakang.Baru 6 bulan beroperasi dengan hanya menjual pre-loved clothing, sekarang dah boleh join bazaar secara kecil-kecilan.Tak lupa jugak buat kawan-kawan saya yang selalu teman saya di bazaar.Korang memang the best !!


Saya minat sangat photography.Sampai suka beli magazine photography dan membelek gambar-gambar photography dalam DevianArt.Berangan sangat nak pakai DSLR.Akhirnya dapat jugak DSLR pertama saya Canon 500D dengan bantuan mak.Terima kasih mak !! Mak dan abah saya sangat sporting.Penyokong kuat saya dari belakang.Apa yang saya minat mesti diorang sokong.Especially bisnes & photography.Tapi DSLR idaman saya sudah tentulah Canon 60D dan akhirnya saya dapat jugak 2 minggu lepas.Hadiah dari suami saya sempena wedding anniversary dan birthday saya tahun hadapan 
( Tak boleh claim hadiah dah lepas ni..huhu )


Tahun ni jugak saya berjaya dapatkan smartphone idaman saya, Iphone !!.Walaupon outdated gile...tapi ada aku kisah..haha.Guna duit sendiri memang kedekut nak beli mahal-mahal.Janji boleh tweet-tweet selalu..


Kalau ada yang follow saya dari tahun lepas, mesti tau yang saya ni gila fashion !! Walaupon kadang-kadang saya pon tak faham konsep apa laa yang saya pakai, tapi ada jugak hamba Allah yang suka dan appreciate sense of fashion saya mengarut ni.Featured in La Mode Outre & MSN.COM.



Yang ni tak termasuk dalam wishlist pon.Tapi saya happy sangat dapat ahli baru dalam family The Kudud's.Kucing kampung yang comel, Cooter.Dulu datang depan rumah, kurus gile.Kesian tengok.Tak plan pon nak bela.Tapi sekarang jadi kesayangan semua orang dalam rumah..hehe


Sekarang ni saya tengah mengumpul wishlist untuk tahun hadapan.Korang pulak macam mana? Mari share sama-sama.Semoga tahun hadapan menjanjikan kejayaan yang terbaik untuk kita.Insya Allah..


Till Next Time,

LIZA RAZAK



Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Konsert Fenomena 30 Tahun Search.Mines Convention Centre.17th December 2011

I'm always making a comeback but nobody ever tells me where I've been
Billie Holiday


Rasanya ramai yang tengok konsert Fenomena Search ni.Sama la dengan saya dan kawan-kawan.Dah bertahun miss tengok konsert Search.Asal nak tengok je, mesti cancel last minit.Kali ni dapat jugak tengok.Dapat tiket free pulak tuh.Kalau nak beli sendiri, 69 hengget tuh !!


Punya sesak nak pergi ke Mines Convention Centre .Jalan jam gile.Kitorang pergi 2 kereta,8 orang semuanya.Excited habis nak tengok Amy Search perform.Kate fanatik!! Dress up habis rockers !! Dah laa nak pergi pon jam, cari parking tak yah cakap la.Orang sampai parking tepi-tepi jalan.Senak perut cari parking.Dah la lewat sampai.Sabar je laa..


Sampai je kat entrance...teruja gile.Sebab apa? Sebab dapat t-shirt free...malangnya tak sempat nak tukar t-shirt terus masa tuh.Konsert dah start !!


Serious kalau ada konsert Search lagi...saya akan tengok lagi.Worth it !! Suara Amy Search memang superb..rasa nak nangis pon ada sebab semua lagu favourite saya seperti Fantasia Bulan Madu, Isi dan Kulit, Pawana, Isabella ada malam tuh.Fans dari remaja sampailah umur sebaya abah saya pon ada.Sporting gile pakcik-pakcik & makcik-makcik layan konsert.Wa caya sama lu!!


Apa pon thank you Pei Yee sebab kasi tiket free kat kitorang.Jasamu dikenang.Kalau ada tiket free lagi,jangan lupa kitorang ek.Saya suka tiket free !!


Sapa kat sini peminat Search ?? Sila angkat tangan macam saya \ 0 /



From Puchong With Love,

LIZA RAZAK



Dec 30, 2011

Pizza Berbentuk Kon Ais Krim..Super Cool !!

Cone Pizza, One Utama.29th December 2011

When you want something, all the universe conspires in helping you to achieve it.
Paulo Coelho



Rasanya dah berkurun lamanya saya tak update blog.Hampir sebulan kot.Ada banyak story saya nak cerita dalam blog.Tapi kena slowly update.Sebab banyak sangat.Nak tau kenapa saya dah hampir sebulan tak update blog? Haa...pasal sibuk sangat dengan bazaar dan holiday dengan family...hehe.Sampai blog pon dah berhabuk.


Semalam saya dan kawan-kawan menghadiri majlis Opening Conepizza di One Utama.Pernah dengar Conepizza? Honestly saya pon tak pernah dengar sebelum ni sehingga saya rasa sendiri Conepizza semalam.Conepizza ni berbentuk macam kon ais krim tapi topping dalam kon ni macam topping pizza.Ada pelbagai jenis topping.Ada meat mania,pepperoni dan macam-macam lagi.Serious kena cuba.Sebab sangat sedap!


Comel kan packaging Conepizza ni??


Selain dari makan dah tentu la ada camwhoring kan.Memang tak de keje betul kitorang ni kan??



Sapa owner Conepizza ni? Mereka adalah partner bazaar saya...Botak & Myra.Kalau sesiapa yang selalu baca entry bazaar saya mesti selalu tengok diorang dalam gambar-gambar saya.Bangga betul ada kawan yang berjaya macam Botak & Myra.Ambitious !!



Good luck For Botak & Myra.So Proud For Both Of You !!


Kalau sesiapa nak mencuba Conepizza ni, kiosk terletak di Lower Ground,Old Wing.Berdekatan dengan KFC.For more info, boleh click link di bawah :



Till next time dearies !!



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK




Dec 18, 2011

Join Us @ Big Fest, Raise Your Voice !

Join Us, Pypy Lamb Studio, Classy Hawa & other vendors at Goldilocks Bazaar ( 17th December 2011, Ecoba Damansara Perdana ) in conjuction of Big Fest Raise Your Voice by Malaysian Aids Foundation..There will be bazaars & Fashion Show Too.Raise Your Voice !!

Dec 14, 2011

Pypy.Lamb Studio & Classy Hawa at # ESG Jazz Festival

ESG Jazz Festival, Empire Shopping Gallery. 3-4 Dec 2011. Pypy Lamb Studio + Classy Hawa

When you want something, all the universe conspires in helping you to achieve it.
Paulo Coelho



Kali ni saya update gambar-gambar kitorang masa berniaga di ESG Jazz Festival.Layankan gambar-gambar yang tak senonoh ni :P















From Puchong With Love,
LIZA RAZAK




ads by Pypy Lamb Studio
New Campaign Available ! CLICK HERE

Dec 9, 2011

Atilia @ ESG Jazz Festival

 ESG Jazz Festival.3rd Disember 2011

“If you copy, it means you're working without any real feeling. No two people on earth are alike, and it's got to be that way in music or it isn't music.”
Billie Holiday





Weekend lepas saya dan kawan-kawan berniaga di Bijou Bazaar sempena dengan ESG Jazz Festival,Empire Shopping Gallery Subang.Seronok berniaga kat sana sebab crowd kat sana memang superb!! Paling best sebab bila boring boleh jalan-jalan kat Empire Gallery.Nak pulak banyak sale kat sana...hehe.Butik-butik kat Empire memang best sebab ada favourite saya La Senza, Peacocks, Cotton On & Tangs.Kalau nak makan pulak, ade whisk, sebab ada macarons dan red velvet yang sangat sedap !

Satu perkara yang menarik tentang tentang bazaar ni, sebab ada konsert mini jazz.Hari Jumaat ada Salamiah Hassan.Dan Sabtu pulak ada Atilia, anak Salamiah Hassan.Petang tuh kitorang berniaga sakan, malam pulak sambil berniaga, sambil curi-curi tengok Atilia perform kat stage.Actually, ini first time saya tengok Atilia perform.Saya minat gila jazz so bila ada peluang tengok konsert free macam ni memang tak boleh dilepaskan.


Suasana malam tuh sangat cozy & romantik...selain dari saya dan Mr Kudud, kawan-kawan Mr Kudud pon ada jugak.Suara Atilia memang superb sangat.Very entertaining.Kitorang sanggup lari kejap dari booth semata-mata nak tengok sendiri Atilia perform sebab petang tuh masa Atilia sound check,semua kagum gila dengar suara Atilia.Too bad saya tak boleh jumpa dan bergambar dengan Atilia.Jatuh cinta habis dengan suara beliau.Paling best,semua crowd yang menonton konsert malam tuh sangat sporting.Hopefully ada event macam ni la tahun depan.Confirm saya akan datang lagi..hehe.


Nanti saya upload gambar-gambar kitorang masa kat Bijou Bazaar ;p



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK



ads by Pypy Lamb Studio
new campaign available! CLICK HERE

Pypy Lamb Studio.Campaign 9.Vintage Galore

Everything that happens once can never happen again. But everything that happens twice will surely happen a third time.
Paulo Coelho



Dah lama rasanya saya tak update blogshop Pypy Lamb Studio.Kali ni saya update dengan konsep Vintage Galore.Semuanya pre-loved stock dan banyak dress polka dots yang comel-comel.Kalau berminat silalah berkunjung ke blogshop saya :





P/S : Minggu depan 17 Dec, Pypy Lamb Studio & Classy Hawa akan berada di Goldilocks Bazaar sempena dengan THE BIG FEST: RAISE YOUR VOICE benefiting The Malaysian AIDS Foundation.Bertempat di Ecoba ,PJ Trade Centre.Jom serbu beramai-ramai !!


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK





Dec 8, 2011

Mr Kudud Sudah Punya Kekasih Baru

SOOQ Bazaar.Rasta TTDI. 27th November 2010


Be brave. Take risks. Nothing can substitute experience.
Paulo Coelho






Sedih dan pilu apabila melihat gambar ini.Suamiku sudah punya kekasih baru.Hensem pulak tuh.Mana tak tensionnye kalau tengok diorang makan bersuap-suap macam ni..Sob sob sob..sedih la



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK




ads by Pypy Lamb Studio
new campaign available !! CLICK HERE 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...