Feb 22, 2011

Product Review - Chanel White Essential Base

 Assalamulaikum....

Hari ini saya nak review tentang beauty product yang saya guna untuk muka..Chanel White Essential Base.Actually sebelum ni kalau saya pakai mekap selalunya saya akan pakai moisturizer dulu lepas tuh baru saya guna foundation.Tapi sekarang lebih mudah..kalau untuk casual outing,saya akan guna base ni dulu lepas tu terus sapu compact powder untuk kesan natural.


Review yang saya buat ni bukannya nak kata produk terbaik untuk semua orang.Mungkin kulit muka anda semua berbeza dengan saya..tapi so far saya pakai memang best dan mudah.Seperti saya maklumkan tadi...sebelum ni saya pakai foundation kalau keluar outing mana-mana.Memang nampak tak natural lepas tuh agak over laa..sampai ada yang menegur...hehe

So last year saya beli compact powder kat kaunter Chanel Metrojaya The Curve (promoter Chanel kat situ sangat baik dan helpful).Masa tuh saya tanya pendapat promoter kat situ apa produk yang saya boleh guna selain foundation untuk kesan yang sama tetapi tekstur lebih ringan,flawless dan natural.Promoter tuh (Nama dia Hidayah) suggest kan base ni kat saya..mula-mula fikir macam tak perlu je...sebab foundation saya still ada.Tapi hidayah kasi saya cuba..ermm...muka memang nampak flawless..tak tau laa kan sebab lighting ke apa time tuh..haha.Tapi selesa sangat guna..

Kalau tak disebabkan kesan base ni yang best gila..memang tak kuasa laa nak membeli bila memikirkan harga dia.Tapi Hidayah cakap..memang nampak mahal gila time mula beli..tapi tahan lama..Memang betul cakap Hidayah..tahan lama.Dah 6 bulan saya pakai almost everyday kadang-kadang..still berat lagi botol base ni..hehe

Ini description dari www.chanel.com

The WHITENING MODELING EFFECT BASE ensures long-lasting, stay-put makeup and allows for easier foundation application.Developed especially for Asian skin, the lightweight, imperceptible texture restores the natural luminosity of the complexion.

The foundation base is now available in three corrective shades: Azur to lighten the complexion with a translucent finish, Mimosa to add a touch of radiance to the complexion and Rosée to revive pale and tired complexions.

Liquorice Root Extract and powerful suncreens (SPF 30 / PA+++) prevent dark spots to appear.

Selain dari flawless...base ni mudah untuk dipakai pada muka..first time pakai dah boleh nampak beza.Muka anda akan nampak cerah sikit..boleh jugak dipakai sebelum anda sapu foundation..lagi kelass!! Paling baik kalau anda pakai waktu siang sebab product ni ada SPF 30...Once saya dah start pakai..foundation saya tuh memang dah berhabuk dah pon..jarang pakai kecuali kalau ada majlis atau night outing yang special sikit..hehe.Paling best bila ada kawan tegur..asal muka licin satu macam je..hehe

Gambar di bawah..sebelum dan selepas memakai White Essential Base.Abaikan muka yang macam tak mandi tuh..:)
.

Kalau anda first time beli..saya cadangkan anda cuba dulu kat kaunter Chanel..mintak promoter pakaikan pada muka..biar puas hati dulu baru decide nak beli..Selamat Mencuba!!!

1 comments:

Anonymous said...

Hey you went to the Chanel counter at Metrojaya (The Curve) kan? Yes the promoter nama dia Hidayah, very helpful. I think dia memang bagus represent barang Chanel, I went to buy perfume and she explain habis about what to use, when and sesuai utk what occasion. She's also soooo beautiful.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...