"Give a girl the right shoes, and she can conquer the world."
Marilyn Monroe
Kepada sesiapa yang gilakan boots dan gaya yang ranggi ala-ala rock n roll sudah tentunya akan gilakan Dr Martens. Saya salah seorang daripadanya. Dah lama berkenan nak beli sepasang boots Dr Martens tapi selalunya akan berfikir 100 kali sebelum membeli sebab kena fikir sama ada praktikal atau tidak. Bila dah lama buat research tentang gaya yang sesuai dengan boots Dr Martens ni barulah saya mengambil keputusan untuk membeli. Saya sangat berkenan dengan design Vintage 1461 3-Eyelet ni sebab praktikal untuk dipakai bersama dengan skinny pants saya yang banyak gila dalam almari tu.
Kali ni saya nak bagi tips serba sedikit untuk sesiapa yang bercadang untuk membeli boots Dr Martens ni. Kena pilih betul-betul sebelum membeli sebab sepasang boots Dr Martens ni memang agak mahal. Kalau salah beli kan rugi..
1. Sebaik-baiknya sebelum decide untuk membeli, kena at least study sikit dengan design Dr Martens ni. Paling senang google je kat
www.drmartens.com
2. Decide collection mana yang disukai, contohnya seperti originals, heel, refined, casual, rugged, atau re-invented.
3. Kemudian kena pastikan korang suka jenis biasa seperti saya ataupun hi-cut. Saya lebih sukakan design low-cut sebab sesuai dengan gaya saya yang berhijab. Tapi kalau korang suka gaya yang experimental, boleh juga cuba hi-cut
4. Kalau korang mementingkan material boots korang, lebih baik pastikan dahulu sebelum membeli, contohnya seperti saya, dah alang-alang beli mahal baik beli boots material leather. Senang dijaga, dan tahan lama. Ada boots yang diperbuat dari canvas dan suede. Tapi yang bestnye tentang boots leather Dr Martens ni, ianya tahan lama, kalis minyak dan kalis air.
5. Bila dah korang dah decide nak membeli, kalau boleh bawa stokin sekali supaya korang tak akan salah pilih saiz di kedai nanti. Kadang-kadang bila cuba, saiz macam dah ngam, sekali bila pakai dengan stokin bila keluar jalan-jalan, ketat sangat pulak. Janganlah berharap kasut boots korang akan makin longgar bila dah lama pakai ya. Leather memang susah nak stretch. Bila dah cuba dengan stokin, sila berjalan 7-8 tapak dalam kedai tu. Bila rasa ok, barulah beli.
Tentang gaya yang sesuai pulak, itu sebenarnya terletak kepada kreativiti masing-masing. Kenapa saya pilih warna maroon ni? Sebab warna boots ni padan dengan kebanyakkan skinny pants saya. Kalau nak kreatif lagi, korang boleh padankan dengan stokin bercorak unik seperti tribal ataupun colour-blocking.
Bila dah beli boots Dr Martens ni korang boleh share gaya tersendiri korang memakai boots Dr Martens di
Dr Martens Airwair Malaysia
Facebook Official Dr Martens
Instagram
Mudah saja. cuma letakkan hashtag #FIRSTANDFOREVER pada caption gambar Instagram korang
Korang juga boleh tengok pelbagai jenis gaya dari penggemar Dr Martens seluruh dunia bagaimana nak menggayakan boots Dr Martens di ketiga-tiga link di atas. Tiap-tiap hari saya akan tengok untuk mendapatkan inspirasi untuk bergaya dengan Dr Martens ni. Bayangkan dengan hanya sepasang boots, korang boleh mencipta beribu-ribu gaya yang unik dan versatile :)
Love,
LIZA RAZAK