Mar 27, 2013

Rahsia Mekap Saya


Ada orang bertanya apa produk mekap yang saya pakai sebab muka saya nampak dewy dan flawless. Sebenarnya muka saya tak flawless pun. Semuanya trick mekap dan produk yang saya pakai sahaja. So harini saya nak share produk apa yang saya pakai. Sebenarnya ada banyak lagi tapi saya share produk yang wajib saya pakai kalau bermekap. Semua ni saya beli sikit demi sedikit..kadang-kadang untung dapat sponsor dari Mr Kudud kalau dia baik hati..hehe. Mana-mana produk di bawah ni yang korang nak saya review lebih detail., boleh komen kat entry ni yer..


PICTURE 1
{  Chanel Mat Lumiere Luminous Matte SPF 10cPowder Makeup in 60 Secret | Chanel White Essentiel Whitening Modeling Effect Base in 10 Rosee | Chanel Perfection Lumiere Long-Wear Flawless Fluid Makeup in 30 Beige }

PICTURE 2
{ Urban Decay Naked 2 Eye Shadow Palette }


PICTURE 3
 { Laura Mercier Kohl Eye Pencil in Black Violet | Chanel Rouge Allure in 74 Comedia }

PICTURE 4
{ Sephora Matte Bronzing Powder in Medium | Sephora Concealer Palette }


PICTURE 5
{ M.A.C Mineralize Skin Hydrating Mist Charged Water }

PICTURE 6
Benefit Sugarlicious Lip & Cheek Kit : 
{ Benetint Rose-Tinted Lip & Cheek Stain | High Beam Luminescent Complexion Enhancer | Sugarbomb "Sugar Rush Flush" Face Powder | Ultra Plush Sugarbomb Lip Gloss }

Saya suka mekap yang nampak dewy dan natural. Skill mekap tak berapa pandai lagi. Ada banyak lagi yang saya perlu belajar...hehe. So inilah hasilnya (gambar tak diedit) :)





Love,
LIZA RAZAK





Mar 8, 2013

Stellar Anniversary Party

{ Red Bungalow, KLCC . 2 Mac 2013 )


Ini sahaja gambar-gambar yang saya sempat snap masa di Stellar Anniversary Party Sabtu lepas..kami terus ke sini selepas menghadiri Media & Blogger Get Together event di Rasta TTDI. Tapi malangnya kami tak dapat lama sebab rushing nak ke hospital melawat saudara yang sakit. Saya suka betul konsep bazaar yang vintage macam ni...crowd yang datang pun sangat stylo dan boleh dijadikan inspirasi. Anyway...enjoy the pictures ! :)



Love,
LIZA RAZAK




Mar 7, 2013

Makeup Review : Elianto Eye Primer


APA KATA ELIANTO :
"The lightweight cream that provides thin and even surface to prefectionise eyeshadow application. The optimize balance of emollient oil and waxes create superb smooth blending. Apply thin layers of cream onto eyelid and blend evenly"


MATA SAYA :
Mata saya ni jenis sensitif sikit. Kelopak mata selalu berminyak dan mata cepat berair.


APA KATA SAYA :
Sebelum saya tak pernah ambil kisah pun pasal eye primer ni. Main tenyeh je eye shadow kat mata. Setakat ni saya hanya pakai eye shadow Loreal je. Sebab jenama lain mesti tak lekat sangat warna tu kat mata. Sampai la saya ada terbaca review kat satu blog ni pasal kegunaan eye primer ni. Oooo...barulah tau kegunaan eye primer ni yang sebenarnya. Eye primer ni gunanya untuk membuatkan warna eye shadow tahan lebih lama dan pigmented. Bila nak beli, terus pening nak start dengan jenama apa dulu. Ramai cakap Urban Decay punya bagus tapi alamak...mahal la pulak. Mr Kudud cakap saya first time guna eye primer. Apa kata cuba yang murah dulu. Nanti kalau mata dah sesuai barulah cuba brand Urban Decay. Baiklah tuan penasihat...saya ikut cadangan tuan ! (sejak-menjak ni Mr Kudud memang rajin sangat ambil tau pasal mekap saya ni..lepas tu rajin bawak saya shopping mekap kat sephora..tima kacih tuan..hehe) Berbalik kepada topik eye primer...saya pun google la review pasal eye primer...saya google pasal Elianto, so far review yang saya baca sangat meyakinkan..makanya saya pun ajak Mr Kudud pergi Elianto IOI Mall.


Bila dah beli mulalah nak bertesting-bagai. First impression sangat baik. Bekas eye primer kecil je tapi praktikal..sesuai untuk dibawa travel. Tekstur agak creamy (bukan liquid base yer) dan senang disapu pada mata. Saya tanya salesgirl Elianto tu ada banyak shades ke untuk eye primer ni? Dia cakap ada satu je dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bila pakai dengan eye shadow kebiasaan saya...wow..warna very pigmented! Memang senang nak blend eye shadow pada mata. Tapi ada satu je kekurangan eye primer ni. Bila saya pakai lebih kurang 4-5 jam, eye shadow saya dah berbelak-belak. Mungkin sebab kelopak mata saya ni jenis berminyak dan jenis creamy ni tak sesuai untuk mata saya. Tapi overall untuk harga RM 20++ agak berbaloi untuk dicuba sebagai permulaan. Mungkin lepas habis guna eye primer ni...saya akan cari jenis liquid base pulak.


Pro's :
1. Tekstur cream - Sapuan licin pada mata
2. Harga mampu milik - Hanya dalam RM 20.00 - RM 26.00 satu
3. Agak tahan lama - Untuk kelopak mata berminyak macam saya ni, tahan lebih kurang 4-5 jam dalam cuaca panas
4. Warna eyeshadow lebih jelas dan terang

Con's
1. Tidak sesuai untuk kelopak mata jenis berminyak
2. Sapuan menggunakan tangan (no brush) - aishh...malas betul nak kena lap tangan dengan wet wipes lepas guna


Harga retail Elianto Eye Primer : 
RM 20 ++ 



Rating : 2/5
Repurchase ? NO ! ( Tapi since saya dah terbeli, saya akan pakai sampai habis :) )





Love,
LIZA RAZAK




Media & Bloggers Get Together at #TheLabelsBazaar

Rasta TTDI . 2 Mac 2013


Sorry saya lambat sikit update pasal Media & Blogger Get-Together yang berlangsung di #TheLabelsBazaar, Rasta TTDI weekend lepas. Baru je baik daripada demam panas. Back to my story, saya telah dijemput oleh Diyana, founder The Labels untuk menjadi blogger jemputan bersama dengan blogger dan vendor lain. Selain dari kami (vendor dan blogger), ada NGO yang terlibat sama untuk mengumpul dana untuk Tabung Gaza iaitu "Let's Put a Smile On Their Faces". Saya sampai agak lewat sedikit haritu, nasib baik majlis belum bermula lagi. Yang pasti saya nampak Norish Karman dan blogger Syafiqah Hashim (http://syafiqahhashimxoxo.blogspot.com) ada sekali. Kebetulan Diyana ada minta saya ajak blogger lain sekali. Terus teringat nak ajak Pika yang kebetulan tinggal di Kota Damansara. Thank you Pika for supporting ! Kami semua sempat beramah mesra dan camwhoring beramai-ramai. Sempat jugak saya bergambar dengan Norish Karman. Cantik betul Norish Karman ni! Dia pun ada buka booth di sana. Selain itu saya sempat jumpa dengan kawan saya Mediha yang saya kenal dari event Sunsilk tahun lepas. Dia merupakan founder Medeaz  ..online shop yang menjual custom made shawl dan maxi skirt. Apa pun The Labels Bazaar ni memang happening. Rugi pada sesiapa yang tak datang..sebab vendor semuanya best !

The Labels ni bukan semata-mata organize event je tau. Mereka baru je launch The Labels Ready To Wear yang akan dijual di website official The Labels tak lama lagi. Untuk mengetahui update terbaru mengenai event ataupun collection baru The Labels Ready To Wear korang boleh like Facebook Fanpage The Labels.( https://www.facebook.com/thelabels.net ) Anyway thank you Diyana kerana menjemput saya...kalau ada next event jangan lupa jemput saya lagi.  Saya pasti akan support ! :)



Love,
LIZA RAZAK





Mar 6, 2013

WW : Kuasa Mekap

{ WORDLESS WEDNESDAY }


BEFORE


AFTER


FOLLOW ME ON INSTAGRAM
PYPYLAMB




Love,
LIZA RAZAK


Mar 4, 2013

My Weekend In Instagram #21

{ 2 Mac 2012 }

Rasta TTDI
Media & Blogger Get-Together at #TheLabelsBazaar


Weekend lepas antara weekend yang paling letih dan busy sekali saya rasa. Bermula dari pukul 11 pagi, saya dan Mr Kudud dah keluar rumah. Destinasi pertama kami adalah di Rasta TTDI kerana memenuhi jemputan dari The Labels Bazaar untuk majlis Media & Blogger Get-Together. Seronok sangat sebab dapat jumpa Norish Karman in person dan blogger Pika sekali. Kerja kitorang camwhoring je..hehe. Terima kasih kepada founder The Labels, Diyana kerana menjemput saya..cerita dan gambar dari DSLR saya akan upload untuk next entry ya

 Red Bungalow KLCC
Stellar Anniversary Party


Kemudian kami ke KL pulak. Ada Stellar Anniversary Party di Red Bungalow berhampiran dengan KLCC. Ada macam-macam di sana, jualan makanan, pakaian, hasil seni dan pelbagai lagi.Malangnya kami tak lama di sana kerana kami terpaksa bergegas ke Hospital Sungai Buloh pulak melawat saudara Mr Kudud yang sakit.

Hospital Sungai Buloh
Dataran Sunway Driving Range
Kota Damansara


Kami agak lama jugak berada di hospital sebab kena tunggu giliran untuk masuk melawat. Pelawat hanya dibenarkan masuk 2 orang sahaja. Selain dari saya dan Mr Kudud, ramai lagi sanak saudara yang datang melawat Shasha. Semoga Shasha sempat sembuh ya. Dalam letih-letih tu, sempat pulak Mr Kudud ajak saya teman dia ke Driving Range di Kota Damansara. Nak praktis pukul bola golf katanya..hehe. Ingat kan terus balik, rupa-rupanya Mr Kudud ajak melepak rumah BFF kitorang pulak sebab rumah diorang berdekatan je. Boleh tengok baby Iris kata Mr Kudud. Kitorang melepak sampai la pukul 1 pagi. Memang penat gila haritu !

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 { 3 Mac 2012 }

Paradigm Mall ( San Francisco Coffee + Uniqlo )


Ahad pulak hari berehat. Tapi sampai petang je. Malam tu kami keluar beli barang dapur di Paradigm Mall. Sebab di situ ada Tesco dan butik-butik favourite saya. Tak pasal-pasal shopping checkered pants kat Uniqlo. Macam mana saya tak beli kalau harga seluar tu RM 29.90. Murah gila kan ? Habis shopping barang dapur di Tesco, kami melepak dengan kawan kat San Francisco Coffee. Lepas tu sambung pulak berborak dekat mamak sampai la pukul 12 malam. Haa..hamik  ko 2 malam berturut-turut balik lewat !!hehe


FOLLOW ME ON INSTAGRAM
PYPYLAMB



Love,
LIZA RAZAK




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...