May 19, 2014

Koleksi Shawl Untuk Hijabista



Assalamualaikum & Hello.

Raya dah nak dekat kan? Mesti ramai yang sibuk buat persiapan awal baju raya kan? Kalau orang perempuan ni, jangankan baju raya, kasut dan tudung pun nak beli khas untuk raya jugak kan? Sekarang ni kan trend shopping online. Tak payah susah-susah pergi ke butik ataupun shopping complex. Semuanya di hujung jari je kan?


Bagi korang yang gilakan shawl yang trendy dan pelbagai gaya, saya nak rekemen tempat shopping yang best ni. Saya pun antara ribuan pelanggan setia mereka. Mesti ramai yang dah tahu tentang Zalora kan? Zalora ni merupakan antara gedung shopping online terbesar di Asia Tenggara. Saya ni pernah tiap-tiap minggu obses shopping online di Zalora ni. Best sebab ada macam-macam brand ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Tak payah saya nak susah payah pergi ke shopping mall untuk shopping. Pilih-pilih je kat ipad tu. Kemudian buat payment. Lepas 1-2 hari dah sampai. Memang boleh obses sebab best sangat!

Apa yang best tentang koleksi shawl di Zalora ni? Sudah tentunya ada pelbagai pilihan menarik untuk korang pilih. Tak perlu susah payah cari shawl dari satu website ke website yang lain. Di Zalora ada pelbagai jenis material, corak, dan warna yang boleh dipilih. Jimat masa. Kalau korang penggila shawl satin, Zalora ada banyak pilihan shawl satin yang sesuai digayakan di majlis-majlis istimewa. Selain dari satin, shawl cotton pun ada dijual dengan pelbagai corak, warna dan saiz yang boleh dipilih. Pilihan di tangan sendiri. Harga shawl ni pun semuanya affordable. Senang cerita kita boleh pilih range harga yang mampu milik. Semudah ABC je kan?


Siapa yang selalu baca entry OOTD saya, mesti perasan yang saya suka pakai shawl. Walaupun kadang-kadang pakai shawl ni ambil masa sedikit untuk dipakai, tapi saya boleh pelbagaikan gaya mengikut kesesuaian pakaian saya. Dah selalu pakai tu mesti dah expert..1-2 minit dah siap pakai shawl. Yang penting kena kreatif dan berani bereksperimen.

Haa...raya dah dekat ni! Apa tunggu lagi?  Mari tengok-tengok koleksi shawl Zalora ni kat link bawah ni. Rugi tau kalau tak tengok!!

Koleksi Shawl Zalora





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

May 16, 2014

Must Have : Revlon Colorstay Shadowlinks





[SPONSORED POST]


Assalamualaikum & Hello.

Saya paling tak sabar-sabar nak update entry ni! Benda best mestilah kena share kan? Bulan Jun depan Revlon akan melancarkan eyeshadow baru yang diberi nama, Revlon Colorstay Shadowlink. Apa yang special sangat pasal eyeshadow ni? Eyeshadow ni menggunakan konsep Mix, Match & Click.Korang boleh custom palette warna-warna yang korang gemari. Kemudian sambungkan saja. Tak perlu palette case. Jimat kan?

Lihat saja Emma Stone mengenakan Revlon Colorstay Shadowlink ni. Cantik kan?


Revlon Colorstay Shadowlinks ini menawarkan 30 warna-warna yang terdiri daripada pelbagai jenis finishing seperti soft matte, satin dan high sparkle. Yang penting kena kreatif gabungkan warna-warna kegemaran korang. Ada pelbagai jenis range jugak seperti Neutral, Pink/Plum, Blue/Gray, Green/Gold dan Brown/Black. Banyak pilihan kan? Kalau korang kreatif, korang boleh matchingkan palette ni mengikut occasion seperti keluar dating, party, keluar bekerja dan menghadiri majlis formal. Kalau pakai untuk travel lagi best sebab korang boleh bawak warna-warna yang perlu sahaja. Tak payahlah angkut palette case yang besar gedabak tu kan...


Saya telah cuba 6 jenis warna dari pelbagai finishing dari eyeshadow ni. 6 warna ni adalah Oyster (Metallic Finish), Charcoal (Matte Finish), Gold (Metallic Finish), Khaki (Pearl Finish) , Lime (Satin Finish) dan Copper (Metallic Finish). Dari 6 warna yang saya cuba ni, saya boleh pelbagaikan gaya mekap saya sesuai dengan occasion. 


 Kiri dan kanan case ni ada klip. Korang boleh sambungkan seberapa banyak Revlon Colorstay Shadowlinks yang telah dikumpul. Nak panjang bermeter-meter pun boleh...hehe


Pertama kali saya cuba eyeshadow ni memang rasa teruja. Orang putih kata, Don't judge a book by its cover. Walaupun kecik, tapi power! Eyeshadow ni agak high-pigmented. Sesetengah finishing tu ada yang 'chalky' sedikit tapi kalau korang pandai blend tidak menjadi masalah. Yang penting pakai eyeshadow base sebelum memakai eyeshadow ni supaya lebih tahan lama. Saya pakai selama beberapa jam untuk 'test drive' eyeshadow ni. Memang tahan lama dan debu eyeshadow tu tak ada pun yang jatuh pada bahagian muka yang lain. Sebab tu saya masih setia dengan Revlon dari zaman belajar lagi. Produk Revlon memang berkualiti!!

Memandangkan saya agak terlebih rajin semalam, saya sempat buat video tutorial yang simple untuk korang menggunakan Revlon Colorstay Shadowlinks ni. Saya buat 2 tutorial iaitu, tutorial mekap natural dan simple smokey eyes.



Dah cerita panjang-panjang lupa pulak nak cerita berapa harga eyeshadow ni. Revlon Colorstay Shadowlinks ni berharga RM 13.90 setiap satu. Eh murahnya!! Yer...memang murah yer kawan-kawan. Kalau tak beli memang rugi!! Ia akan dimula dijual pada bulan Jun depan eksklusif di Farmasi Watsons. Jangan lupa dapatkan bulan depan ok??

P/S : Terima kasih Revlon Malaysia kerana memberi peluang saya mencuba Revlon Colorstay Shadowlinks yang super-duper awesome ni!! Bulan depan nampak gayanya kena tambah koleksi warna lagi ni. Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama? hehehe





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

May 15, 2014

Ke Redang Ke Kita? (Random Pictures)




Assalamualaikum & Hello.

Harini belanja gambar je aci dak? Layankan gambar-gambar pemandangan Pulau Redang pada waktu tengah hari yang sangat terik. Gedik nak photoshoot punya pasal, gasaklah! Kemain gigih nak photoshoot masa cuaca panas. Kes apa? Kes nak gambar cantik punya pasal. Masa ni kitorang on the way nak pergi Laguna Redang Beach Resort makan lunch. Alang-alang tu bawak sekali DSLR, boleh photoshoot sekeping dua gambar..eh salah...bukan sekeping dua, sudahnya jadi berpuluh-puluh keping gambar yer...Gambar saya melompat tu sempat ambil sekeping je sebelum kejadian terseliuh tu. Tu laa..orang melompat, kita pun nak melompat jugak...haaa...amik kaki terseliuh di depan orang ramai. Huishh malu...malu....





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

May 14, 2014

Ke Redang Ke Kita? (Snorkelling)










[Redang Lagoon Resort . Day 2 . 5th March 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

Siapa kata pulau kat Malaysia ni tak cantik? Buktinya ada kat gambar-gambar atas ni...snap gambar dalam air pun clear giler. Ada waktu kelapangan, kami pasti akan snorkelling, tak kira pagi atau petang. Ala bukannya jauh pun tempat snorkelling ni, Depan resort je. Rajin dan tak rajin je. Saya suka snorkelling kat Redang ni sebab boleh nampak banyak ikan warna-warni. Tu yang excited gile selfie dan camwhore dalam air. Kalau nak ikan-ikan ni kerumun lagi banyak kat kita, senang je. Bawak je roti, confirm ikan ni tergila-gila kat kita...hehe. Saya agak kecewa jugak haritu sebab tak sempat nak tengok baby shark. Kalau sempat, mesti lagi best selfie dengan baby shark kan. Serius...3 hari 2 malam kami kat sana tak cukup. Kalau boleh nak tinggal seminggu kat sana...baru puas!!





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...